Monday 31 March 2014

Murah Rezki

Kadang-kadang naik segan aku nak singgah kat satu kedai dekat Taman Kucai di Paya Besaq tu.Bukan pasai pa.kat situ ada kedai juai kui muih.Banyak betoi kuih yang makcik tu juai.Berjenis-jenis kuih dia.Yang best tu, makcik tu buat sendiri bukan dia juai kuih orang. Pukoi 3 pagi dah bangun untuk buat kuih.Ada gak dia juai mi bandung tapi laksa dia dah tak buat sejak ikan mahai hari tu.
Yang aku nak crita nih,anak dia,klien aku.Aku kenai la ayah dia mak dia adik beradik dia.Depa ni memang berniaga ja kerjanya.Macam2 depa berniaga.Masa mula2 aku beli kuih aku tak tau pun ni kedai klien aku.Bila singgah dia ada.Tanya-tanya kedai mak ayah dia.Yang aku segannya, bila aku singgah beli, mesti dapat diskaun.kalau tak diskaun dapat kuih free.hari tu aku makan mi bandung,sepinggan rm4.50,air sirap rm1.00,kuih lagi rm3.Dia caj aku rm5 jer.kelmarin aku beli apom balik special 2 biji.Sebiji rm4,dua patut rm8 la kan,aku amik kuih cara 2 biji.Total rm8.80 la.Dia amik rm8 ja.kuih cara kira free,bagi lagi plak kuih pak tungku rm2 free.Segan gak sebab selalu camtu. Tapi aku bukan sengaja nak singgah situ,dah kedai dia yang ada di area tu.Lagipun apom balik dia memang sedap.Balai polis ka,politeknik ka, geng surau ka,semua order kat depa.Memang terbukti sedap la kan?
Anyway, pakcik makcik terima kasih selalu bagi free kat saya.Doa saya moga murah rezki makcik dan pakcik dan perniagaan makcik akan maju.Cina, India,Melayu banyak yang makan kat situ.Rezki depa kan.Ramai pelanggan.

Taman Ular, Perlis

Sambung crita gi Perlis. Petang tu lepas rehat,kami pi ke Taman Ular, Perlis. Aku pernah mai taman ni masa tahun 1995,tingkatan 3 masa tu. Mai dengan geng sekolah. Masa tu, cikgu aku nama Zul Abu Bakar,dia seorang cikgu yang aktif berjalan-jalan.Jadi kami anak murid dia, dia bawa pi merata tempat. Orang kampung la kan, seronok la ikut rombongan sekolah. Mak mana ada duit nak bawa pi bejalan. Harap sekolah je la. 

 
Tiket masuk ke taman tu. Dewasa RM5. Kanak-kanak bawah 4 tahun free.RM 2 untuk kanak-kanak yang lebih 4 thn. Aku kena la caj RM 12. Anak aku free sebab tak cukup 4 tahun.By date la.By year dah cukup pun.Heeeee
 
 
Gambar ular yang telah diawet. Macam-macam ular ada.Banyak yang diawet la. Yang hidup ada la tak sampai 30 bekas kot.Cuaca panas, cam kesian plak aku tengok ular-ular dalam tu.Mesti depa tension kan?Panas jaaa dah tu orang tengok-tengok..stress gamaknya ular tu.Heee agak je la. Tapi serius,cuaca panas,pokok-pokok semua kering.Ranting ja nampak.Daun banyak yang luruh.Sian betoi aku tengok taman nih.Laman Bunga Raya,dah cam tak raya.Bukan tak maintain tapi cuaca panas.Laman Bunga Kertas ok.Sebab bunga kertas suka panas.

 
Nampak ular dengan telur kat dalam tu.

 
First time tengok ular punti.Dengar pun tak pernah sebenarnya.Ada ka kat kampung aku ular nih.Takut aku dengan ular-ular nih.Berbisa.

 
Anak menakan dengan anak aku.Baju tu aku beli masa pi Padang Besar hari tu.Beli kat Mohsin, Haikal dengan Fizi.Kat belakang ada tulis nama depa.Tapi lecehnya, kat nama Fizi depa silap tulis,takpa la, small mistake jer.

 
Payah nak bergambar budak nih.Jenuh suruh.

 
Ada nampak Iguana? Tengok betul-betul.

 
Biawak. Menyorok bawah kayu.Panas oiii.Hampa tau dak?

 
Boya ada 3 ekoq.Air dalam kolam pun dah kering.Sian buaya, nak berendam pun tak bleh.Sian betoi aku tengok.Cam tak hepi je buaya nih.Macam aku bleh baca ja apa boya tu fikir kan?Ntah dia kata, apa tengok-tengok?

 
Sebenarnya, Haikal kena kalih muka Mohsin tengok kat aku sebab dia payah nak tengok kamera.

 
Rusa sedang beristirehat.Panas kak oii chek nak pi jalan dalam kandang pun.Dah la pokok tak banyak.Tang ni ja teduh pun.

 
Ni last round dah ni. Dah nak kuar dari taman dah.
 
