Sunday, 14 March 2021

Kita Bantu Orang, Orang Bantu Kita

alkisahnya, pada suatu hari, aku BDR (bekerja dari rumah). sebab covid covid ni, bil staf kena kurang untuk nak kurangkan risiko jangkitan. waktu aku tengah semangat mop lantai, kawan aku call. kak kat mana? kat rumah la tengah mop lantai. hari tu plak aku posa sunat Rejab. ganti dah setel, buat la sunat pulak. kawan kau cakap, kak boleh tolong dak bawa kes hari ni. sorang pegawai tu tak mau bawak sebab peminta urin tu nama dia. sebenaqnya takdak masalah pun peminta urin tu sapa. bukannya dia jadi I O. tapi takpalah, kalau kak tak bawa sapa nak bawa? hanis la kena bawa. laa I O kena bawa kes plak. sebab dia bukan I O utk kes ni tapi nanti kalau nak tuduh langgar syarat ka apa, dia tak boleh la nak handle. takkan aku? aku tak reti bab IO ni. jemmmm

hmmm takpa la, aku la bawa kes ni. masa dah pukui 8.30 pagi. nasib dah mandi. tukaq baju, pakai baju hitam dengan tudung hitam tu la, aku pi la opis amik dokumen apa yang patut, amik kot. pi mahkamah. daftar kes pun dah lambat, harusla kes aku sebut lambat. bayangkan dari pukui 9 kat sana, pukui 3,15 baru sebut kes aku. hadoiii betapa stressnya tunggu kat sana. hari tu pulak, kes penjara punya la ramai nak mampus. nasib la time aku ada kawan kat mahkamah, boleh la sembang sembang dengan dia sat sat. kalau sembang lama lama ganggu dia reja plak.

yang si hanis tu rasa besalah la sebab aku bdr, posa lagi dok tercangok di sana. sebagai balasan, dia lanje aku kek mamasab..☺☺☺i is happy. bukan nak balasan pun, dah dia nak belanja. aku trima ja. yang saja nak buat susah tu, biaq la kat dia. konon konon keja ikut sop la. bukannya aku tak tau keja dia tera mana. tapi , abaikanlah. aku tolong la setakat mn boleh tolong. kejadian berlaku 22 februari 2021. Kita Tolong Orang, Orang Tolong Kita.

No comments: