Sunday 25 September 2011

AL-FATIHAH UNTUK ABU BAKAR BIN IDRIS

ayahanda mertua aku, allahyarham Abu Bakar Bin Idris telah kembali ke rahmatullah pada 24.9.2011 (sabtu) pada jam 5.45 ptg di Hospital Seberang Jaya, P. Pinang pada usia 68 thn..beliau dimasukkan ke hospital kerana telah nazak dan koma pada Khamis 22.9.2011. beliau telah menderita sakit selama 3 bulan bermula pada 16.6.2011..sejak hari itu, beliau tidak bangun dan hanya terbaring di atas katil. makan minum, mandi semuanya perlu dilakukan oleh anak2 dan isterinya..
Pemergiannya amat dirasai dan pastinya akan sentiasa dirindui oleh isterinya, anak2nya dan cucunya..
pepatah Melayu mengatakan patah tumbuh, hilang berganti, tetapi, hilangnya seorang ayah atau ibu, pasti TIDAK akan ada penggantinya..kerana ibu dan ayah hanya SATU shj di dunia ini..tiada 2 atau 3..
pak mentua aku ni mengidap kencing manis kronik.. mula2, ibu jari kaki dipotong...waktu tu, aku dalam pantang kat anak aku...kiranya setahun lebih dah la kejadian ni berlaku...
lepas tu, kakinya terpaksa dipotong sehingga ke paras bawah lutut..masa tu, anaknya yang sulung buatkan kaki palsu untuknya...bleh la dia berjalan dalam rumah..pi masjid pun bleh...
cumanya pada 16.6.2011 tu dia mengadu sakit kepala, nak tiduq dan terus tak bleh bangun..masa tu lah anak beranak dia bergilir menjaga ayah mereka. apa yang nak dimakan, mandi, buang air besar,seeeeemua anak dia bantu,..bagus anak2 dia ni...
sudah ditakdirkan, hayatnya setakat 24.9.2011..janji Allah adalah pasti dan tidak akan terlewat atau tercepat walau sesaat..semoga pak mentua aku akan ditempatkan bersama dengan orang yang beriman dan sentiasa dirahmati Allah..amin..

Chicken Pox @ demam campak

alamak,anak aku kena demam campak plak...dulu dia dah kena yang kecik, sekarang yang besaq plak..orang kata kalu kena campak besaq, sekali jer kena, kalu yang kecik akan kena banyak kali...betoi ker???

nasib la , anak aku ni mak sedara dia yang jaga,masa mula2 detect tu, pak lang dia dah amik daun mambu untuk bg mandi..korang tahu daun mambu?? daun ni slalu digunakan untuk orang kena demam campak..caranya, ramas daun tu rendam dalam air...aku ada dengar sorang ustaz dalam rancangan "tanyalah ustaz" di tv9 tu, dia kat rebus, tapi yang orang tua biasa buat x rebus pun ramas ja..mana2 jer lah...daun tu gak, kena letak bawah bantal dan alas tempat tidur, untuk hilangkan miang campak...

selain tu, kena la g mintak air tawaq atau air penawar kat ustaz ke imam ke untuk bagi cepat lega...kena gak bagi minum air nyok supaya campak cepat kuar..bagi minum sup ayam pun sama gak tujuannya...

nasib campak anak aku dah kuar dah..la ni dlm proses nak kering jer...berbalik pada ustaz dalam tv9 tadi tu, dia ada baca sepotong ayat al quran yang boleh kita amalkan ketika nak bagi mandi bengan daun mambu tu, tapi aku tak sempat nak ingat...macam biasa ku dengar ayatnya, tapi di mana??? kalu korang tau, tlg bagitau aku yer

Daun mambu ni jugak bagi orang india depa akan bagi mandi bayi yang baru lahir supaya x kena jaundis @ penyakit kuning...ni jiran la yang cita..bawa ja baby tu balik ke rumah terus bg mandi, normally baby tu x kan kena jaundis...biasa la kita kan rakyat M'sia berbilang kaum dan agama ada la cara tradisional masing2 untuk rawat penyakit...
yang penting kita cuba..

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT...