Anyway, taman ni ok.Caj murah.Tapi sebab panas cam tak best nak berjalan lama-lama.Kalau sapa nak pi, bawa la payung ka, kipas tangan ka.Panas chek oiii..
 
Pernah pi Taman Burung Pulau Pinang yang kat Seberang Jaya tu.Lebih kurang ja dengan sini.Beza sini ular,sana burung.Caj sini murah sangat.Sana dewasa rm15,kanak2 rm10.tempat kecik jer.Burung unta bulu pun tkade.siannnn.Kat sini burung unta ada 3 ekor.Banyak bulunya.Ni comparison aku jer.Korang tak setuju jangan marah kat aku k.

Tiba-tiba Lupa

korang pernah jadi tak?aku kadang-kadang banyak ja idea nak menulis dalam blog ni.tiba-tiba lupa apa nak tulis.tadi idea mencurah-curah.aiseyy..lupa plak.rugi.tidak ada la entry..takpe takpe..cuba ingat balik apa nak tulis..heee

Mana Messi?

budak-budak cepat betul pick upnya.aku pun terkejut sapa la yang pi bagitau anak aku mohsin pasai Messi, CR ni.masa makan kfc dia kata, mama,CR  pun makan kfc gak.sama cam abang.bila tengok perlawanan bola dia bleh tanya aku,Messi mana mama?aiseyy ni pertandingan bolasepak Malaysia sayang oii..mana ada Messi dengan CR.banyak duit kelab Malaysia nak amik depa ni main.seminggu je dah berapa ratus ribu kena bayar.tak layak la lagi negara kita nak amik player ni.takpa,anak tempatan kan ada.latih ja la anak Malaysia.cam program mencari Ramli tu.yeahhh support Malaysia team walaupun aku tak berapa minat dan kenai pun player Malaysia sangat.yang kontroversi yang selalu ada crita hot tu kenai la.kehkehkeh

Saturday 29 March 2014

Metro Inn, Arau

 
Seperti yang dinyatakan, kami sekelurga pi la Perlis.Nak bercuti la kononnya.Maklum la last pi bercuti bulan 1 tahun lepas di Langkawi. Sian plak anak aku ni cuti tak pi mana.Aku pun google la kat internet,jumpa la hotel bajet nih.Niat sebenar nak dok di T Hotel dekat dengan Kuala Perlis, tapi tak jadi sebab bos aku rekemen hotel bajet ni.Hotel baru katanya.Aku pun on ja la.Booking la hari Khamis tu satgi lambat boking, penuh plak.Time cuti lagi nih.Jenuh gak la mencari tempat ni sebab tak perasan lokasi walaupun dah lalu dah kawasan tu masa pi Padang Besar hari tu.Sampai dalam jam 2.30 petang, bertolak dari rumah jam 10.30 pagi.Awat lambat sampai, nanti aku cita.Kalau rajin la.Check in, masuk bilik, rehat sat, lewat sikit baru nak kuar pi jalan-jalan Perlis.
 
 
Ni kad yang ada kunci bilik. Kalau sapa dok pi Kajang dan pernah menginap di KK Kajang.Sama la situ dengan sini condition bilik dia.Memang bajet la.Kecik je bilik.Aku ingatkan besaq.Tapi ye la dah kau cari hotel bajet nak bilik besaq.Banyak cantikkk...
 
 
Blur je gambaq anak aku nih. Payah benor nak suruh bergambar.
 
 
Ni le katilnya.Katil Queen sebiji. Cerek ka kopi ka tea ka takdak. Kat KK ada gak benda nih.Telefon pun fail nak calling receptionist ka apa ka.Bilik air ok la. Takpa la, dah duit kecik, dok la hotel kecik.Heeee...Lagipun ni percutian koboi ja.Next time tak mo dah amik hotel bajet.Sempit , nak semayang pun susah.
Aku pi ni tak bawa adik Ain sebab cuaca panas.Kalau bawak dia lagi haru, tempat kecik, nak bergerak pun susah.So,belajar dari kesilapan k.Apa-apa pun ok la hotel bajet nih.Untuk yang bujang amat sesuai sebab sorang dirikan, apa nak kisah.Dekat dengan tempat soping.Cmart,kedai makan arab, yogurt,7E,kedai makan.Kira tak risau la bab kemudahan makan minum tu.Dekat dengan balai polis, dengan istana.Dah Arau bandar diraja kan..

Mi Udang Sg Dua

Dah lama dok berjanji dengan adik bradik belah asben nak belanja depa makan mi udang.Tak pasti lagi nak makan kat mana,Sg Dua atau Sg Petani.Kalau kat Sg Petani, kat D'King.Dekat dengan Giant, Sg Petani.Aku pernah makan kat situ masa ada kusus di sana.Seeeedap.Nak kata mahai takla sangat sebab ikut jenis udang yang kita amik.Kalau udang bela, murah sikit, kalau udang laut mahai la.Tengok gak size,besaq ka kecik.
Lastly, kami pi makan kat Sg Dua.Lama tak pi.Habis kerja koi 3.30 petang, 27.3.2014 hari Khamis hari tu, balik rumah kejap.Tunggu asben balik, roger semua abang ipar yang berkaitan, ok,kami pi lepas Maghrib.Aku yang berjanji nak belanja depa makan ni sebab yang sorang tu ngasuh anak aku.Kadang-kadang aku amik lambat, kadang-kadang tinggai anak kat depa masa time cuti sebab kena kerja,laki aku pun kena kerja.Jadi cam belanja terima kasih la.Yang sorang lagi tu sebab selalu tolong aku dengan asben.Apa2 hai kami akan cari dia dulu.
Aku takdan nak snap gambar makanan sebab dah lapaq sangat.Sebelum sampai g dah terbayang mi udang tu.Sampai ja makanan teruih kami ngap.Kos semua rm201.90.mi 6 bungkus depa caj rm24.Jadi sebungkus rm6 la.Termasuk upah masak.Udang kami amik sekilo lebih.Kena caj rm 129.60.Sekilo rm120.Ok la.Sekali sekala belanja makan.Kalau ikutkan, abang ipaq aku yang no.2 tu dah kerap sangat belanja kami makan.Aku baru kali ni.Heeeee...Kita gaji kecik.
 
 
Ni alamat tempat tu.Memang femes.Masuk dalam rancangan Astro, Makansutra yang pengacara dari Singapo tu.Tokey dia boleh cakap cina.Dalam rancangan tu dia cakap cina.

 
Ni anak sedara yang debab.Baru darjah 1 nih.
Ni anak abang ipar no.2.

 
Yang baju hijau tu Abah Din a.k.a abang ipar aku no.3. Bini dia yang ngasuh anak aku.Depan sekali,Haikal,Mohsin, yang tudung biru tu, Ilya (tapi tak nampak muka),yang kecik tu, Ain,anak aku yang kecik.
 
Habis makan..kami cau.Masa mula-mula sampai, orang punya la ramai.Elok kami habis makan, ruyup.Pakat balik habis.Kesimpulan, jangan mai awai.Orang ramai.Jangan mai lewat sangat, satgi sampai-sampai kedai tutup.Kempunan plak.Heeee..Agak-agak la timing tu..

Wednesday 26 March 2014

Cam Tak Caya

kalau tiap-tiap bulan ada ot kan best.bleh claim,dapat duit extra.aku bulan Mac ni banyak betoi kerja hari Sabtu.boleh kata tiap-tiap minggu kerja.minggu ni ja aku tak kena kerja.nak balik kg pun payah.sebab program start awal pagi.mana dan nak blik kampung pastu nak lari mai ke tempat program plak.
rezeki bulan Mac, aku ada Ot,ada la claim.tak banyak tapi alhamdulillah la.ada dati tak ada.untuk bulan April dah tau dah 3 kali hari Sabtu kena kerja tapi nak bagi can orang lain la pi Ot. takkan nak kampoi (rebut) kat aku sorangkan.bedak la (bahagi) kat orang lain sama.tapi sebab aku ni dalam unit pencegahan, memang aku dengan 2 3 kerat kawan aku ja la yang terlibat.yang lain tu takdak la Ot.nak wat camno..dah diberi tugas camtu.terima ja la.

Tudung Free

mak mertua aku baru balik bercuti dari Terengganu 25.3.2014 hari tu.banyak gak la dia memborong.kain pasang,of course la dia beli sutera.kan ke Pasar Payang.femes dengan sutera bagai.amik la selai dia pun.baju blouse untuk nak pakai kat rumah.borong sakan.sampai 4 lai mak beli.keropok toksah crita la.dia kan jenis ingat kat adik beradik, anak pinak dia.dah siapa tuq,cu hang yang ni, bang G hang yang ni, bang Din hang yang ni.beli baju kat Mohsin sepasang, ain sepasang.dah cucu tu dok dengan dia, ingat la dia pun sangat sangat.kat cucu lain dia pilih pilih ja beli.kalau beli kat abang, kat adik dia tak beli.duit tak jenuh katanya nak beli kat semua.mau licin fulus kan?mak pun beli la tudung, batu penuh satu tudung.merelip merelap gitu.dia malaih nak beli tapi dah Chik paksa beli, dia pun beli.dah beli segan plak nak pakai.ada satu tudung 2 layer tu, kain nipis,cam orang muda-muda pakai la ni la.kaler cantik tapi sesuai sangat untuk orang muda.laaa dah tu napa amik.tak paayh la amik.buang duit ja, beli tapi malu nak pakai.lastly,dia ofer kat aku,sarah nak tudung tu?aku sebenarnya tak pakai tudung yang jenis awning ni.tapi dah diofer.rembat ja la.heheheh biras aku tak tau mak bagi kat aku tudung tu.aku pun tak bagitau kat biras aku tu.lantak la.dah mak bagi,amik je la.nanti2 la aku pakai..heee dapat tudung free..yey yey yey yey

Korang Tau Tak??

pernah dengar jabatan perlindungan hidupan liar?pernah tau, kalau kena patuk dengan ular cam ular tedung selar ke, ular kapak ka, terlanggar babi ke, atau babi langgar kita ka, kita bleh claim dengan jabatan ni.kerajaan akan bagi pampasan ikut pada tahap keparahan la.haa korang mesti tak tau kan?aku dulu pun tak tau tapi sekarang dah tau,masa nak claim kena bawa la surat doktor la.haaa..dah dapat info ni, kabor la kat kawan-kawan especialy yang dok kat kampung atau kawasan yang berisiko banyak kera ke.sebab kalau kena gigit dengan kera pun bleh claim gak...

