Wednesday 24 February 2016

First Night At Langkawi

malam first day kami di Langkawi, pi dataran Lang. orang tak berapa ramai.. ada group dari India. gambaq banyak ni ja aku amik. besaqqqq lang ni..aku tak edit apa2..sebab semua gambaq yang ada muka anak aku, aku rasa berhargaaaa sangat. senget ka comot ka..tu la anak aku..






kamera murah, camni la..sayup ja nampak..heheheh


demam ain dah ok sikit masa nih..tapi tu la, lepas tu naik balik.cari ubat farmasi masa kat sana sebab ubat yang aku bawa dah habis. masa tu hari kedua. ubat habis.

Sebelum Ke Langkawi


wajah-wajah kesayanganku sebelum ke Langkawi.. masa ni kat jeti Kuala Perlis. Jeti sungguh lengang sebab kami pi masa hari bekerja. feri pun boleh duduk ikut suka. ain masa ni masih demam tapi on off. spare ubat la.



ain ni pandai posing. mohsin pun sama. 
dah besaq anak aku nih.


masa dalam feri.seat depan sekali..dekat econ..
gila punya sejuk. 


Silap Ejaan


contoh company yang tak alert dengan penggunaan bahasa. ejaan pun salah.

Tuesday 23 February 2016

Simple

ini la menu sarapan aku. malaih betul nak masak. aku buat ni ja. sekarang ni mood memasak dah ke laut. nak buat makaroni baakq pun amik masa 2 hari. hari pertama rebuih makaroni, sediakan bahan. hari kedua baru bakaq. ish apa la malaih bebenor aku nih. sekarang, aku suka makan yang jenis berkuah dan simple, cam asam pedas, ikan rebus makan dengan sambal belacan dan ulam. tu ja, lauk gulai ka, tak selera la aku..ayam? lagi aku tak suka..anak aku suka benor dengan kfc..aku takat teman pi tu ja la..aku makan potato wedges ja la. tak lalu la ayam. pelik betui ngandung kali ni.


ni, aku guna roti gardenia, sardin goreng campuq bawang, timun, salad dan kentang goreng. siap..kena 2 keping tu, kenyang..minum pulak fresh oren. cun..sarapan yang baguih untuk kesihatan..fresh oren memang fav aku la ni. blender, minum tanpa gula. serius. kurangkan gula dalam minuman.


Wednesday 17 February 2016

Jumpa Pakar

15.2.2016..appoinment untuk jumpa pakar 1 di hospital kulim.hmmm jumpa pakar la pulak. tu la, ngandung umuq 35 tahun ke atas, kn la jumpa pakar. ikut ja la dah arahan camtu. aku sampai spital lambat sikit. sampai parking 8.10 pagi. parking dalam spital confirm penuh, aku kena parking kat luaq. tu pun dah dekat dengan pintu kedua spital. punya la ramai manusia yang berurusan di spital. tu, aku rasa memang keta orang yang betoi2 berurusan dengan spital sebab kalau di seberang jaya, ada orang yang takdak kena mengena dengan spital pun mai parking kat situ. sebab? depa nak naik van pi keja kilang atau pool kereta gi tempat kerja. the best and safe place, parking kat spital. sebab tu, parking sediaaaa tak cukup. aku memang malaih kalau nak pi spital sana tengok orang sakit. sebab masalah parking. ok, aku selamat parking. nak naik ke spital tu, aduhaii jauhnya kena bejalan, dah la aku la ni rasa macam ada benda ja kat bawah. kalau pi bidan mesti depa kata kepala anak ke bawah punya. nak jalan pun rasa tak sedap. aku sampai kat pakar 1, bagi buku, tunggu giliran. nak pangge nama aku pun kn tunggu lama. orang punya la ramaiiiiii...penuh seat. ishhh pukoi berapa la nak kena turn aku nih? nak menyembang dengan orang sebelah, semuanya muka serius. tension lama menunggu kot. bila nama aku dah depa pangge, pi test urin, pi bagi data dekat misi. pastu tunggu la nak jumpa doktor. aku kena dalam pukoi 11 pagi kot. jumpa doktor kejap ja pun. tanya sikit, jawap sikit, pi scan. pastu bagi tarikh baru. banyak betoi doktor pelatih dalam tu. ada la dalam 6 orang. nak bercerita pun segan. aku ada la crita masalah aku yang kalau terbersin pun bleh terkencing. doktor kata tu mungkin kencing tak lawas. kan? doktor mana percaya kepala budak kat bawah ka apa ka..dia kata awai lagi nak salahkan baby..aku kata keputihan ada jugak tapi tak gatal apa..hmm mungkin boleh salahkan hormon. dah aku ngandung dulu, pun doktor salahkan hormon. sama la kan? hmmm kena kencing sekali lagi..kali ni, aku kena beli air sejuk sebab tadi dah kencing. haaa selalu aku suruh budak minum air sebab nak amik sampel air kencing, sekarang turn aku pulak..hahhaah rasakan. setel semua, balik opis balik sebab mc segan nak mintak. heeee

Saturday 13 February 2016

Exam Takaful

kemarin 13.2.2016 (Sabtu), aku pi exam takaful. alhamdulillah..aku baca 2 set soalan ja dan aku lulus dengan jayanya.auwww rasa seronok sangat. tak sangka sekali [i amik dah lepas. aku study last minit. geng aku yang lain semua dah lama lepas, aku ja yang last. aku amik masa 32 minit jawab 100 soalan objektif. oleh sebab computerized, after jawab soalan, teruih submit, teruih dapat jawapan. sijil akan dikeluarkan sebulan lagi.ok..lega. dah setel 1 bab.so, aku akan berusaha untuk buat takaful ni. yg lain buat jugak tp yang ni lagi menarik. nanti aku share produk apa yang ada dengan hong leong msig takaful nih..

Tuesday 9 February 2016

Underwater World Langkawi

lepas pi Taman Buaya, kami pi pantai cenang.nak cari baju yang Cu pesan.baju muslimah langkawi. setel 2 lai baju dia, kami masuk Underwater World Langkawi.guna kad gomen dapat la rm88. kalau tidak seratus lebih gak la. masuk ja dalam tu, snap gambaq. tengok2 ikan kat luaq tu, pastu masuk dalam.memang kali ni kami masuk memang cari feeding time. baru best sikit. anak aku memang spend masa kat penguin ja.. ada 2 tempat penguin..dok la kat situ, sampai tiem depa bagi makan. perubahan dalam tu berbanding 2 tahun dulu aku mai, dalam ni ada satu lagi ruangan. bahagian ni utk sapa yang suka melukis bleh la, sebab kita akan lukis kat screen. lepas tu, binatang yang kita lukis tu akan bergerak2..nak masuk, bayaq rm15..masa aku pi tu, aku tanya, depa bagi promosi, satu family rm15 ja.. betoi ka promosi ka memang rega camtu..lepas tu jalan sikit lagi, ada tangga ke bahagian atas, tu untuk sapa yang nak rasa camna rasa ribut taufan, bleh la masuk. berbayaq la oii..mana free. jalan ke depa lagi, ada marrybrown dalam tu. kami makan kat situ ja la. hmmm boleh la sebab anak2 belum makan, bagi la depa makan dalam tu. kami dah makan kat tepi airport. laksa ikan sekoq. sepinggan rm5..gila mahai.ka aku yang rs mahai, orang lain dak?tak tahu lah..
lepas makan, kami jalan dalam tu, tengok ikan2 dalam tu. actually ada 1 lagi feeding time. yang ni kat bahagian ikan yang besq2 tu cam pari, ikan kerapu. tapi aku tak tunggu. anak dah letih dah. aku jalan pun cepat2 ja  sebab dah nak kuaq sangat..sebelum kuaq, amik gambar kenangan dengan fm yang ada gambaq kami. bayaran dalam rm30 ja. ada 3 brg tapi aku amik 2 ja, cukuplah tu..kuaq situ, masuk keta, teruih balik chalet..anak aku badan dah naik balik. sebelum masuk underwater, beli selipar kat mohsin, kasut dia putus. elok la outus pun, beli masa hari raya tahun 2015..pakai kasut tu ja pi mana pun. elok la tamat riwayat kasut tu.rasa puas jugak masuk sebab ikutkan kami boleh tengok feeding time jugak kat sini. rasa berbaloi la, anak2 boleh tgok ikan lebih sikit dari aquarium penang tu.. satu hari, 2 tempat ni ja boleh pi..sebab tempat2 ni bukannya buka sampai malam. nak patah balik pi oriental village rasa cam jauh plak. kalau dari taman boya ok la. ni kat pantai cenang dah.hmmm kita balik la. malam nanti kuaq makan plak.

