Saturday 25 December 2021

KOTA BHARU - H ELITE HOTEL

 tempahan hotel aku buat masa otw nak ke kelantan dah. saja ja bertolak awai sehari sebab dah alang-alang cuti dan mak mertua aku ada orang yang jaga, marilah kita keluaq rumah awai sikit. tensionkan jaga orang nyanyuk ni. ini la masa nak rehatkan otak. anak-anak pun suka sebab tak payah dengaq mak tok depa merepek, tanya benda yang tak wujud.

aku google ja. booking hotel guna booking.com. aku tengok h elite hotel ni naik paling atas, aku amik ja la. sebenarnyakan..booking ni tak on pun sebab aku tak aktifkan kad debit aku. barulah aku tau, kn aktifkan dulu debit kad baru bleh guna booking online ni. patut la masa aku booking hotel di kuala terengganu hari tu, dia tak trima cimb kad aku. terpaksa la guna credit kad bank rakyat yang dah nyawa nyawa ikan tu.

takpa la, dah tak on, aku book ja direct. dapat la semalam rm 180. kalau online dapat rm 153.00. apakan daya, trima ja la. aku ingtkan hotel ni dari tingkat 1 sampai atas semua hotel. rupanya timgkat 4 baru hotel. 1-3 tu opis. patut nampak lain sangat dalam gambar. tpi ok hotel ni. serius. aku dapat free 2 breakfast. aku tambah ja rm26 utk 2 kanak kanak. yg kecik free. sebab bawah 6 tahun. aku makan sampai kenyang bedeeah. gila. menu punya banyak. macam biasa, aku tukang amik makanan, anak aku tukang hantaq pi kat meja. asben aku? tunggu anak ja. menu pagi tu ; 

nasi minyak ayam masak merah dan jelata, 

kuey teow goreng

kacang panggang

chicken ham

wedges

laksa

bubur

pau

muffin

roti

cereal 3 jenis

buah- buahan

salad

minumn sejuk 2 jns

kopi dan teh

ha..puas makan. sarapan dewasa rm25 sorang.tp dah free. bayaq yg anak anak ja.nasib aku tak makan kat luaq. tidak rugi. kami kalau pi hotel mmg nak guna kolam mandi . tapi kolam mandi kat sini kecik. aku naik pagi tu dah penuh. memang la buka setiap masa tapi penuh pulak. tak jadi la nak mandi. tak bejalan mana pun kat kot bharu. sebb plan nak dok sat sj sebelum pi kuala terengganu.

so, pukui 10 pagi dah check out. bai bai KB

Monday 30 August 2021

Kemaruk Kerja Ke??

hairan aku, apa yang seronok sangat pi reja? benda boleh setel di rumah, nak piiii jugak tempat reja nak buat. kalau dekat takpa. nii..perlis kot. gagah sangat nak tunjuk komited sangat dengan kerja. padahai, kawan dia boleh buat. ehhh winnie cuti. kesian dia. hari cuti pun kena kerja. padan la, hari reja kau monteng ja. masuk lambat. ada ka sampai kena pi rumah ketuk pintu minta kunci opis. elok sangat la kena reja time cuti. buat ep ja punnnnn bukan amik masa sekerat hari. banyak nau songeh kau yer. yang laki aku pun. macam kat jabatan dia tu, dia sorang ja boleh buat reja. yang lain mati habis ka geng lelaki? meluat aku. suka la tu orang puji.. ismail ni baguihhh buat reja. ismail ni boleh harap. ye la boleh harap, mudah kerja pegawai kan..semua ismail buat. pasang katil jabatan punnn ismail buat. setau aku, kat seriab tu ramai staf lelaki. ismail dengan amin ja boleh buat reja. yang lain, main bataXX ja pandai kot.

yang aku hangin tu, rabu khamis abg kena reja. td baru aku tau rabu tu saja nak pi ja. nak siap ep. amboiiiii baru nak bgtau. jadual reja yang betui.. khamis jumaat. ooo baru bgtau. aku ni, nakkk aja aku tepon norsiah tu. takdak orang lain ka boleh buat reja selain ismail? fakri ada, mizan ada, sapa lagi. ramai lagi ada. dokkkk tala yang ni jugak. cam hareyyyyy. aku sebenarnya ada jugak negetif thinking tu. yang rajin sangat ni nak jumpa awek ka nak kerja? tpi malaih la nak cakap keluaq. sat lagi gaduh plak. dah la aku baru ja bercakap dengan dia ni. sebb dia marah aku msg sha. alaaaa msej ja pun, bkn dia tau aku ni bini ismail. semua nak rahsia. sia sia ja la kau tu semayang sunat kalau perangai galak kau tu tak buang. apa punya perangai. gila kerja, patut la kwn kwn ko kata ko tu semua benda nak buat. nak tunjuk bagus kat pegawai. norsiah tu sama ja gred dengan aku bukan besa sangat pun pangkat dia.