Saturday 24 September 2011

KELEBIHAN BERZIKIR

aku ada baca dalam majalah al islam, keluaran bila dah lupa tentang kelebihan berzikir..ni apa yang aku bc la..aku cedok letak kat sini untuk bacaan kawan2 ku semua...marilah kita beramal...

* zikir adalah pintu cinta kepada Ilahi, dengan berzikir akan mendekatkan kita kepada Pencipta..
* bila kita sibuk dengan berzikir, akan menyebabkan kita lupa pada perkara-perkar dunia yang melalaikan dan sia2..
* zikir ini ibadat yang paling mudah, mulia..
* zikir dapat menghilangkan perasaan dukacita, menenangkan hati, memurahkan rezki, menguatkan sanubari dan membuka intu makrifat Allah..
* zikir membawa kepada penyerahan diri kepada Allah...

Jadi, jadikanlah zikir amalan harian kita...nanti aku masukkan zikir harian yang bagus untuk kita amalkan..nanti2 la ek..

Tuesday 20 September 2011

Angan-angan aku…hehehe

Nak pakai keta mahai..
Sapa tak dak cita2 ni kan..aku tingin nak pakai Honda..ish rasanya glamer dan bergaya kalu aku pakai Honda..kalaulah aku drive balik kg, mesti orang kg terkejut..keta sapa la tu?? Keh3..ooo keta sarah..apa kejanya??ish berapa gaji dia sebulan??rumah dia besaq mana kalu dah keta pun besaq??ala tu soalan yang aku akan tanya kat diri aku kalu tgk org drive keta mahai..korang aku tak tau la..mesti terbayang apa keja, gj berapa kan???
Rumah besarrrrrrrrrrr
Ala umah mcm yang dalam astana idaman kat astro tuuuuuuuuuuuuu…kat sana ruang tamu, kat sini ruang tamu, kat sana ada kerusi kat sini ada kerusi..sampai aku terpikiaq sempat ka depa duduk di semua kerusi tu???banyak beno ruangnya…camna nak maintain umah tu?berapa org gaji ada?ish mcm2 la aku pikir..tak tgk bilik tidoq lagi besaq mcm gelanggang tenis..3 kali ganda blk aku pa…katil belm kira lagi..besar, mahai..huihhhhh bila bleh dapat ni…
Duit banyakkkkkkkk sangat
Ha ni yang best, bleh soping kat mana2 jer…ala I kan duit banyak..pi ja tekan kat mesin atm,…berapa nak tekan jer…nak beli aper, amik jer…tak pyh tengok rega pun…tak dak cash I pakai credit card uuuu…nak pegi spa, opsss mestila spa yang mahai…I kan banyak duit…pegi facial, mekap pakai yang mahal2..beg tangan jenama LV, kasut jenama Guess..opsss I lupa, I mesti beli baaaanyak barang kemas Habib Jewel sbb I suka brand tu…masa tu I dengan manager dia cam best friend ler..hahhahahaha
Tu ler angan2 aku…keh3..buat isi masa lapang sebelum tidur…tapi aku ada dengaq la, orang kata berangan tu tak elok, tapi ada juga yang kata, kejayaan dicapai melalui angan2..mana betoi ni..kesimpulannya la kan, angan2 saja tanpa usaha tak kan ke mana…
Jadi jangan hanya berangan2..kena USAHA..baru Nampak hasilnya…

Monday 19 September 2011

Sempat Ke Tak, Nak Habiskan Puasa 6 Syawal ni…

Arghhhhh……..ralit betoi aku nih..masa hbs raya dulu tak mau posa awai2..dah nak hbs Syawal nih baru kelam kabut nak ligan posa 6 Syawal..sempat ke tak cek oiii…untungnya posa 6 ni bleh terus cover posa Ramadan yang tertinggai..kan senang keja..nak tambah pun lagi 2 3 hari jer..heheheh mudahkan???
Sebenarnya, kalu yang rajin posa isnin dan kamis pun depa buat..yang rajin la..yang malas Ramadan tambah syawal kot…ada juga yang puasa setiap 13 ke 15hb..aku pun tak pasti…tu belum lagi posa sunat yang lain…rajin dengan dak ja..tapikan apa salahnya kita berpuasa..rilek skit perut kita…aku berazam la untuk posa sunat isnin kamis..kalu rajin..
Aku ada kenai sorang tua, dah 80 lebih dah umuq dia ni, raaaajin posa sunat. Posa sunat rejab, syaaban..posa wajib Ramadan, posa isnin kamis dan posa sunat yang lain…memang aku salute la kat dia ni..tak padan dengan tua…rajin beb..kita yang muda camna??? Ingat makan ja kan???
Ingatlah perut adalah punca penyakit…jadi bagilah perut kita berehat seketika…