Tuesday 25 March 2014

Selamat Hari Polis Ke 207

25 Mac 2014 (Selasa) merupakan hari polis.tahun ni tahun yang ke-207.lama dah tu.aku dijemput untuk menghadiri hari polis yang disambut di IPD Kulim.first time pi.selalu tak pernah dijemput pun.aku pi awai.koi 7.30 dah sampai.dah dalam tentatif camtu.tapi startnya lambat jugak.kawad, pemeriksaan barisan, nyanyi lagu, bagi sijil penghormatan.selesai.pastu ada makan2.part ni best.nasi lemak dengan sambal sotong.sotong dia besar.ada telur lagi.aku bedal 2 ekor.bukan senang nak makan kat IPD ni.hahahah macam la tak bleh beli sendiri kan?
Polis ni satu kerja yang murni.actually, apa2 kerja pun murni kan?tapi bukan la aku nak kata, ramai yang kutuk polis.polis makan duit la.polis kuat rasuah la.macam-macam dikatanya pada polis.tapi bila rumah kena masuk pencuri,cari sapa?polis gakkan?aku akui la, bukan semua polis bekerja dengan jujur.ada yang amik duit orang.cthnya yang dok tunggu tepi jalan tu.orang naik motor tahan, ada salah sikit, minta duit kopi.takkan hampa tak tau benda ni kot.memang ada terjadikan?tapi harus diingat,kerja apa pun ada yang tak jujur.kejujuran tu bergantung pada orang tu sendiri bukan kira apa jawatan dia.as a muslim, ingat halal haram.duit tu kita nak bagi anak bini makan.nanti jadi darah daging.ha, camna?renung-renungkan..

note;apa yang aku tulis adalah pendapat aku..kalau terasa,sori lah yer...

Nilai RM50

apa korang rasa?duit kita makin kecik la kan?bayangkan pi pasar malam, bawa rm50, banyak mana barang bleh dapat?roti john yang dulu rega rm2.50, sekarang dah naik rm3.aku rasa la dalam masa kurang dari 6 bulan kot, harga bleh naik punya tinggi.satay?dah takdak yang rega secucuk 2 kupang.masa aku kecik2 dulu rega secucuk 2 kupang ja.sekarang dah jadi 35 sen secucuk.tengok satay tu cam nampak lidi ja.isi punya la sikit.mi hailam, sepinggan rm6 oo.terkejut aku.lama aku tak beli,tengok-tengok dah jadi rm6.ayam sekor?kalau yang dah depa boh dalam pinggan siap-siap tu dapat la sepinggan rm12.kalau timbang pi la rm15 ke 16rm.ikan sekilo dah berapa rm?tak kira lagi ikan tu elok ke dak.ada yang setengahnya mata dah merah, ikan dah lembik.haaa..buah-buah kot la murah sikit kot.yang longgok-longgok tu, 10 biji rm5.ada la jugak kat pasar malam.kalau beli kat kedai buah tak dapek la chek oiii..
aku pi pasar malam jumaat lepas, habis rm50.aku beli murtabak,ikan,sotong,bihun sup,roti john.ishh bayangkan la orang yang gaji kecik.aku pun gaji kecik tapi anak tak ramai, bleh la bertahan.kalau yang anak ramai,sian depa.jenuh la nak catu makanan.kadar inflasi dah tinggi gamaknya kita nih.nilai wang kita dah jadi kecik.aku rasa ramai yang kata camtu,bukan aku sorang ja kan?kalau aku sorang ja, maknanya gaji aku memang kecik la..heeeee

Sunday 23 March 2014

Saya Dah Daftar

aku dah daftar nak sambung belajar di usm.kursus sains kemasyarakatan.dah lama aku cadang nak belajar.masa kerja di cimb lagi.asik ja ada masalah.duit tak cukup la,takut nak drive pi usm la.macam-macam la.tapi, duit la yang paling utama.rasa ,cam tak cukup sangat-sangat la dulu.tapi kali ni aku gagah jugak sebab kalau nak ikut duit, bila nak cukup.bila pun tak cukup.tapi, daftar ja dulu.dapat tak dapat belum pasti lagi.kan ada tapisan lagi.tengok la hujung tahun ni camna.dapat ke tak.kalau dapat, bermula la balik hidup sebagai pelajar walaupun sebagai part time.anak dah dua,pandai-pandai la bahagi masa nanti kan.orang lain boleh takkan aku tak.yang penting pandai uruskan masa kan?