Wednesday 25 August 2021

Cikgu Farah

 ni sorang lagi yang masuk dalam crita ni. aku selalu baca msg cikgu ni dengan asben aku. msg biasa2 ja. tapi kdg nampak cikgu tu yang melebih. cth: 

cikgu farah :buat apa? 

asben aku jwab: tak buat apa, tgk tv ja

cikgu farah : tak takut ka?

asben aku: nak takut apa?

cikgu farah ; dok sorang2..takdak kawan

asben aku : biasa ja

ada jugak dia msg asben aku pukui 6.03 pgi. imagine..pagi2 dah msg asben aku. aku yang bini dia pun tak sempat mesej asben aku time tu sebab kalut dengan anak anak. nak masak makan lagi. tak sempat sungguh nak tanya laki sendiri dah bangun ka dah mandi ka blum.

mcm mn aku tau dia msg asben aku dulu? aku export chat kat wsap asben aku. jdnya aku tau la sapa msg sapa dulu. klau asben aku msg pun cuma tanya hal penting.cth, kat mana nak beli chek suhu badan yang berdiri tu. 

satu hari, asben aku baru balik dari servis motor dia kat BM. dia dapat call dari asben cikgu farah. aku dengaq hujung2 telinga ja la. tp aku blh agak la topik depa bersembang tu.

asben dia tanya..ada apa apa hubungan ka dengan cikgu farah? minat kat dia ka? 

asben aku jawab : eh dak aih. kwn biasa ja. laki dia kata, kalau nak mai jumpa sy dengan pak dia, bgtau. ehhh saya ada anak bini. buat apa nak kat dia.

laki dia kata,asben aku nak mengorat bini dia sebb masa hari raya hari tu, asben aku hantaq gambar dia dengan kawasaki dia dengan ucapan hari raya. gambar tu aku tau sebab aku yang tolong cari ayat ucapan tu. asben aku hantaq kat semua org. bukan bini dia saja. asben aku cakap la, tu sy minat. bkn saya nak ngorat dia.

actually..asben cikgu ni dah call asben aku masa pagi tu lagi. siap tanya alamat rumah lagi. dia kata dr shopee.nak hntr barang tapi alamat kelabu. asben aku pun bagi la. dia pun pelik jugak, aku order barang apa? tapi dia abaikan ja la.

ooo rupany tu la modus operandi dia. dia siap nasihat asben aku lagi. lain kali, hati2..jangan mudah bg no phone kat org..aku dulu pernah tanya asben aku. dah kawin ka cikgu ni. asben aku kata tak tau. nmpak gaya mcm dah kawin.

so, after that..no tu pun dideletekan.. kalau tidak, cikgu farah cikgu farah. nyampah. tapi nama yang tak disebut tu yang jd isukan? hmmm yang asben dia blh call tu sebab cikgu tu hide msg asben aku. sebelum ni,dia blh bc. sekarang tak blh. dia syak la ada apa apa. aku rasa cikgu tu ada isu dengan asben dia tau. so, dia nak sakitkan hati asben dia.. dia guna la kesempatan dok msg dengan laki aku bg asben dia jeles. cinabeng


Sunday 22 August 2021

Cut The Story

dipendekkan crita..

mizan tu adalah abg Di kwn baik asben aku dulu.

pasaipa dia bleh call aku bgtau asben aku ada skandal? sebab duit

asben aku beli motor yamahamt09 sebelum pakai motor kawasaki ninja ni

abg di tu minta nak beli motor yamaha tu. dia nak sambung bayaq

dia bagi rm8k kat asben aku, tak potong nama, sambung bayaq sampai habis

aku dah cakap, baik tolak kat kedai. lg senang. sambung bayaq ni payah. kalau tak byq, kita kena.

asben aku cakap. ehhh takpa, abang di ni ada duit. dia keja, bini keja. anak ada 2 ja. dah masuk kolej. lupa ke? masuk kolej dari banyak guna duit dari sek men cek oiiiii

dekat nak cukup 3 bulan, laki aku apply loan nak beli motor baru dah dok pi reja di perlis bawa reta ja, jenuh la nak boh minyak.luluihhhhh

dia pun beli la motor baru tu(second hand sbnrnya). elokkkk dapat motor, abg di ni bg balik motor yamaha tu. gilaaaaaaa. takkan nak sara  motor.

alasan bagi balik, bini marah. laaaa tak bgtau bini ka kata amik motor ni? dia kata bini chek online ada transfer ke asben aku. duit byq motor la. sebulan rm455 kn bayaq. abang di tu bw grab kat kl lepas berenti reja.

asben aku marah la. laaa kata nak sambung bayaq , ni bagi balik,saya dah beli motor baru dah. pastu dia nak duit dia balik rm8k. mana nak ada dah. dah joli dah.

pastu dia marah kat asben aku. dia bagi balik motor,dia nak balik duit penuh.asben aku kata ,mana boleh, saya tak mau byq penuh. separuh pun belum tentu. 

dia ugut laki aku, takpa, jangan sampai geng abg di kutip kat kola perlis. asben aku kata, ingat aku takut. ang di kata, motor ni abg di bagi balik dengan elok, ikutkan dia boleh ja lacurkan motor tu.sapa nak pakai bayaq tp dia tak mau. bukan tu mslh dia, mslh dia hari tu beria ria nak. lps tu tak mau plak.

dia berdendam bab duit tu la. macm mana dia tau pasai asben aku di perlis, sedangkan dia dok di kl nunnn. ada la org dalam jbtn asben aku yang bgtau ni. 

dia kenai fakris jugak sebab depa penah jumpa. kalau tidak, mana dia tau fakri dan asben aku nak kat mira, mana dia tau mira tu staf baru, mana dia tau mira tu dok mana, umuq berapa? sedangkan aku tanya staf sana, depa tak nmpk pun depa dua ni keluaq berdua. ramai2 tu ada la. takkan depa blh tau mail call sehr 15 kali..  aku syak Fxxxxx yang bg info ni. jom kita kasi gempaq sama asben aku.

sampai la, kat status dia, dia dok up mcm perli asben aku. kat status aku dia dok selalu jengoi jugak.cuma lately dia dah tak jengoi. samada dai memang tak jengoi atau dia buat unseen tu kan?so, aku tak tau la kata dia tgk aku.

mira ni dulu dok tgk status aku, la dia blok aku. tak tau pasai pa.so, kesimpulannya, kerana duit. dan asben aku pun galak jugak. kalau tidak , aku tak tau la dia call 15 kali sehr. msg asben aku dgn mira tu mmg aku tak blh baca sebb dia akan delete. call log pun clear. jdnya, aku tak kata laki aku innocent, dia pun ada gak galak dia tp mungkin Allah nak tunjuk.. Abg di ni jd penyebab nak bocorkan rahsia. 

aku plak tak sabaq..why not aku pi perlis, jumpa mira ni dl, pastu confront asben aku kan? tak terpikiaq . mira ni pun tipu jugak. masa aku tany dia selalu ka asben aku msg dia, dia kata jarang. aku kata jarang apa. sehri 15 kali.nak tipu ekk?? baiknya aku..hahahha kalau org lain tak tau la cmna.

Aku kantoi

konon nak jadi penyiasat. aku try la instal yang nak tau dia msg sapa tu. tpi kantoi. Allah tak izin.dia dapat tau. mula tu dia ok, tak perasan kot, pastu pagi tu pukui 6 lbh, dia tanya, mama buat apa kat phone abah. baik bagitau. aku pun crita la apa aku buat. hahaha kantoi. tp kan aku heran pasaipa dia blh tau apa yang aku search kat hset aku. cth: aku search resepi bubur kacang, kat hset dia pun naik benda sama. kwn aku kata dia dah klon ka apa ntah hset aku tu. hset aku tu hset dia sebenarnya. aku guna. yg aku heran jugak tu, masa aku dok msg dengan informer tu, dia blh tau no hset informer tu 6 digit awai. heran dak? cth 017355..ish tak logik la dia teka betui. aku no kwn aku pun tak ingat no brp. aku heran betui la. dia kata, semua msg aku semua dia ada. mcm mn dia buat ek? sapa pandai. tolong crita. 

Sambungan - Remy Ishak dan aku kantoi

nama dia remy ja ishak tu aku yang tambah. aku baca msg asben aku dengan remy ni. tapi dah sekerat. asben aku dah delete yang awai tu. jd tak tau topik apa perbncangan depa. tapi yg sempat aku baca:

asben : ada orang nak jahanam rumah tangga aku

remy: kita bleh cari

asben : depa dok pi crita kata aku bawa mira naik reta aku. bini aku marah kata tu reta dia jugak. pandai2 bawa pompuan naik

asben aku tunjuk msg fakris kat mira. 

asben : fakris ni sampai ajak mira kawin kat siam

remy : tu la, aku pesan tarikh hand brek, hang tak mau

asben: masa tu tengah lahu, syiok.

part ni, aku tanya asben aku , apa maksud remy tarik hand brek? asben aku jawab masa tu dok seronok call msg, bahasa la diri sayang la pa la. pala bapak dia. dok msg cakp ayat mcm tu.

sebenarnya 21.5.21 aku kena pi bachok escot okt pompuan. masa pagi aku buat wsap web. ok pada mulanya tapi aku kantoi sebb aku buka msg yg dia blum buka lagi. masa tu kat pejabat dia di perlis ada jamuan raya. dia msg mira pukui 6.30 pagi..yangggg dah bangun ka? pukui 7 dah ni. tapi mira tu tak jawab. pastu dia beli sarapan kat anak anak. dia msg mira, pa makan roti sosej ja hari ni. mira tu jawab ok ja. pastu dia minta gbr jamuan raya, mira bagi gbr dia sekeping dgn gbr jamuan. apa kejadah boh gbr hang sekali. jamuan raya sudah la. tu pun aku tny asben aku, dia jawab, alaaa nak tunjuk gbr dia ja. tunjuk ka ngorat? 

sakit hati aku. balik dari kelantan tu, dia senyap ja. sikit tak bersembang.aku dok nak cakap dengan dia, dia kata, tak mau cakap. dia buat2 tidoq, aku cakap jugak. heran no remy lebih tau apa yang jadi dari mama. dok rahsia apa lagi. takkan kwn besa sehr sampai 15 kali call. aku pot pet pot pet..esok tu dia nak pi kl dengan remy. dia kata kat aku. semua tu takdak apa. abang tak dak apa pun dengan mira tu. masa dia cakap tu sora dia aku dengaq sebak. pastu aku msg dia. aku jeles. mana tak jeles kan? laki dok msg dengan orang lain.msg as a friend ok, ni mcm nak merapu dah.


Wednesday 18 August 2021

Seterusnya..keturunan raja konon

actually, aku tak syak tau asben aku dgn pompuan ni. aku syak dia dengan sorang staf di jabtan yang jaga kebajikan pekerja swasta tu. daerah mana rahsia. tapi reja di negeri kedah. pompuan katanya keturunan raja. nama dia ada la raja. asben aku selalu dok sebut nama dia. aku buat dono ja. tak kisah bab laki aku sebut nama kwn pompuan dia tu. tpiii aku hangin tu bila aku baca msg dia kat laki aku. apa punya perempuan la. tak reti hormat langsung perasaan bini orang. tau tak dia tulis apa kat msg tu :

- u sleep la, nnti i masuk dalam mimpi u

- u mai sini, i kiss sampai lekat bekas. harey punya betina.

- dia sibuk sikit ada program, hntq gbr kaki yg sakit sebab banyak berjalan kat laki aku. tunjuk aurat kat laki org. dia ni keja pakai tudung, kat luar tak pakai tudung

- laki aku cakap very fluent english ni.. eleeee pandai cakap english pun dah puji. nyampah

- dia ni ada skandal dengan laki orang. sakit hati dak dia boleh say hii kat bini skandal dia tu.

- dia demam skandal dia mai tunggu di rmh sampai malam. owner takdak pi kl.

- sedih bila skandal nak balik rmh sebelum balik keja jumpa dulu..aku bc mcm dia tulis kis kis dulu

- skandal balik sabah, bini dia blok no phone dia, dia sedih..semua tu dia crita kat laki aku. minta tolong laki aku..blur laki aku nak tolong cmna..

-aku baca msg dia dgn laki aku. aku export chat. setakat dia tak delete aku boleh baca.

- dia tau kes skandal tu sebab aku baca msg dia dgn laki aku la..

nak tau nama dia..aku bg clue..raja sxxx Ranix bt shariXXX. nnti aku boh gbq..

Kisah Skandal - part 2 info fakris

 sayang tau, aku delete semua mesg fakris sebab takut asben aku baca msg aku dgn dia. aku konon nak dapat info pasai kes ni. tapi aku rasa pelik plak sebab ,apasal hang cakap semua buruk asben aku. pelik jugak. dia kawan baik hang kot dulu. wuiiii jangan buat pasai la. fakris nak balik kuala gula dgn atin, jom jumpa di tesco kepala batas. minum2. masa tu aku nak geram sebab anak aku yg kecikkan hyperaktif. aduiii malaihnya nak pi, nak pi jugakkkkkk jumpa kwn dia tu. aku beli muffin coklat kat anak aku, dia marah aku tak beli kat anak fakris. hareyyy. awat tak srh aku beli satu kedai bagi. masa tu, aku diam ja malaih nak lawan. cuba sekarang..brotherhood konon, pi mampuih hampa punya brotherhood. kalau msg fakris tu ada, blh jadi bukti, apa kata fakris kat laki aku. 

fakris kata :

- kereta ertiga tu, dok bawa mira naik selalu. aku tanya, selalu ka? hang pikiaq lama mana kereta tu ada diperlis. lama tu la bawa mira pi mana mana. kereta tu la dia bawa pegawai sampai ke sg petani nu. guna reta ertiga hampa tu. aku dgn kawan kwan dia tak pelawa aih naik reta dia. pi mana naik reta aku. aku tak kisah.

- karipap yang laki hang bawa tu amik mana? beli kat kwn aku.awat? dia bagi kat geng pompuan ja. aku tak dpt pun. takpa la. takdak rezki. laki aku kata, goreng makan ramai2.

- laki hang suka kondem kawn kawan depan pegawai. konon dia baguih. kawan dengan pegawai saja. pijak kami kami ni.laki aku kata, dia ikut ja arahan pegawai.

- aku kata kat fakri, hampa kwn baik kan? awat tak teguq.aku malaih nak teguq, laki hang pandai agama. mana tanding dengan aku.

- aku rasa ada orang saja up isu ni. dia tak puas hati kat asben hang ni? sapa? dia tak bgtau pun.

-laki hang pernah pinjam keta aku pi jumpa awek. laki aku kata dia pi jumpa awek uitm arau. kalau fakri tak bgtau laki aku pun tak bgtau ni.. rahsia konon. 


note: ada wsap aku dgn dia tapi aku tak blh nak boh dlm ni. nnti aku try lain.







Kisah Skandal (true story) part 1 ada berpart2 lagi

ini berdasarkan kisah betul yang berlaku kat aku. nama dan tempat mungkin aku hint kan atau aku tulis yang betul lah.ikut suka aku.tapi crita ni amat benar. bahasa agak kasar, yang sopan santun tak sesuai baca. tp kena baca siri crita ni sampai habis. then, baru tau kesudahannya. jgn buat kesimpulan dulu ok. 

aku kerja dan jaga 3 orang anak bersama ibu mertua yang nyanyuk. aku kata nyanyuk sebab anak sendiri pun dia tak kenal.ingatan dia back to 30 yrs ago. sebb aku dok rumah dia. stat dari aku bersalin anak pertama. suami aku, kerja di perlis, jabtan kerajaan. aku pun gomen staf. 

crita bermula, pada 6.5.2021 jam 2.45 petang, aku dapat call dr someone yang aku tak kenal. dia call opis. tepon kat opis ni kat tempat open sebb bilik aku takdak phone. aku jawab dan dia cakap, nak bercakap dengan puan xxxxx. aku cakap ya saya. saya ada benda nak bagitau. pasai skandal asben puan. aku masa tu dah ketaq dah ni. serius, cakap pun dah gagap.

