Sunday 30 June 2013

Apa Aku Nak Kata

this is a very true story, happened to me last night. when i was with my children at the kitchen.my son want to have drink, my little daughter crying for milk..suddenly i got a phone call from somebody i don't know..asking me, ni isteri Is ker?aku pun tanya, Is mana?Ismail Abu Bakar..bagitau asben you..jangan kacau isteri orang..nanti lunyai dia..gulp..ada skandal plak laki aku ni..dengan bini orang plak tu..aku pun dengan lajunya dail no laki aku..masa tu suara dah tak bleh control..dia angkat ja phone, aku tanya, dok wat skandal dengan sapa plak nih?chewahhh laki aku bleh jawab dengan slow jer..dengan x-girlfriend dia dulu..ha..kantoi..laki pompuan tu dapat msg depa..hangin le laki dia..aku? tak tau nak kata apa..laki aku tak balik lagi dari Pahang..hmm tak tau la nak kata apa..nak boikot ka, nak bagi pelempang ka, tak tau la..

Tuesday 25 June 2013

Alhamdulillah...

syukur aku kepadaNya. tadi aku pi scan sekali lagi nak check ketumbuhan yang ada dalam rahim makin besaq ka maintain.rupanya dah hilang.doktor kata cyst tu air sebab tu bleh pecah.kalau daging dia tak kan pecah.ok lah,lega rasanya.tapi cyst tu akan ada balik boleh jadi jugak sebab air kan.kejap ada kejap tak ada.apa apa pun aku doakan toksah dok ada dah la.risau gak kalu dok jadi macam tu kan.haaa lega..hari ni rasa letih ja badan badan..tak cukup tidur gamaknya.anak yang kecik tu kerap jaga malam la..sampai 2 3 kali.kadang-kadang dia mata tak buka tapi dok bunyi merengek.mengigau ka apa tak tau la.nasib aku cepat jaga kalau anak bunyi..bunyi sikit aku dah jaga, dok cangok tengok dia.nak teriak ka dak nak teriak ka dak..hadoiii apa nak di kato.

Sunday 23 June 2013

Ultraman, Boboi Boy, Upin dan Ipin

pernah tengok cita ni?aku tak la berapa nak tengok sangat, tapi bila anak dah tercongok depan tv dah tak bleh nak kalih chanel lain..kena la ngadap jugak ceria 611 tu kan.layan ja la crita tu walaupun dah ulang 7 8 9 kali.aku sampai dah boleh hafai dah perjalanan crita tu.tengok mula dah tau dah camna.budak-budak mana la tau ulang ka dak, yang dia tau, crita dia minat ada kat tv..kat rumah aku, rancangan lain jangan harap la bleh tengok selagi anak aku yang sulung tu tak tidoq.611 jer semedang. nyampah pun ada sebab crita ulang.baik tak yah ada astro sebab crita tv 1,tv2, tv3 ka tak ulang.semua crita kartun baru.kalau tak silap pemerhatian aku la.nama pun crita untuk kanak-kanak tak bleh la kita nak serius sangatkan sebab crita untuk orang dewasa pun banyak yang tak logik.cuba bayangkan, bila raksasa serang jepun, 5 6 kerat tu ja la yang pertahankan negara. awat tak amik ramai ahli.dah plak tu, tiada kemalangan jiwa langsung.heran aku, raksasa tau yang mai tu bukan benda kecik.yang pengarah depa pun aku tengok cam bodoh ja.aku rasa nak sekeh kepala pengarah depa.cuba tengok crita ultraman mebius, lawakkan pengarah depa..terhegeh-hegeh.kapten depa nampak ok.ultraman zero?aku rasa dok ulang yang tu ja la.sampai 2 jam.upin dan ipin pun sama, crita kak ros tanam sayuq tu brapa kali dah ulang, crita kemabr tu gosok gigi.aihhh untung besaq la astro, kita bayaq mahai, crita ulang-ulang.pendek kata apa ja crita kat astro banyak yang ulang.sampai naik muak dah.korang rasa camna?aku malaih nak naip lagi.kesimpulannya itu la.crita ulang ulang..

Nak Cuci Perut?


ha..spaa nak cuci usus kasi clean tahap gaban bleh la kalau nak try benda nih..ni ramuan herba..originally tak tau mai dari mana tapi yang juai dia orang India.dia ada satu kedai di Kulim yang check kesihatan pakai tengok kat mata ja..dia kata mesin tu, tak dak di Malaysia. dia bawa masuk dari negara luar.bila dia tengok mata kita, dia akan bagitau apa sakit, punca dari apa..macam mana aku bleh tau? ha, crita dia, kawan aku bawa mak dia pi jumpa orang nih. mak dia ada gastrik, kira tahap teruk la.lepas pi jumpa, dia kata gastrik tu tak berapa tapi angin yang banyak dalam bdan, try la sebotol.lepas ja minum, mak kawan aku tu, belahak, kentut sampai tak mau mau.tak berenti.yang lecehnya, aturan makan dia leceh..kena minum sebotoi tu dalam masa sejam..kalau rasa sedap cam laici ka oren ka ok gak..ni rasa kelat, pahit sikit, tapi yang pasti ada rasa sireh..sebab kat depan tu pun ada gambaq sirih..main ingredient la tu kan.aku pun beli la sebotoi..bleh minum takat setengah botol ja.tak bleh pi dah.rasanya tak tau la nak cakap.tapi rasa sireh tu memang kaw..pas minum tu, tunggu sat dalam setengah jam..siap la..terbelahak dengan kentut saja saja.untuk buang angin dalam badan.tunggu lama sikit, stand by la nak pi jamban.aku sampai tujuh kali pi toilet..letih oo.tiduq sat jaga, tiduq sat jaga..tension..cuci betul kalu camni..
mak kawan aku tu, minum 3 botoi, dah ok dah gastrik katanya.tak mahal pun satu set rm 120 ja.sapa nak cuba kena mai Kulim la..Kedai dia nama Air Sihat.aku dulu masa rumah tak dak filter, beli air ni la selalu..sebotol baru rm 1.00 .sekarang tak tau la berapa..hmmm brani cuba?

Monday 17 June 2013

Plan Perlindungan Bersalin HLA

FYI: HLA mean Hong Leong Assurance..
 let me share you a story...bulan 8 tahun 2012, aku bersalin kat Hospital Kulim..kena dok wad 2 hari.bila anak dah berak kencing suma, depa bagi la balik rumah.aku dapat la discharge note tulis kat situ tarikh masuk 8.8.2012 keluar 9.8.2012..2 hari satu malam..aku pun bagi la discharge note dgn surat beranak anak aku yg original kat agen insuran aku..sebab? aku nak claim aku dok di wad sebab bersalin semalam 2 hari..dgn adanya 2 benda penting tu, aku pun bleh la dapat rm2000.00..sebab aku amik plan wanita atau orang pangge plan bersalin dapat duit..benefits plan nih:

  • elaun bersalin semalam rm 600.00 (dulu rm1k) dah reduce dah jadi semalam rm 600 ja.max bleh dok di wad 3 hari..lebih dari tu tak dibayar k. cover utk 3 kali bersalin ja..lebih dari tu, tak bleh claim ler..
  • komplikasi kehamilan. ada 3 kes yang HLA akan cover iaitu kehamilan luar rahim, anak mati dalam kandungan dan tumpah darah yang teruk..HLA akan bayar untuk salah satu kes dan sekali claim saja..cth..mengandung kali pertama, jadi kehamilan luar rahim..bleh claim rm30k..tup tup mengandung kali kedua, jadi plak anak mati dalam kandungan..HLA akan byr x?HLA tak akan byr dah sebab dah pernah claim dah..
  • komplikasi selepas kelahiran, juga ada 3 kes yang akan dibayar pampasan iaitu jika baby kena sindrom down, jantung berlubang dan spina bifida..coverage rm30k.
  • pampasan utk kanser wanita - rm60k..kanser wanita saja tau..cthnya kanser payudara, serviks.
  • carsinoma in situ - rm 12k..carsinoma ni maknanya, tanda awal nak jadi kanser.
  • plastik surgery melibatkan muka dan tengkuk - rm 15k
  • elaun hospital sebab kemalangan atau sakit biasa - rm 100 sehari
  • pampasan akibat kematian ketika bersalin - rm 120k
  • kematian akibat kemalangan atau sakit biasa - rm 60k.

