Sunday, 14 March 2021

White Challenge HADAK 2021



sebagai nak memenuhi kriteria pertandingan ja ni. aku amik sat anak anak aku dengan anak jiran depan rumah, suruh depa pakai baju putih, aku bawa mai amik gambar kat taman permainan. mai pun dah dekat tengah hari. mata pun tertutup la panaih. tapi aku hentam saja la. janji ada penyertaan. alkisahnya, jabatan aku buat White Challenge. aku ni terlepas keretapi ka apa tak tau, aku tak tau pun yang ni buat pertandingan. kalau aku tau, aku boleh set dah siap siap baru la gambaq cantik sikit. makluman yang aku dapat, jabatan aku pun last minit decide nak jadikan pertandingan. tapi, kami menang jugak, kategori komuniti. tempat ke-3.alhamdulillah. jadi la kan?menang jugak. tema sambutan tahun ni Lebih Baik Cegah. bab dadah ni, tak tau la nak buat lagu mana dah. berbuih mulut bagi ceramah, habis tenaga tangkap sana sini. tinggai anak anak nak hantaq depa masuk pusat. tapiiiii.. belum nampak kesudahannya lagi. lagi kita rancak tangkap, lagiii ramai kes baru yang terlibat dengan dadah. yang ramai, anak bangsa aku. 

 

1 comment:

norhidana said...

susah nak cakap pasal dadah nih, kadang anak penagih kene tangkap nak hantar ke pusat pemulihan tapi keluarga lak tak bagi atau tak amik tahu, tak bagi suport untuk berubah..