aku cakap tolong call phone saya sebab tak sesuai sy nak cakap di tempat terbuka. mula2 dia tak bagi. lepas tu aku pujuk2 dia bagi..aku masuk bilik, aku call dia. nama dia mizan. kerja hantar barang. saya selalu hantar barang ke jabatan kerajaan ni. selalu. saya ada kawan kat sana. saya kenai suami puan pun dah lama. dari zaman dia main keta turbo lagi. saya kenai mirul, shahril ntah sapa lagi dia sebut aku pun tak dpt tangkap. ada staf jabtn sana tanya saya kenal xxxxxx, dia dari kulim, ada bini ada anak. dia ni dok bercinta dengan staf baru kat sini. nama mira umur 23 tahun. aku tanya la.setakat  mana hubungan depa ni..huiiii sy tak tau la tera mana hubungan depa, tapi yang pompuan ni pi rumah asben puan, dan asben puan pi rumah dia. depa buat apa dalam rumah tak tau la. dah laki dengan pompuan. puan pikiaq la sendiri. weiii beromen ka? tanjat aku dengaq. harey aku kata. babi..aku dok jaga anak dia dgn mak dia dok skandal dengan orang lain. yang si mizan tu kata, sya kesiannnnn dekat puan,sebab puan jaga anak dia dok gatai dengan betina lain. auwww geramnyaaaaa dengaq. eh sebelum tu masa dia cakap dengan staf baru tu, aku dah agak mesti mira.why? haaaaa sebab aku penah baca msg wsap dia hntq dekat laki aku pukui 4.45 pagi mcm tu, dia tulis....ambil saya di ktm arau jam 7.00 pagi. lepas tu, asben aku jawap, sy bertolak dari kulim jam 5.30 pagi. mira tu jawab balik. takpa, saya, naik grab, jangan bimbang. ok, aku biaq ja la msg tu. tpiiii ms tu, aku dah ambil no phone dia simpan. bila ja dia kata staf baru. pup.aku ingt nama ni. aku tanya, mira ka nama dia, ya betui. babiiiiii. masa tu seminggu dah no dia aku amik..celakaa

mizan tu pesan..puan siasat la dulu naa.. baikkkk..sy akan siasat. dia tak tau ka aku jenis rampang.aku serbu ja teruih. no mira ada, aku call laki aku dl, ooo sampai hati no, aku dok jaga anak, hang dok skandal dengan perempuan lain. haram betui. pastu aku cal mira tu. sebelum tu, aku call kawan baik asben aku (dulu baik, sekrg musuh). aku tak tau sebenarnya depa ni gaduh. sebelum ni fakris ni dok serumah dengan laki aku kat kuarter gomen tu. aku rasa hr yang aku baca msg mira tu aku tanya asben aku, fakris dok sekali lagi ka? dia kata ha.. padahal fakris dah 3 bulan, 3 BULAN KELUAQ DARI RUMAH TU. LAKI AKU TIPU AKU. aku tau pun mizan yang bagitau, awak tau dak, fakris dah keluaq dari rumah xxxx sebab bergaduh berebut MIRA. berebut? padahai dua dua jantan ni dah ada biniiiiiiiiiiiiii. gatai batang 2 jantan ni. aku kata kat fakri, hang bagitau aku yang betui. hang kesian kat aku sama. betui ka XXXX ada skandal dengan mira. dia kata betui. betui ka hang dah keluaq dari rumah XXXX. ya. dah lama. 


ni msg aku dengaq fakrsi. aku call atin sebelum tu sebb nak no fakris. pastu aku crita la kat atin pasai crita asben aku tu. masa tu aku tak tau depa ni dah tak berkawan baik. dulu bukan main brotherhood. pirah mabuk. brotherhood kononnnnnn.see? betuikan depa berebut sebb fakris iyakan. (

aku call mira hr yang sama. mslh aku, aku ni tak sabaq(skrg br terfikir apasal aku serbu ja tak tunggu dl). hari tu depa ada program kacau bubur lambuk di tempat kerja laki aku. semua turun sana. aku pun tanya dia..ni mira ka, ni XXXXX isteri XXXX. kak dengaq hampa ni bercinta? betui ka? ehhh mana ada puan, kawan biasa ja. oo kawan biasa, kawan apa sampai orang boleh bergosip ni. kak pun keja gomen, ada keja dengan staf lelaki tapi takdak la sampai orang bergosip. suka kat XXXX ka? eh tak puan, kawan kerja ja. oo ada pinjam baju XXXX kan?