Memaku Dulang Paku Serpih

memaku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.adat manusia, bila kat orang pandai je mengata, bila kat diri sendiri tak nampak.teguq orang tu salah sana sini padahai dia lagi banyak salah.mentang-mentang pandai bercakap, macam dia saja yang betoi.orang lain salah.kalau kata orang rajin curi tulang, dia tu rajin sangat gamaknya.kalau kata orang rajin MC dia tu macam tak pernah MC.datang lambat, bertimbun alasan.tengok-tengok diri sendiri dulu, baru bleh komplain kat orang.nyampah

Ain Dah Pangge Abah

Ain dah start pangge abah dengan jelas..lega..sebelum ni dia sebut amma..mama la kot.aku risau gak sebab cam lambat ja dia nak belajar bercakap.lega lega bila dia dah sebut abah dengan begitu jelas.orang tua tua kata, kalau anak berjalan dulu, dia akan lambat bercakap..hmmm betul la kan..tapi takpa, dah bleh pangge abah tu, kira ok la.nanti dia mesti banyak mulut cam abang dia.pot pet pot pet..arghhh tak sabarnya nak dengaq dia bercakap.suker suker suker

Main Kutu

pernah main kut?sebelah utara pangge main kut..tapi yang betulnya main kutu.ada banyak jenis main kut ni.ada pinggan mangkuk, ada kain batik, ada langsir..aku pernah main kut langsir.masa aku mula-mula kawin dulu.ni sebab biras aku punya kerja aku pun terjebaj main kut gak.main kut duit, masa aku kerja bank.dapat duit tu aku blei mesin basuh bagi kat mak aku.nampak gak la mana perginya duit tu kan?
tahun ni, aku main kut barang kemas.so, sebulan kena la spend dalam rm150 untuk nak setel kut nih.setel bayar, dapat la barang tu.aku main dengan kedai emas yang aku selalu pi melawat dulu time free free masa kerja bank dulu.geram betoi aku nengok barang kemas ni..main kut la.tapi tak lama, dalam 3 bulan jer.setel yang satu ni, nak main lagi la.nak amik untuk anak aku plak..
aiseyyy..tambah hutang lagi la aku.tapi takpa, nampak duit tu pi ke mana kan?kan?kan? setuju tak dengan aku?tak setuju pun tak per..aiman tak kisah..
caucincauuuuu

pstttt..laki aku tak tau aku main kut ni..heee

Cuti-Cuti Dekat Jer

cuti dah mula..tak pi jalan mana-mana ka?kalau yang bersekolah, time cuti ni la nak bawa anak pi jalan-jalan kan?time kerja mana bleh bawa pi mana.kita mak pak nak kerja, anak nak sekolah.tadika pun payah nak ganggu waktu depa walaupun tadika tu cam tak penting sangat.tapi, bagi aku tetap penting. kalau dai miss satu kelas, nanti dia ketinggalan dengan kawan dia yang lain.siannn dia.
aku plan nak pi bercuti di Perlis.aiseyy..apa ada di perlis tu?aku pun tak berapa nak clear apa yang best di sana.tapi sebagai permulaan sebab nak pi yang jauh-jauh cam tak lepas bajet jer.pi la Perlis tu.cari la kat google apa yang best.yang penting jalan-jalan..cari la hotel-hotel bajet yang aku mampu.nak tidur semalam ja pun.bukan banyak harikan?tapi yang dalam pala otak aku ni, nak pi Taman Ular, Taman Burung, Gua Kelam,Padang Besar,makan ikan bakar, ha, kalau ladang anggur on,ada buah bleh le pi situ.takat nak tengok pokok anggur kat rumah yang aku beli tu pun ada pokok anggur.melilit merata.sampai ke tiang TNB pun dia naik.penyewa aku buat bodo ja.tak jaga pun.aku pun malas nak tegur.ikut kau la.tapi tanah yang ada sikit tu memang semak ler..ada la takat betis lalangnya..kau ni, cari la orang mesin semak tu oenyewa oii..heheheheh bukan orang lain pun yang sewa, member seopis gak.dia pun tak tau aku pernah pi melawat rumah tu, tapi, time dia tak dak la.
ok, berbalik pada bercuti di Perlis ni, aku bercadang, kita start dari utara, then turun ke selatan.tapi bukan le nak selesai dalam tahun ni.nanti2 la..kumpul duit dulu..aku bukan orang kaya, pegawai besaq atau blogger hebat..ada masa pergi le..janji aku bawa anak aku bercuti..yehaaaaa