Taman Buaya Langkawi

hari kedua di langkawi, kami breakfast dekat simpang nak ke mnr motel..mnr ni singkatan nama mat isa dan rodziah..ramah gilerrrr pakcik mat ni. mula2 aku pangge encik la. tapi sebab dah ramah sangat jadi la pakcik ja. dia pun tak kisah. ramai orang kesihatan nak mai langkawi cari dia. rega kawan2 kot dia bagi.lepas sarapan, kami bergerak ke Taman Buaya Langkawi..nak masuk kena guna ic baru dapat murah sikit. rasanya kami 4 orang dalam rm62. masa kami sampai tu, keta baru ada 3 bijik. keta staf 2, keta kami 1..ish biaq betoi ni, ada ka show macam dalam pamplet? takkan 2,3 kerat ni depa nak buat show?..masa beli tiket aku tanya la, ada show ka?ada kak, satg kita buat. ha.. betul la. ada show.show yang pertama, kami 4 orang, campuq korea kot, 2 orang, arab 3 orang..show yang pertama, tak ada apa sangat..depa angkat boya tu, tunjuk bahagian paling bernilai..bahagian bawah dia la..pastu berus gigi boya. boya pun kecik ja.
lepas tu ada lagi show, jumping crocodile.masa ni orang dah start ramai. kebanyakannya orang arab la.apa la jumpingnya..bunyi cam gempaq..tapi yang dikatakan jumping tu bila, depa lalukan makanan pada satu tali yang direntang di tengah kolam, so, boya tu akan lompat la, amik makanan tu..tu la jumpingnya..lepas tu ada lagi show, show yang ni guna boya tembaga. paling besaq di situ. umuq 40 tahun. boya tembaga yang paling agresif. petugas berus gigi boya, naik duduk atas boya dan baring atas boya. lastly, dia akan hulurkan tangan dia dalam mulut boya. aku ingatkan nak huluq pala dia, huluq tangan ja. last show, depa akan bagi makan boya..aku cuma lalu ja la atas jambatan panjang tu. tapi tak tunggu feeding time sebab anak aku kan tak berapa sihat. jadinya nak pi tang lain plak, nak bagi dia rehat sat.kat sini setiap show akan ada penerangan. memang staf di sana akan crita la pasai show yang dilakukan dan tourists akan amik tour guide untuk crita pasai taman ni. kita orang malaysia tak yah la. buang duit ja. sapa yang nak bagi makan boya pun bleh.depa ada juai makanan. tak la besaq sangat tempat tu.bersih ja tempatnya. kat situ ada satu butik yang juai barangan dari kulit boya. aku try la masuk..mak oiii rega,,,beg tangan ja ribu riban.puluh ribu pun ada..mahai mahai..tak mampu nak beli. tengok ja boleh la. masa nak kuaq, depa akan juai gambaq yang kita tangkap masa mula masuk tu. aku amik 2, gambar dengan yang dalam frame ada air tu. nak bagtau tepat tak tau nama apa benda tu. dua tu ja dah rm40..mahai oiii souvenirs pun. beli gak la untuk kenangan. ye la, kita mungkin rasa, apa la nak tengok boya tapi budak2 lain..depa akan rasa seronok sebab tak pernah tengok kan? rasa macam best sgt la..ha,boya berus gigi tu la, akai aku kalau anak aku malaih gosok gigi. tengok, boya pun jaga gigi. kita lagi la kena jaga..

