Monday 20 February 2017

Alhamdulillah

alhamdulillah...rumah aku dah ada penyewa. aku iklankan kat fb aku ja. tengah hari aku iklan, pukul 2 dah ada orang call. mlm dia dah pi tengok rumah. rumah aku sempat kosong ada la dalam seminggu. sempat aku potong rumput, bersihkan kotoran, repair apa yang patut. nasib baik kerosakan kat rumah tu yang kecik2 ja macam kepala paip patah, saluran sinki bilik air bocor. semua tu abang ipaq aku yang setel. dalam 2 hari dia buat, dah ok. aku upah rm 150. mesin rumput, abang ipaq aku yang sorang lagi buat. aku upah rm80. huiiiii dia mesin rumput memang cantik. rapatttt ja.rumput tu memang pendek betui. skill sebab dia asai jadi buruh mpsp. lepas tu naik jadi mandur. aku letak harga sewa rm550. dah tawar, jadi la rm500. oklah, dulu sewa rm350 ja pun. aku langsir pun tak sempat pasang. pi bagi kat dia ja, dia pasang la sendiri. depa tu orang sik, bini keja tesco, asben keja kilang hoya. yang bini tu tak la pekat loghat sik sangat, yang lelaki tu pekattttt la sangat loghat dia.anak baru sorang, umuq 5 tahun, yang no dua coming soon, bersalin bulan 4 kot. serius, rumah sewa di kulim ni memang laku keras. tak payah iklan kat mudah pun. bertalu orang telefon. dan rezeki dia la, dia orang first call, tengok, teruih setuju. aku pun tak la payah sangat nak memilih. tengok dari budi bahasa tu,rasanya ok. setuju ja la.masa aku nak pi bagi kunci rumah tu, chinese selang 4 buah rumah tu , mai teguq aku, dia ingat aku sapa, mai tengok rumah ka nak buat apa.bila aku bagitau aku tuan rumah, dia tanya aku, nak juai ka?kalau nak juai kasi tau sama saya.aiseyyy..tak juai la tokey, rumah pun satu ni ja ada. masa aku baru beli hari tu, chinese sebelah rumah pun tanya jugak. kakak dia mau beli..hmmmm maaflah, ni la aset yang aku ada. nak beli pulak, payah la sebab harga rumah makin mahai..kat kulim pun dah bertus ribu. starting saja dah rm200k..huiiii mana nak cekau duit nak beli rumah ni??? tak tau la kedepan ni mcm mn, mampu ka anak aku beli rumah...redha ja la.

Sunday 19 February 2017

Mukhlis & Critanya

mukhlis dah boleh makan dah..dah 6 bulan ++, so, aku dah boleh buat makanan yang sesuai untuk dia. anak kali ni, aku rajin la sangat. aku beli setin ja nestum. rasa mahai sangat rega nestum berbanding 5 tahun lepas..so, aku buat ja makanan tu sendiri. google dalam int, macam2 resepi ada. yang selalu aku buat, beras + karot + kentang + kurma. ada gak aku buat, campuq bayam, cheese, ayam, brokoli dan serbuk ikan bilis. aku tak guna langsung garam. masin pun dari ikan bilis dan manis dari kurma. setiap hari aku masak, malam tu , masak siap2..esok aku panaskan ja. hantaq pergi rumah pengasuh. sebekas aku hntaq, habis. laju ko makan dik. tapi badan tak naik sangat. baru 7 bulan dah nak berdiri, gigi dah tumbuh 2 batang di bawah. merangkak tak nak, teruih duduk dan nak berdiri. cepat betoi progress budak ni. lain dari abang dan kakak dia.
tiap malam nak tidoq, aku kena stand by susu dalam bekas kecik dengan botol yang dah diisi air. sebab bila dia jaga, katakan 3 pagi, teruih nangis nak susu. kuat pulak tu. nak susu ja pun. kadang2 dia jaga sampai 2 kali.ish kuat minum susu. sekarang aku bagi susu anmum sebab susu badan memang dah takdak, heran aku camna orang boleh ada susu sampai 2 tahun. aku tak sampai pun tahap tu. rezeki masing masing kan...tokey kedai baby yang aku selalu pi tu bagitau harga susu akan naik dalam 5 % bulan mac ni. aiseyyyy naik lagi, semua rega barang naik. stress la aku dengan keadaan sekarang nih. gst lagi, harga naik lagi. mana la rakyat miskin cam aku ni nak survive..hmmmm hidup hidup.
biskut untuk baby, aku baru 3 kali beli. tapi rsnya teramat penting untuk aku beli sebab sian bila time kita makan dia tengokkkk ja. so, belikan biskut baby.walker pun aku beli walaupun nurse tak bagi sebab bahaya. tapi aku guna kadang2 ja sebab banyak masa dia di bawah ja. senang nak main main dengan abang dan kakak dia. yang abang tu ok sikit, yang kakak tu bukan main kasaq lagi. aku suka tengok baby masa dia tidoq. rasa bebasnyaaaa dia..telentang, mengiring, rasa dia tidoq tanpa ada masalah..suka aku..
pagi2 pukul 5.45 aku dah hntq dia pi rumah pengasuh, petang pukul 6 baru amik. tapi dia ni pelik, dia payah nak kat orang, kat pengasuh dengan aku ok. dengan mak tok dia pun dia tak mau. kalau nak tinggal dalam 10 min ok. kalau mak tok dia pegang, nampak ja aku, siap..nangis la...sedih aku tengok. part yang sedih bila dia tengok aku, dia nak mai kat aku. dia tak merangkak, dia meluluq orang kedah kata. ya allah,sedihnya aku tengok dengan mimik muka dia tu...sayuuuu hati. mukhlis husni..kejujuran dan indah..semoga jadi anak yang jujur dan terpuji dan indah di hati semua orang..aminnn