Wednesday 19 March 2014

Jenuh Kumpul Bakul...hohoho

heeee....masuk kali ni, dah 3 bakul buah-buahan aku dapat..sihat betul aku sebab banyak makan buah..alhamdulillah..syukur..rezeki..tuala dah dapat 2 helai..jimat duit tak payah beli tuala dah..hahaha..seronoklah camni..minggu depan cuti sekolah, free jap dari pi ceramah.another week, ada lagi.redah jer.dah takdak orang nak pi ceramah, semua pakat ngelak..aku ja la pi.nasib ada mira dengan apit.kami bertiga ja la yang pi.sembang la apa pun bab dadah ni..yang penting info mesti tepat.depa nak tau pasai dadah dan kesan, kita crita bab tu.ala budak sekolah ja.nak heran apa sangat kan.ko kat orang awam tu kot la gerun sikit.kot satgi depa tanya soalan kaw kaw punya..
apa-apa pun..kerja kena ikhlas..yeahhhh

Seronok Dapat Hadiah..hohoho

bulan mac dan april adalah bulan yang sibuk bagi kami.sebabbbbb..kami dapat banyak jemputan untuk pi bagi ceramah dekat pelajar2 sekolah.tak kira menengah ka rendah.boleh kata tiap2 hari kena kuaq pi sekolah.aku dah pi 3 4 buah sekolah dah.kelmarin 19.3.2014, aku pi bagi ceramah kat sekolah rendah aku dulu. cikgu yang mengajar aku dah takdak dah.yang ada di situ bekas anak murid yang jadi cikgu dan mengajar di situ.ha...aku, bekas pelajar sekolah tu yang mai balik sekolah tu untuk bagi ceramah dekat pelajar2 situ..aku suka sebab tu sekolah aku dan aku kembali sebagai penceramah.auwwww best..
lagi satu yang best bila pi ceramah, dapat cenderahati.tak kisah la sebakul buah2an ka,tuala yang ada cop logo sekolah ka,apa2 ja la..best la rasa.dulu-dulu bila pi ceramah sekolah akan bagi duit tapi la ni depa dah tak bagi dah..bajet takdak kot..kan sekarang semua kena potong.langkah-langkah penjimatan kerajaan..
cenderahati ada ka takdak bukan persoalan, yang penting ilmu yang disampaikan..kan kan kan...dan yang penting ikhlas...

Terlerai Sudah Ikatan Itu...

sad news, kawan baik, masa aku dok asrama, satu dorm,satu kelas dan kami sama-sama main sukan, pendek kata sentiasa bersama.lama dah terpisah hubungan,hanya berfb ja.tu pun kadang2 la,masing-masing dah sibuk kan, dah ada keluarga. just follow status di fb ja la.tup tup, ayat di kat fb cam ada masalah tapi tak le aku bertanya..agak2 gitu la.then, update kat fb,DIVORCE..aihhh ..sampai bercerai..biaq betul..serius ka masalah depa nih..aku macam tak berapa seronok sikit sebab ayat dia kat status seolah-olah anak dapat kat laki dia.aiseyyy...jangan la macam tu.anak - anak patut dengan mak kan?biaq bercerai talak berapa pun, anak kita amik..tapi aku tak tau la.baca kat fb je..tak bertanya pun. nak tanya, kan sedih lagi pulak dia.lagipun masih baru lagi..
satu hari tu, aku pi sekolah yang aku study dulu..jumpa dengan ustazah aku dulu.rupanya, dia tau dari mula lagi kisah rumahtangga kawan aku tu..critanya, laki kawan aku tu ada perempuan lain.ni bukan yang pertama tapi dah kali KEEMPAT.aiyooo apa pasai jadi macam nih?rupanya masalah ni dah kerap berulang.dan kawan aku tu laaaaama sangat bersabar.kalau dengan perempuan yang lain, bila kawan aku mengamuk, depa akan angkat kaki, tapi yang ni, tetap berkeras nak jugak kat laki kawan aku tuh..lastly, bercerai je la..dulu masa kawan aku graduated dari U,laki dia tak bagi kerja.suruh dok rumah ja.bila dah anak 3, baru bagi kerja.nak kerja apa?dah lama dah tinggai bidang yang dia belajaq.lagipun sekarang banyak yang baru keluaq U,takkan nak amik kawan aku yang dah lama grad ni.benda yang dia belajaq pun dia dah lupa.. sekarang dia kerja kat kedai kek ja.sambil-sambil tu buat bisnes kat fb.
sian kat dia..tapi takpa, ingat satu ja benda, Allah itu ada.hanya pada dia kita berdoa dan hanya Dia saja yang dapat membantu kita.kepada perempuan yang nak sangat laki dia tu, takpa, kawin la.mungkin sekarang ni dia seronok, laki yang dia nak dia dapat,tapi belum pasti akan bahagia sampai bila..
sebagai kawan,aku mendoakan yang terbaik untuk dia..semoga tabah, kuat semangat dan berusaha keras untuk anak-anak.itu harta yang palinggggg berharga.

Monday 17 March 2014

Tikam Belakang

tikam belakang atau opis politik?sama ka maksud dan matlamatnya?aku cukup geram dan marah betoi bila ada orang yg macam nih.yang pandai bermuka2..sembang kemaih kemain tapi kerja tak tera mana.crita orang tu salah, orang ni salah.yang betoi,dia saja.yang pandai buat kerja dia saja.hampeh manusia macam nih.

