Wednesday 25 July 2018

Cerita Hari Ini - 26 Julai 2018

hari ini...aku ke Kem PLKN Bukit Besar
tempat yang biasa aku buat program
sebab? aku ada anak nak kena urus
nak hantaq pengasuh, sekolah, tadika
kalau aku pi buat program kat tempat jauh
sapa nak urus anak anak
asben aku keja penang
mana sempat nak incas anak anak
jadinya, aku la yang incas
macam super mak ja aku
multitasking
lumrah ibu ibu sekarang ni

tapikan...lama lama boring jugak
kalau kat tempat yang sama
kem tu pun, walaupun kita ni 
selalu buat program dengan depa
ada juga la hiccupsnya
ala....adat orang berniaga
tambah pulak kalau bayaq guna l o
kalau cash lain la

apakan daya
redha ja la
program ni untuk belia
aku maalaih dah nak pikiaq banyak
amik ja consultant utk run
dulu dah pernah hire
dah depa yang tawarkan diri
amik ja la
bayaq takat mana yang ada
bajet macam banyak
tapi yang dah guna duit sendiri belum lagi dikira
haihhhh apakan daya
cam ni la kejanya

hmmm  rencah bekerja opis
ada gossip ada yang betui
tapi nak menentukan betul atau palsu
itu yang payah
kalau direct tanya mana nak jawab
kena la jadi penyiasat
bukan nak menyibuk
nak tau kebenaran ja punnn

nanti nanti la aku cita
ok..nak sambung keja

Tuesday 24 July 2018

Today - 25.7.2018

mood buat entry makin ke laut. banyak benda nak share
kenapa malas? ntah la.
mungkin sibuk..tapi masih ada membawang
eh iye ke membawang..topik apa?
ntah la ..tak tau nak share apa sebenarnya

padahai, blog ni umpama diari
kalau orang yang ada diari
setiap hari akan tulis
so, kita tak lupa apa yang telah berlaku
senang nak ingat balik kalau ada diari

aku budak kampung
diari mana la penah ada
sampai sekarang, belum ada diari
bab merekod menulis ni memang tak penah konsisten
memang malas tahap gaban
gaban pun rajin kot

hari ni, aku sibuk nak buat dokumentasi program
program dah setel
nak masuk penggal kedua
jadinya yang pertama kena setel dulu
nanti bila orang minta
hulur ja yang dah siap
tidak bersilat kau sorang sorang

opis aku dah ada perubahan
pertama -  skandal laki orang dengan bini orang
dah setel
dah sedaq diri sorang tu, jadinya dia pun back off
setelah ditarbiah oleh kawan aku
alhamdulillah

bos cuti bersalin pun dah masuk
takpa la, dia da ka dak keja sama ja
part aku, aku buat, part dia, dia buat la
janji keja jalan
apa nak kisah

laki aku naik gred
kena tukaq ke perlis
aku stay sini dengan anak anak dan mak mertua ku 
semakin teruk lupa dia ni
kadang stress, kadang kesian
sama banyak feeling tu

laki aku beli motor baru
mengabihkan duit ja
tapi nak berulang hari hari katanya
takpun selang sehari
ok la sebab takkan aku nak jaga anak sorg sorg
banyak cantik

sad news
blogger idola ku kak red
ada masalah rumah tangga
sapa sangka orangnya sentiasa ceria
tapi dalam hati ada duka
simpati aku pada dia
apakan daya
sudah itu takdirnya

sekian, aku merepek untuk hari ni