Saturday 6 February 2016

Game

anak aku mohsin tu la ni pantang lepa ja hari cuti, kalau abah dia balik mesti dia nak main game. sebelum ni, dia tak tau pasai game ni. sampailahhhhh anak pak long dia bawa psp mai rumah. dia asyik berdempek ja dengan budak tu. nak main orang  tak bagi. dia berdempek ja tengok. sian aku tengok. cam miskin benor aku ni tak mampu nak beli psp. tapi psp mahai. tak mampu aku nak beli. consider miskin lah aku kan? masa tu plak ada anak pak ngah dia. anak pakngah dia pun takdak psp. pakat-pakat la berdempek nak tengok. tapi takpala, pakngah dia banyak duit.. esok tu, teruih pakngah dia pi beli psp kat anak dia. bawa anak aku sekali. jemmmm anak aku asyik sebut psp ja..bila mohsin dah besaq, boleh mohsin beli psp? bolehhhh mohsin. sebab dah besaq. ni mohsin kecik lagi, rosak mata. yang pak ngah dia ni pun satu, dah tau boleh rosak mata, gataiiiii jugak pi beli. ajak anak aku pi sekali plak tu. nak menyedapkan hati si anak, laki aku pun offer la game playstation tu.memang dah ada lama dah game tu cumanya jarang nak main. dah tua bangka k..haaaa..anak aku punya la syioknya..suka la dia boleh main. tapiiiii bersyarat. hanya time abah dia ada ja boleh main. means...hari cuti time abah balik dari pahang. yang jadi problem plak, ain pun  nak main jugak. tapi confirm la dia tak tau main..lagi satu haru, abang dia asyik marah ja..pandai main pun susah, tak pandai pun susah. berebut ja kerjanya. kalau mohsin main dengan sepupu dia, dia plak, asyik nak teriak, sebab kalah. dia kata la haikal tak bagi can la, main tipu la..this is game.kena la pandai main baru boleh menag..haaa letih..baik time aku dulu apa pun takdak. main pasiq,  buat kek, amaik daun buat ikan, main juai2..senang crita.

Opis Sunyi Sepi

hari ni, 7 feb 2016..esok hari raya cina..so, kami yang di kedah ni, hari ni saja kerja. esok lusa cuti, ramai kawan2 aku yang amik cuti direct.senang crita. aku? malaih nak amik cuti sebab tak tau nak buat apa kat rumah. baik datang kerja. mohsin pun sekolah hari ni. ain tak sekolah sebab tadika dia ikut cuti penang. jadinya, ain akan cuti start sabtu sampai rabu la. mai opis, sunyiiii la pulak. pompuan, aku sorang ja yg kerja. sunyiiiinya rasa..huwaaaaa..