Tukar Please

aku cukup geram bila pi makan kat kedai makan biasa yang tepi jalan ka restoran ka, depa bagi sudu yang nipis, bila tekan kuat sikit nak bengkok tu..eiiii geram betoi aku..belila sudu yang kualiti sikit sebab depa berniaga, benda tu nak guna lama.bukannya modai besaq pun sangat.diulang boleh pakai lama..bila tekan kat ayam, dah bengkok sudu tu..leceh..sebatang sudu yang tebal tu baru sebatang rm1.50, boleh guna 5 6 tahun tu.lagi satu gelas.kalau order ayaq yang berwarna memang tak nampak gelas yang macam tak cuci tu.kalau order air suam, tengok la gelas yang berdaki tu..apa punya tokey berniaga camni.untung nak, kualiti barang tak mau jaga.hampeh la depa nih.
ada satu pengalaman aku, pi kursus di Langkawi, kan kat situ pinggan mangkuk punya la murah..apa brand nak semua ada, tapi hotel tu guna pinggan plastik jer..cam melamine gitu..heheheh lawak lak aku rasa.punya la syurga pinggan mangkuk, melamine gak yang dia bagi kat aku makan.tapi pinggan elok la.tak le sumbing, kaler pun dah bertukar jadi kuning ka apa ka.
tokey kedai, tolong alert la pinggan mangkuk semua tu..tukar la kerap sikit..jangan pikiaq nak untung ja.pelanggan tengok pun geli gelas yang berdaki tu..

Saturday 15 March 2014

Hutan Terbakar

sekarang time panas ni, banyak plak kawasan hutan terbakar.lalu kat highway, ada banyak kesan terbakar.saja saja terbakar ka ada orang yang tak guna otak pi lempaq puntung rokok kat situ.cam tak logik plak time kritikal camni orang pi buat camtu kan?tapi manusia, kita kan bleh duga apa di fikiran depa.kalau terbakar sebab panas takpala..tapi kalau ada yang sj pi bakaq memang tak berakai la orang tu kan?

note: sayangi bumi kita..

Kisah 2 Sepupu

macam biasa tiap hujung minggu kalau tak ada program apa, kalau tak kena kerja aku mesti la balik kampung. tengok mak, tengok anak menakan, tengok adik.boleh kata tiap minggu aku akan balik.sementara mak masih ada, balik la kan..sok sok mak takdak,kurang la sikit kot..tinggai adik ja.anak sedara aku 6 tahun, anak aku mohsin 4 tahun.depa ni kadang bleh main sekali kadang dak. cam hari tu, anak aku marah apa tak tau, baling balang maruku..masam muka la sat depa dua orang, pastu ok balik..cam jumaat lepas, aku dengaq depa 2 orang sembang..lebih kurang camni la ayat depa..

sepupu : aku ada layang2..hang takdak..
mohsin:aku takdak la..aku kecik g.nanti aku besaq,aku beli la.
sepupu:aku, orang bagi.ada kat luaq.esok aku nak main.
mohsin:aku kecik g la..camna nak lari laju2..aku bgtau mama dah, bila besaq br bleh main..

esok pagi, depa main layang2 tapi yang lawaknya, anak aku mana pernah main sebelum ni.dia tolong pegang, sepupu dia lari, bila kena lepas dia tak lepas, tak naik la layang2 tu..hahahha marah sepupu dia.nasib baik tak koyak.tidak kena ganti la..

anak aku ni kadang2 tak suka balik kg aku, kadang2 beria sangat..tak tau la nak kata..budak budak...

Wednesday 12 March 2014

Aku Malu

hari ini 13.3.2014 khamis, aku telah melakukan satu kesilapan yang memalukan..iaitu aku silap tgk tarikh untuk pi ceramah berkaitan dengan dadah. patut ceramah tu 20.3.2014 tapi aku pi hari ni kat sekolah tu..hahahaha malu wehhh.aku ingat budak dok ada kat dewan sebab tunggu aku tapi depa ada aktiviti lain sebenarnya..aiseyyy malunya ku rasakan..takpa, tarikh yang betoi aku pi jugak..nak cover yang aku silap hari ni..be careful next time yer...