**gbr aku nak edit lain..lindung sikit muka dia

tengok.. baju pun pinjam baju laki aku. heran, mampuih pi habis semua ka staf pompuan di jabtan tu smpai baju laki aku dia pinjam,pinjam la baju staf pompuan. bila aku tanya laki aku, dia kata biasa la tu pinjam baju. weiii..aku reja 14 tahun, aku tak penah pinjam baju staf lelaki weii.  tunggu..jgn buat kesimpulan lagi... kena baca sampai habisss crita ni. mau ada 5 episod lagi ni. baru blh buat kesimpulan. gambar ni sapa bagi? fakris bagi melalui atin bini dia. atin tu staf jbtn yang sama. bila ja aku tanya dia pasai kes depa ni. zuppp..gambar ni sampai. tu baju laki hang dia pakai. zup fb mira ni aku dapat. aku pun tak tau nak cari fb mira ni. depa tolong cari bagi. haaaa seeeeeeee..the game..dia bukan pakai nama betui fb dia. btw..nama dia nur amirah amanxxx bt mahamud. pak dia reja bomba balai kola kangsar. fb pak dia pun aku dapat. bini fakris bagi.ada la aku msg dia sembang2..zuppp sampai.. aku masuk fb mira ni, cr tak jumpa pun fb pak dia. cekap depa buat reja. bantu aku sungguh.

ok.. berbalik pada mizan tu. aku ada la msg dia keesokan hari tu. dia pun ada call aku. dia tanya aku, ada tak asben aku bawa balik barang makanan siam. aku cakap,ada.lokching, kordial hayle ka apa nama yg siam punya tu. dia kata, haaaa tu laki hang beli dari marka dia pompuan siam juai barang di danok. janda anak satu kot. tu marka dia sebelum mira ni mai. opsss lupa nak crita. aku ada tnya mizan ni, kenai abg di dak. ni kwn baik laki aku jugak ni. laki aku, sanggup pi beratuq kat klinik taman selasih sebab nak tolong amik ubat kat abg di ni. pastu pos pi kl,sebab abg di ni dok kl nunnnnn. dulu depa dok sini? mcm mn aku blh tanya pasai abg di? sebb dia kata dia kenai lama asben aku masa zaman main keta turbo. aku tiba2 teringat abng di. nak tau sapa abg di? ABANG DI TU ADALAH MIZAN YANG CALL AKU BGTAU LAKI AKU ADA SKANDAL.mcm mn aku tau, lepas aku bengang laki aku, aku bagi no tu kat laki aku, dia srh kwn dia chek. confirm. dia ada 2 nombor. masa aku bersembang dengan penyamar tu, dia tanya aku, motor yamaha mt tu dah juai ka? aku kata dah.brp juai? rm24k ja sebb hutang eon banyak tu lagi. pastu dia kata, abg di marah tau sebab laki aku tak byq balik duit dia, dia dah pulangkan motor yamaha tu kat asben aku balik. dia guna 3 bulan ja..masa tu aku rasa..eh ni abg di ka? sebab dia banyak tau pasai motor tu. dia kata dia rapatttttt sgt dengan abg di tu. kenai sgt sgt. memang la bahalol. kau menyamar jadi mizan. patut la kau cakap kau tau semua rahsia skandal laki aku. dia pernah tanya aku, ada dak laki hang bila balik sini mesti nak keluaq  malam jugak2..aku kata ,ada la dia keluaq jumpa shahril, remy ka sapa ntah. aku jarang amik port. sebenarnya kan... dia keluaq tepon mira tu la.. alasan ja tu. haram betui.aku kena tipu ka gena ni. keluarga dia semua geng tok ayah ni. ada dia bagi nama laki aku kat pak menakan dia. konon2 kalau ada mslh blh minta tlg.. masa baik hr tu la. la dah jd musuh.


ni mira kata dia dok kaunter. dia amik no phone semua yang mai opis. dia nak chek. takpa, aku dah tau dah sapa yg call aku.