Sunday 18 September 2011

Sembahyang Sunat Dhuha...1 kelebihan buat kita hambaNya..

dalam 1 rancangan tv..liga ilmu namanya..ada diceritakan mengenai sembanhyang sunat dhuha..atau orang kata sembahyang untuk dimurahkan rezki...datuk fadzilah kamsah berkata, ini kisah benar, seorang ayah menasihatkan anaknya supaya jgn tingglakan solat dhuha, kerana ada rahsianya..maka si anak pun tidak meniggalkan solat tersebut..10 tahun kemudian, si anak mendapat rezeki yang berlipat ganda dan amat banyak..tetapi harus diingat, jgn kejar sunat tetapi yang wajib ditinggalkan..tak kena tu...yang wajib mau jaga, br kita jg yang sunat...

yang aku ingat kelebihan sunat dhuha ni ialah :
* dibukakan semua pintu syurga, pilihlah pintu mana nak masuk,
*dimurahkan rezki
*dihapuskan dosa walaupun sebanyak buih di laut...

itu yang aku tau la..kot tersilap, maaflah yer...
apa-apa pun, mehlah kita beramal...


KERJA YANG BERTANGGUH...padan muka ku...

inilah jadinya kalau selalu tangguh keja..bila masuk opis jer, banyak plak nak kena setel...mula la minta tolong orang tu, minta tolong orang ni..yang tensionnyer, depa pun banyak keja gak...dah la plak tu, time bulan Syawal ni, kemain banyaknyer jamuan raya..tension..tension...bila tanya bila nak siap, dah nak pi jamuan raya...adoiii letih ooo...tapi salah aku gak, tak buat awai2..tapi kdg2 tu bkn aku tak buat, dah buat tapi nak bereskannya tur, lambat plak..kn tunggu org tu, kn tunggu org nih..dugaannnnn.........

ntah apa yang ditulis atas kepala dia aku pun tak tau

time opis buat jamuan lagi tension, nak sedia macam2..lagi tak best time kena kemas..lupa plak nak amik cuti, tidak tak payah kemas opis..keh keh keh...



Tuesday 13 September 2011

SENYUM LAH SENYUM LAH

Lagu Senyum Pertama

Senyum
Senyum senyum senyum
Senyum senyum….

Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa


Lagu Senyum Kedua

Senyum

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...


senyum itu adalah satu sedekah... walaupun bercanggah pendapat, tetapi ramai yang mengatakan senyum itu bagus untuk kesihatan dan juga lebih banyak otot yang digunakan ketika senyum berbanding dengan memasamkan muka..oleh itu, senyum ler...bukan kena byr pun..kehkehkeh..

Saturday 10 September 2011

Me@WoRk....

aKu, kak yang, hanim dan pn feri

aaahah...ni gambar aku amik masa buat majlis buka posa bersama dengan kes dan komuniti..lokasinya, di surau dekat K. Ketil...raaaaamai gak yang mai..lega..ada sambutan..sebenarnya, kami joint dengan surau tu, dah depa nak bagi sumbangan pada orang-orang yang memerlukan, kami pun join la skali..jimat masa, tenaga dan yang pentingnya ongkos...

makanan pun ok..seeeedap kuih muih dan masakannya..tak rugi wat kat situ..heheheh bab makan aku no. 1..