ha itu lah yang dicover jika anda menjadi klien HLA..aku jadi klien dah lama..dari tahun 2007 lagi..sekarang aku jadi part time agen dgn HLA..kalau hampa semua minat nak join..sms aku..0124945435..nanti aku call untuk crita detail ka wat appoinment ka..plus..ada simpanan sekali tau..bukan bayar buta ja..bila dah tua, bleh amik simpanan ni utk kegunaan masa tua..

Mari Mari Mari...


ni aku nak juai kat sapa yang nak beli untuk jaga kesihatan. produk ni dah ada dalam pasaran lama gak la.Mama Gojes nama diberi. harga cuma RM 75.00 saja. banyaklah sungguh kegunaannya. untuk lancarkan haid,untuk menghilangkan keputihan, menguatkan kemutan, memperbetulkan rahim,melancarkan darah nifas dan amatlah sesuai untuk orang yang dalam pantang. so, kalau ada kawan-kawan yang sedang berpantang atau diri sendiri akan berpantang, eloklah beli mama gojes nih. cara guna, minum sehari dua kali.tak banyak pun satu scoop ja sekali.campur dengan air suam. ha? apa lagi..sms la saya cepat cepat 0124945435..sapa nak gojes..beli la sekarang..


V-shape lotion.kalau ada lemak kat perut, tangan,peha dan kat mana-mana bahagian yang perlu boleh sangat-sangat sapu lotion nih..bau wangi dan bebas dari paraben.jangan main-main ko,paraben ni bleh menyebabkan kanser tau.sebab tu aku mention siap2 free paraben..tak mahai pun.rm 69 ja sebotol. beli banyak aku kurangkan lagi..kalau lenguh-lenguh sendi ka apa ka, bleh gak sapu kat bahagian yang lenguh tu..lega rasanya kan?

aku saja nak promot kat sini.tolong kawan niaga.best tgk orang niaga online duit masuk saj..aku pun nak try gak la.so, kawan2, jika berminat, bleh order yer..cara bayar, nanti ler cita..

Sunday 2 June 2013

Bila Kucing Tiada, Tikus Lompat Guling-Guling

memang kena sangat la tajuk tu dengan keadaan opis aku sekarang nih. bos cuti 2 minggu periksa, opis tak tau apa crita. yang bercuti punya la ramai gila. tak pernah sepanjang aku kerja orang ramai cuti camni. program kena jalan cam biasa, tapi orang nak incasnya takdak. habih camno? yang tu pi program yang tu jaga kaunter. ish stress jugak sikit-sikit. nak stress sangat pun watpa. bukan dapat apa. yang mana ada, buat lah kerja takat yang termampu dek tenaga kita. apa yang ada kita redah je la. nak heran apa, dah nasib kita, terima lah saja. yang bos pi lulus cuti tu pasaipa, tak kan tak chek dulu berapa kerat yang ada. belum kira yang ada macam tak ada. nampak sekejap, hilangnya lama. tak tau sibuk buat apa. yang tak pi ke mana, pulun la buat kerja. gaji sama ja. nasib la yang pandai berkata-kata, ada ja alasan nak dikata. cam hebat tapi kerja ntah apa-apa. bila ditanya sibuk sesaja. adoiii nak mengeluh kat sapa, orang dah tak ada, kalau yang tahu pun dok diam saja. takut kena fire dengan depa. hmmmmm kerja oh kerja..kucing tiada, tikus lompat beria-ria. kucing ada pun tikus berani tunjuk muka, inikan tiada, lagi la mengada.hahahahah