aku sambung lain kali..stay tune


Sunday 14 March 2021

White Challenge HADAK 2021



sebagai nak memenuhi kriteria pertandingan ja ni. aku amik sat anak anak aku dengan anak jiran depan rumah, suruh depa pakai baju putih, aku bawa mai amik gambar kat taman permainan. mai pun dah dekat tengah hari. mata pun tertutup la panaih. tapi aku hentam saja la. janji ada penyertaan. alkisahnya, jabatan aku buat White Challenge. aku ni terlepas keretapi ka apa tak tau, aku tak tau pun yang ni buat pertandingan. kalau aku tau, aku boleh set dah siap siap baru la gambaq cantik sikit. makluman yang aku dapat, jabatan aku pun last minit decide nak jadikan pertandingan. tapi, kami menang jugak, kategori komuniti. tempat ke-3.alhamdulillah. jadi la kan?menang jugak. tema sambutan tahun ni Lebih Baik Cegah. bab dadah ni, tak tau la nak buat lagu mana dah. berbuih mulut bagi ceramah, habis tenaga tangkap sana sini. tinggai anak anak nak hantaq depa masuk pusat. tapiiiii.. belum nampak kesudahannya lagi. lagi kita rancak tangkap, lagiii ramai kes baru yang terlibat dengan dadah. yang ramai, anak bangsa aku. 

 

Kita Bantu Orang, Orang Bantu Kita

alkisahnya, pada suatu hari, aku BDR (bekerja dari rumah). sebab covid covid ni, bil staf kena kurang untuk nak kurangkan risiko jangkitan. waktu aku tengah semangat mop lantai, kawan aku call. kak kat mana? kat rumah la tengah mop lantai. hari tu plak aku posa sunat Rejab. ganti dah setel, buat la sunat pulak. kawan kau cakap, kak boleh tolong dak bawa kes hari ni. sorang pegawai tu tak mau bawak sebab peminta urin tu nama dia. sebenaqnya takdak masalah pun peminta urin tu sapa. bukannya dia jadi I O. tapi takpalah, kalau kak tak bawa sapa nak bawa? hanis la kena bawa. laa I O kena bawa kes plak. sebab dia bukan I O utk kes ni tapi nanti kalau nak tuduh langgar syarat ka apa, dia tak boleh la nak handle. takkan aku? aku tak reti bab IO ni. jemmmm

hmmm takpa la, aku la bawa kes ni. masa dah pukui 8.30 pagi. nasib dah mandi. tukaq baju, pakai baju hitam dengan tudung hitam tu la, aku pi la opis amik dokumen apa yang patut, amik kot. pi mahkamah. daftar kes pun dah lambat, harusla kes aku sebut lambat. bayangkan dari pukui 9 kat sana, pukui 3,15 baru sebut kes aku. hadoiii betapa stressnya tunggu kat sana. hari tu pulak, kes penjara punya la ramai nak mampus. nasib la time aku ada kawan kat mahkamah, boleh la sembang sembang dengan dia sat sat. kalau sembang lama lama ganggu dia reja plak.

yang si hanis tu rasa besalah la sebab aku bdr, posa lagi dok tercangok di sana. sebagai balasan, dia lanje aku kek mamasab..☺☺☺i is happy. bukan nak balasan pun, dah dia nak belanja. aku trima ja. yang saja nak buat susah tu, biaq la kat dia. konon konon keja ikut sop la. bukannya aku tak tau keja dia tera mana. tapi , abaikanlah. aku tolong la setakat mn boleh tolong. kejadian berlaku 22 februari 2021. Kita Tolong Orang, Orang Tolong Kita.

Saturday 13 March 2021

Bersawang..

 lama dah tak berblog. password pun dah lupa. reset la balik. earning yang dulu ada 2,3 rm pun dah hilang. zaman blog ni ramai dah slow. lebih kepada ig dan twitter ka dah ke tik tok agaknya. dulu , sapa sangka intenet boleh bagi pendapatan. sekarang, berebut orang nak jadi influencer sebb dari situ boleh dapat beribu beratus ribu rm. bergantung kepada usaha dan rezki masing masing. aku? fb pun jarang berupdate. whatsap status pun jarang update. tapi ada la jugak buat sales sikit sikit. kadang laku,kadang takdak langsung.

anyway, tahun ni aku da 41. tahun 2020 bagi aku tahun yang paling slow. dengan covidnya, dengan sek buka sat, tutup plak. dengan pkpb,pkpp, pkp. aku sampai confius, apa aku boleh buat dengan dak time pkp ni. ada pencapaian? ada. aku buat rumah sendiri tahun lepas. nnti aku crita pasai rumah ni. ni rasa nak menulis balik ni. harap ada la orang baca. banyak blogger yang dulu aku selalu baca dah slow. slowwww sangat. depa banyak ke ig dah. takpa la, aku tulis balik untuk catatan hidup. lebih macam diari online ja la.