HuJaN

Hujan – Sudirman
Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut
Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini
Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi

Pagi ni, hujan sungggguh lebat. seingat aku dari pukoi 3 pagi sampai la ke pukoi 10 pagi..tapi setau aku, di Alor Staq, hujan dari pagi kemarin, ada kawasan yang dah kena banjir..sian depa...takpa, nanti bantuan JKM akan sampai..hari ni, aku plan nak wat treasure hunt, tapi dah hujan camni, kansel la, sian ada yang mai berpakaian sukan, tapi apakan daya, kit merancang, Tuhan yang menentukan...


Kalau tak silap aku, dan aku rasa memang tak silap pun, waktu hujan ni bagus untuk kita berdoa..berdoalah apa-apa pun yang baik. masa drive tadi, aku berdoa di dalam hati semoga Allah rahmati dan berkati hidup aku, anak dan keluarga aku...moga-moga dilimpahkan rezki, dirahmati hidup dunia dan akhirat..aminnnn...


waktu hujan ni, kalu bleh tarik selimut, memang sedap, tapi apakan daya, kn kerja, jadi memandulah aku dalam keadaan hujan yang lebat pukoi 6.30 pagi, hanatq anak ke rumah pengasuh...anak plak dah jaga dari tidur, terpaksalah aku sambil bawa keta sambil riba anak..dah slalu aku bawa camtu..alhamdulillah selamat samapi tanpa ada masalah...

Sunday 4 September 2011

Raya Raya Raya...bestnyer............

Raya raya raya...suma orang tunggu hari yang best ni.. tak kira la tua ka muda ka, mesti hepi time nih...maklumla dah sebulan posa, ni la hr yang kita nak celebrate sebagai hari kemenangan kita melawan nafsu, lapar dan dahaga. bulan di mana kita berusaha menambahkan amal kebaikan sebagai bekalan waktu mati nanti.. bulan di mana adanya lailatul qadar...tapi pelik gakkan, ada yang malas posa..ish ish dah besar-besar pun malas..apa nak jadi..setahun sekali pun tak bleh posa...dah la tak posa, makan depan orang plak tu (cuba tgk kat paper, ada depa tunjuk). tak malu betoi..anak menakan aku yang darjah 3 pun tak tinggai posa..hari mula posa, monyok ja aku tengok..kehkehkeh..anak aku p dekat dia pun dia wat tak peduli ja..letih, tapi lama2 dah ok dah...

ok, berbalik ke kisah raya nih, aku tak buat kuih pun, pakai tunjuk jer...hehehe malaih plus tak dak masa sama..maklumler keja..kuar umah pukoi 6.30 pagi, balik jer dah koi 6.30 petang.. mana ada masa..beli pun tak per, bleh tolong orang berniaga..aku stay dengan mak mertua jadi mak mertua la yang order, tu pun order dkt adik dia, kiranya cu aku la..dia ni buat kuih raya..banyak gak la orang order kat dia, dapat lah duit sikit.cu aku ni x kerja, dok umah ja.time posa ni la dia nak cari duit poket...


raya tahun ni, hari pertama kat umah mak mertua sebab aku dok sana, petang raya, br balik umah mak sendiri sammmmpai raya ke tiga...huihhh best ooooo...raya lama kat umah sendiri..pegi jalan-jalan umah mak sedara, the only mak sedara aku ada sebab ayah aku dua beradik jer..pegi umah dia makan kuih raya, makan buah rambutan, makan nasi, arghhh lepak2 umah di jap, pastu balik..sepupu sepapat tak dak, depa pakat p raya tang lain, yang sorang tu, br dapat cucu, sibuk nak g amik cucu kat spital. tak pe lah, janji aku beraya dengan mak sedara aku...kehkehkeh..best...

dah pegi umah mak menakan aku, pegi la plak umah abang aku kat Bukit Teh, best dapat jumpa anak menakan aku yang 6 orang tu..hepi la depa, dapat duit raya, aku ler yang bagi..tapi yang sad nya, kain pasang yang aku bagi tu, tailor tak sempat nak jahit, tak der lah baju kurung...pakai la baju lain jer..sian sian...

huh..syawal sebulan, cuti 5 hari jer untuk raya, blum hbs pegi rumah adik beradik, nanti cuti bleh pegi lagi. bawa anak jalan2 umah sedara,  kenai dengan sedara, nti tak kenal plak adik beradik. haru gitu..he