Mohsin Progress


dah 3 bulan mohsin ke tadika.dia dah pandai nyanyi.dah boleh baca buku Peter & Jane.rajin betul dia membaca.walau homework tak mau  buat tapi membaca buku tu tetap dia nak.aku tunggu jer bila dia dah pandai baca sok, boleh beli buku crita banyak2. geram aku tgk buku crita yang cantik2 kulit licin, tebal. zaman aku dulu tak dak buku camtu. lagipun kalau ada, mak mana mampu nak belikan. balik sekolah dia akan nyanyi. macam tu lah yang auntie bawa van crita. pagi2 kalu, cakap apa pun tak mau.diam ja.balik time, nyanyi saja. kawan2 dlm van pangge dia mohsin baby sebab dia ni manja sikit..time pi tadika tak nak dok belakang, nak dok depan ja. time balik ok..boleh dok belakang. kat kelas cikgu tanya tak mau jawab, walaupun dia tau jawapan.berat mulut betoii..time baca buku, ok..cepat.cikgu dia la kata. makan pun banyak, selalu bertambah. aku nak tergelak pun ada dengan kerenah dia..bila nampak pencawang elektrik dia akan kata.."mama,mama robot robot"..ada imaginasi tu..hehehehe aku suka sangat tengok perkembangan dia..ada lagu yang dia nyanyi dalam bahasa mandarin..tapi aku tak tau betul ek dak..sebab aku tak paham..heeeee

Tak Sanggup

tak sanggup aku
nak melihat berita
kehilangan MH370
kemana kapal terbang itu pergi
bagaimana penumpang dan anak kapal
masih hidup atau matikah mereka
bagaimana dengan 2 anak kecil itu
mungkin meraung-raung kelaparan
mungkin mereka rasa tertekan
mungkin mereka sudah tidak keruan
jika hanya jasad kaku
berilah peluang untuk kami sempurnakan
mengikut cara kami sendiri
jangan dibiarkan kami tertunggu-tunggu
benar, penantian itu satu penyiksaan
kami menantikan jawapan yang pasti
kami reda, kami terima
tunjukkan kepada kami
di mana mereka
kami buntu dan bingung
di mana petunjuk yang boleh dipercayai
tolonglah tolonglah
kami mahu jawapan yang pasti

Anak - Anak

hehehe
ain anak aku yang no.2 tu
garang betul la
kesian aku tengok abang dia
mohsin selalu kena pap dengan ain
nasib le si abang tu agak penyabar
tapi kadang-kadang di buatnya jugak ain tu
silap sikit jer cepat tangan ain sampai
aku, abah dia, mak tok dia
semua pernah kena pap
dengan si kecil ain
baru 1 tahun 5 bulan
ish camna la dia besar nanti
hehehhe
si abang manja sikit
kadang-kadang tak terlayan
tambah sekarang dah paaaaaandai sangat cakap
ada ja soalan dia nak tanya
kadang-kadang tak tau nak jawap
contohnya:kenapa depa buang tisu dalam tandas
takkan aku nak jawab orang tu pengotor
aisehhh depan orang dia tanya
makan pun dah pandai memilih
nak tu tak nak nih
dah pandai request
nak makan kek
nak makan bihun
aku suka gak bila dia request
sebab tau dia ada citarasa
hmmm... yang sulung dah tadika
yang kecil coming soon
seronoknya bila anak dah sekolah
suka sangat bila check buku anak
bila dengar anak membaca
bila tengok anak tidur
rasa depa tiduq nyenyak sangat
tak dak masalah 
takdak apa nak fikir
moga anak2 mama akan bahagia 
dan berjaya hidup mereka di dunia 
dan di akhirat
InsyaAllah

Sunday 9 March 2014

BRIM..hmmmmm

hari ni aku masuk lambat opis sebab nak bawa mak aku pi amik duit BRIM..ramai kawan2 dia dah dapat..mak aku ja belum g amik.surat dah sampai lama.ikutkan kena amik kat padang awam tapi dah kalut sangat hari tu, takdak sapa nak bawa dia. aku pun dengan semangatnya bawa la mak pi pejabat daerah. dah sampai, dah bagi surat suruh amik..last-last kerani tu kata, voucher makcik takdak kat sini.kami kena tanya kl, suruh depa hantaq mai sini. pegawai daerah pun akan buat meting lain pasai voucher yang takdak nih.aiseyyy apa cita nih?aku dah la amik half day, pastu takdak plak duit..sian kat mak aku..dia pun dok harap la ada duit tu..aku rasa pemberian BRIM ni tak lancar la, sebab ada yang dok kena pi chek kat ATM berkali-kali, tapi duit takdak..baik lagi stail lama dulu..bagi voucher..ada gak yang dapat amaun tak cukup.patut dapat rm650 tapi masuk dalam akaun cuma rm400.aku dengaq ada gak yang sampai gaduh-gaduh sebab duit tak cukup.mcm kes mak aku nih, bayang kan orang tua, mai la nak amik duit, tup tup duit takdak.tak ke kesian.ada sorang makcik yang aku jumpa tadi, dok di Padang Serai tapi dapat surat kena amik di Serdang..ingat dekat ke tempat tu dengan rumah dia. dah la tahun ni depa suruh pakat mai ramai-ramai di Padang Awam Kulim sapa yang dapat surat biru..yang dapat surat tu orang tua..orang muda semua masuk akaun..cari la tempat yang selesa sikit..sebelum ni boleh ja amik dewan politeknik, kolej mara Kulim, pasaipa tahun ni buat kat padang awam..kan sekarang panas..sian kat orang tua la..yang muda bukan nak mai sebab pakat ada akun..adoiii tolong le ..jangan bukan kerja cmani lagi..sian kat orang tau..