Tuesday 2 February 2016

Short Trip To Langkawi

Langkawi First Day

dah letih aku dengaq anak aku dok sebut langkawi, langkawi..so, hujung bulan Jan, aku decide, pi langkawi. bajet bukannya ada pun tapi takpa la..pi ja la. masuk la mana tempat yang best dan ada pengajaran kat anak-anak aku. sebenaqnya, malam tu, anak aku ain demam..badan dia panas sikit. pagi 27 Jan tu aku dah confius, nak pi ke dak? cadangnya nak bertolak pukoi 7 pagi. anak2 mandi di masjid tapi dah aku pun dah berbelah bagi, kami bertolak lambat la. tunggu anak2 bangun, bagi makan ubat dulu. sarapan serba sikit. pukoi 10 pagi kami bertolak ke Kuala Perlis. naik dari KP dekat sikit. dalam 1 jam ja naik feri. tiket untuk 2 dewasa, 2 kanak2..rm 62.time time hari reja ni, tak yah risau la bab tiket ni..confirm tiket banyak punya. dalam feri tu bleh duduk ikut suka. tak payah ikut nombor. aku suka camtu. tak gaduh nak berebut. tak sesak. aku pi hari rabu.anak anak aku ponteng tadika la. sebelum naik feri aku dah roger tokey chalet kat Pantai Cenang. actually, dia ni baru 2 bulan pencen. dia bekas dreba pejabat kesihatan langkawi. asai orang sana. buat bisnes la dia..chalet, reta sewa, kedai makan, kedai baju. semua dia sapu. nampak ja cikai, duit banyak tuuuu...
sampai langkawi, pakcik tu dah tunggu dengan keta viva. aku amik viva ja. kami 4 orang ja pun. dia bawa pi kat chalet dia. bagi aku yang bajet ni, ok lah..bilik ada 2 katil, besaq dengan kecik. shower dengan tandas sekali dia buat, ada tv tp channel tak cantik, ada cerek lektrik, sabun dengan tuala. ok lah..sekali dengan reta dia caj aku semalam rm 140.00. sampai chalet, staff dia baru dok kemas bilik. staff jakim amik penuh chalet dia. chalet adik dia pun penuh gak. haiii pakat buat chalet la dah tepi jalan nak ke Pantai Cenang.. dalam 5 minit ja drive. kami pi makan dulu. badan anak aku masa tu dah start panaih balik. tadi dalam feri tak makan ubat. kami makan di kedai makan siam tepi penginapan sada. aku tengok penginapan tu macam tak terurus ja. sayang la. tempat strategik.
actually, dekat dengan tempat makan tu, seberang jalan sana, aku pernah dok homestay kat situ. semalam rm 250 kot. masa tu kami mai ramai. dalam 11 orang. sewa van hiace masa tu. ni kami berempat ja, tak yah la sewa reta besaq2..bukan nak membeli pun,nak jalan2 ja.
so, petang tu, kami tak buat apa..rehatttt ja..ain pun tak sihat..letih gak kami pun. sebab dah sampai petang. nak pi melawat pun banyak dah nak tutup. dok kat chalet ja kami pun. malam kuaq pi cari coklat. nanti tak kalut dah...

sambung hari kedua plak k..

Lidah Kena Jaga

sebenaqnya, kita kena jaga mulut ka lidah?aku rasa lidah sebab lidah yang berkata-kata. walaupun lidah tidak bertulang tetapi kata-kata yang dikeluarkan amat berbisa, amat berbahaya, amat lembut, amat manis sehingga boleh mencairkan hati seseorang, amat menyakitkan hingga boleh meleraikan sebuah persahabatan. haaa banyakkan yang lidah boleh buat.
sebab tu lah, kena jaga lidah ni. jangan dok cakap sembarangan. kalau-kalau cakap kita itu akan menyakitkan hati orang lain. walaupun, niat sebenar nak bergurau tapi kita kena paham, tak semua orang paham dengan gurauan kita. bila gurauan jadi kemarahan, ha, camna, kan dah bermasam muka, dah tak berteguq sapa. tambah2 lagi kalau reja satu opis.camna?
macam tu jugak la, kalau yang suka mengampu. nak mengampu buat apa. nak buat kerja, buat saja. jangan kita nak naik, kita pi pejatuh kawan kita. habaq habis, kerja saya tip top, kerja kawan saya, selaluuuuu tak siap. ha, tu kan lidah jugak yang berkata-kata. bila orang yang dikata tu dengaq, agak2 dia nak dok diam ka? mesti la dak kan? dah jadi sengketa.. marah dalam diam, dok tarammmm ja dalam hati. bila boleh boh balik sedas. 
sebab tu lah, jaga lidah, nak tunjuk diri baguih boleh..jangan libatkan orang lain..