Sunday, 19 February 2017

Mukhlis & Critanya

mukhlis dah boleh makan dah..dah 6 bulan ++, so, aku dah boleh buat makanan yang sesuai untuk dia. anak kali ni, aku rajin la sangat. aku beli setin ja nestum. rasa mahai sangat rega nestum berbanding 5 tahun lepas..so, aku buat ja makanan tu sendiri. google dalam int, macam2 resepi ada. yang selalu aku buat, beras + karot + kentang + kurma. ada gak aku buat, campuq bayam, cheese, ayam, brokoli dan serbuk ikan bilis. aku tak guna langsung garam. masin pun dari ikan bilis dan manis dari kurma. setiap hari aku masak, malam tu , masak siap2..esok aku panaskan ja. hantaq pergi rumah pengasuh. sebekas aku hntaq, habis. laju ko makan dik. tapi badan tak naik sangat. baru 7 bulan dah nak berdiri, gigi dah tumbuh 2 batang di bawah. merangkak tak nak, teruih duduk dan nak berdiri. cepat betoi progress budak ni. lain dari abang dan kakak dia.
tiap malam nak tidoq, aku kena stand by susu dalam bekas kecik dengan botol yang dah diisi air. sebab bila dia jaga, katakan 3 pagi, teruih nangis nak susu. kuat pulak tu. nak susu ja pun. kadang2 dia jaga sampai 2 kali.ish kuat minum susu. sekarang aku bagi susu anmum sebab susu badan memang dah takdak, heran aku camna orang boleh ada susu sampai 2 tahun. aku tak sampai pun tahap tu. rezeki masing masing kan...tokey kedai baby yang aku selalu pi tu bagitau harga susu akan naik dalam 5 % bulan mac ni. aiseyyyy naik lagi, semua rega barang naik. stress la aku dengan keadaan sekarang nih. gst lagi, harga naik lagi. mana la rakyat miskin cam aku ni nak survive..hmmmm hidup hidup.
biskut untuk baby, aku baru 3 kali beli. tapi rsnya teramat penting untuk aku beli sebab sian bila time kita makan dia tengokkkk ja. so, belikan biskut baby.walker pun aku beli walaupun nurse tak bagi sebab bahaya. tapi aku guna kadang2 ja sebab banyak masa dia di bawah ja. senang nak main main dengan abang dan kakak dia. yang abang tu ok sikit, yang kakak tu bukan main kasaq lagi. aku suka tengok baby masa dia tidoq. rasa bebasnyaaaa dia..telentang, mengiring, rasa dia tidoq tanpa ada masalah..suka aku..
pagi2 pukul 5.45 aku dah hntq dia pi rumah pengasuh, petang pukul 6 baru amik. tapi dia ni pelik, dia payah nak kat orang, kat pengasuh dengan aku ok. dengan mak tok dia pun dia tak mau. kalau nak tinggal dalam 10 min ok. kalau mak tok dia pegang, nampak ja aku, siap..nangis la...sedih aku tengok. part yang sedih bila dia tengok aku, dia nak mai kat aku. dia tak merangkak, dia meluluq orang kedah kata. ya allah,sedihnya aku tengok dengan mimik muka dia tu...sayuuuu hati. mukhlis husni..kejujuran dan indah..semoga jadi anak yang jujur dan terpuji dan indah di hati semua orang..aminnn

No comments: