Tuesday 27 December 2016

Tadika Baru Ain

tahun ni ain akan ke tadika baru. tadika tapis bestari di taman cengal. ada 2,3 orang staf pejabat aku hantaq kat sini anak depa. jadi, aku pun ikut sekali. tadika ni dah lama dah wujud. dah establish dah. students dia pun ramai yang dapat masuk sek ren islam yang memang femes kat sini.setiap tahun dlm belasan budak la yang dapat masuk sek tu. aku dah pi bayaq duit buku, dah amik baju.cuma yuran bulanan ja aku belum bayaq sebab boleh bayaq bulan januari. setengah tadika depa amik siap siap utk bulan pertama tu. mana nak jumpa tadika (setakat yang aku tau la) yang tak kisah bayaq yuran 3 kali, tak bayaq yuran tak penah kacau, boleh tawaq menawar yuran bulanan. kat tadika ni ja la boleh dpt. aku kena bayaq yuran sebulan rm270. tapi aku mintak diskaun dapat la rm250. bayaran tu untuk setahun, bukan sepenggal. tadika yang aku pernah hantaq anak aku, bayaran setahun dua kali sebab depa kira penggal..so, memang tadika ni ok la. bukan dari segi bayaran tapi dari semua segi. budak2 dia pun pandai sebab cikgu memang tekan bab belajaq nih. total aku bayaq kemarin rm490. ain ni, akai jugak ni sebab mula2 dia kata nak ke tadika lama. tapi aku pujuk la dia sebab tadika ni ada ajaq bab agama. tadika lama tadika cina. takpala, nanti darjah 1 aku bagi dia belajaq bahasa cina sebab sek ren dekat opis aku ni ada subjek tu. semoga anak aku mudah bangun pagi sebab dia ni perangai gak kadang2 tu..abang dia lain, senang ikut, yang pompuan ni lain sikit. tapi lama2 dia ok tu. 

Monday 26 December 2016

Dah Nak Sekolah

pejam celik, pejam celik dahhhh nak bukak sekolah.
sat ja cuti sebulan tu. rasa cam lama tapi sat ja.
anak aku dah nak masuk tahun 1. hari tu pi dengaq taklimat,
pi bawa dia exam untuk kelas. mula2 memang target nak dia masuk kelas pertama,tapi, fikir balik, masuk la kelas mana pun. tahun ni sekolah dia ada DLP (dual language prog) maksudnya pengajaran dalam bahasa inggeris dan melayu. masa taklimat tu, cikgu bagitau ikut mak ayah la nak bagi anak masuk kelas tu ke dak? kalau tak nak, masuk kelas no 2 dan seterusnya. hmmm aku takut jugak sebab macam mencabar ja. ikutla result dia. kelas mana pun belajaq jugak. kalau nak berjaya bukan ikut kelas, ikut otak budak kan?
baju sekolah dah beli, buku dah beli. semua hampir setel. cuma baju sekolah belum berjahit lencana. baju belum iron lagi. aku beli baju 4 lai, seluaq 2 lai. 2 kain bodo ja,2 lagi kain licin. takpa, bergasak la..kalau rosak beli lain. masa tu ada offer kat tesco, selai baju sekolah kain cotton rm6..murah kan??? kasut sekolah 2 pasang. haihhh anak nak sekolah, mak yang lebih nih. belum kira lagi nak tulis nama kat baju anak, kat pencil anak, kat kotak pensil anak. banyak sangat keja nih. minggu pertama tu aku nak kena tengok jugak dia nak ke kantin. tapi, dia kata nak bawa bekal. jimatttt duit.makanan pun confirm bersih kalau bawa bekal..tengah dok pikiaq apa menu dia nak bawa nih..tu baru sorang anak, yang no dua belum lagi. tulis yang bab mohsin dulu, kang lupa. perbelanjaan dia setakat yang aku ingat :

baju sekolah + singlet kat tesco : rm 24.00
kasut newbery dengan stoking (jaya jusco ) : rm 31.80
kasut diadora diskaun 50% : rm 13.45
baju sekolah kain licin dengan seluar + kotak pensil + tali pinggang + kapur kasut : rm 126.00
beg sekolah newbery :rm 29.99
kaler staedler tesco offer :rm 6.90
buku :rm 82.30
baju sukan dengan lencana dan tie : rm 47.70
yuran pibg : rm 30.00
total : rm 392.14

tu baru sorang..kalau banyak orang anak, congak la sendiri..kadang2 pelik jugak, awat yang kos tadika lagi mahai dari sek? heran aku..takpa, yang tu aku tulis next topik..
semua dah hampir ready, sekarang nak tunggu bukak sekolah dannnnn mak yang rasa bedebar...
standardkan mak mak rasa camtu?

Saturday 10 December 2016

Balik Kampung

dah lama tak balik kampung. anak anak aku pun dok tanya, awat kita tak balik kg ubi. merujuk kepada kampung padang ubi. kalau mak aku,depa pangge tok ubi, maksudnya, tok dok di kg padang ubi..kalau mak mertua aku, depa pangge mak tok tmn selasih. haihh simple benor panggelan depa. tok ubi ja.nanti aku tune bagi pangge betul betul..
mak aku dah 2 bulan dok di meru, rumah abang aku. jadinya dia pun dah cemuih sangat dok di sana. bukan ada apa nak buat pun. masak kat abang aku ja. pastu tengok tv, tidoq, bangun masak lagi..mana la tahan orang tua tu. 2 bulan cukup lah. dia nak balik kg. adik aku la pi amik.
bila mak dah ada di kg, boleh la aku balik. tidak, nak balik kg pun malaih. ada adik aku dengan anak anak dia ja.sebelum balik kau beli ikan siakap 2 ekoq, temenung besaq 6 ekoq, sotong berapa ekoq ntah. dah alang2 ke market, bawa mak mertua aku pi beli cabai bawang. bawang kat rumah ada seketoiii ja. aku pi buat piza plak. habis langsung bawang dia.so, hari jumaat, aku bawa pi la market sat.
balik market, buat makanan anak aku yang kecik tu, petang tu aku balik kg. lega, berjaya sampai ke kg walaupun separuh perjalanan aku kena dukung yg kecik sambil drive keta. nasib keta auto..hahahaha..selalu dah aku bw camtu. dr taman tiram ke tman selasih pun, separuh jalan ja dia dok dlam bekas dia. lain semua aku kena dukung.

Wednesday 7 December 2016

Roti Sendiri Bikin

sekarang ni, angin rajin buat roti tengah mencurah curah ni. dah ada impian na meniaga roti dah ni. ha....kau jangan, baru sekali masuk kelas dah berangan. tahun lepas ada jugak aku masuk kelas roti, tapi cikgu tu ajaq guna bread maker..payah la sikit nak buat sebab aku mana ada benda alah tu. sebenarnya, cikgu tu nak promot bread maker dia. dia kan ahli amway, nak promot noxxa la tu. sambil sambil tu, buat la kelas sekali. serampang dua mata. aku pun dah lupa kelas tu camna nak bentukkan roti sebab dah lama dan tak praktis. nak praktis apa BM takdak. 
so, last week aku join kelas yang uli pakai tangan, haaaa yang ni aku suka tapi mengantuknya tak tau nak cakap. masukkan yis dan bahan2 yang lain, tunggu 20 minit atau sampai yis kembang. dah yis kembang, campuq dengan tepung, tunggu lagi..adoiii ngantuk sungguh aku. aku yang masuk kelas tu sebab nak tengok cara uli pakai tangan. ok dah dapat dah ilmu tu. aku tak tunggu sampai habis pun..ada la dalam 2 jam lebih sikit aku tunggu, pastu aku chow. cikgu tu nak ajaq buat kek coklat cheese, aku dah tau dah cara nak buat kek tu, dah pernah buat dah pun tapi kalau nak buat plak rasa cam malas sebab cheese cream tu sangaaaaaaat la mahai. dulu rm6 lebih sikit sekarang dah jadi rm9.mahai betoi rega bahan. nak buat pun malaih. 
aku dah try buat piza.satu adunan tu dapat 4 bijik.acuan loyang kecik.adussss puas hati sungguh makan piza buat sendiri ni. sebab? bahan banyak. aku boh bawang,sayuq campuq, sosej, isi ayam, capsicum..yang takdak cuma nanas ja. aihhh terliuq dah ni.lepas tu, second time aku buat roti yang ada parutan cheese dan tabuq gula tu.haaa....aku buat jugak yg inti kacang merah. yang parutan cheese tu, masa baru angkat, perghhh lembut gilaaaa...aku makan banyak ulas jugak roti tu. yang bun inti kacang tu agak keras la aku rasa sebab aku lebihkan masa bakaq kot. takpa, aku akan cuba lagi buat supaya dapat mcm yang aku nak..tiba-tiba teringat plak roti sarang lebah..haaaa..yang ni pun aku nak try. tunggu cuti. satgi aku nak pi kedai kek, nak beli bahan semua..senang, bila nak buat, barang dah ada.haihhhh seronoknya buat roti..
yang jadi masalahnya ialah aku takdak penimbang untuk scale kecik, jadinya aku tak dapat bentuk roti yang cantik..bentuk ikut dan ja.ada yang kecik, ada yang besaq..tengoklah, kalau aku buat petang ni aku boh gambaq sebab aku memang kategori yang malaih nak amik gambaq.

Sunday 4 December 2016

Perlis 2.0

aku bercuti di Perlis. Bukan nak pi mana pun. Nak pi tidoq di hotel ja. Sebabnya, aku janji dengan anak anak aku nak pi Cameron Highlands sebelum tu, tapi apakan daya yang kecik tu demam. Jadi, tak jadilah nak pi CH. Bila dah ok demam, cuti sekolah already..Habis camno? Nak pi CH , pakai dak la , jalan mesti jem gila babas punya. So, tukaq plan, sebab nak mengabulkan hajat anak anak, kita pi Perlis la senang. confirm tak ramai orang. yesss..yang penting dok hotel kan? Ala budak budak bukan tau pun hotel tu berapa star, janji hotel. So, aku pun chek kat google. ooo jumpa satu hotel yang masa aku pi tahun sebelum tu, aku just lalu ja depan hotel tu. Google google, jumpa la Hotel Putra Regency dan Brasmana Hotel Putra. Mana satu nak pilih. Satu kat pekan kangar, satu kat jeti. Baca la review dulu. Aiseyyy banyak nor komen -ve pasai Brasmana Hotel. ish takut lah nak dok situ, satgi problem plak. Aku amik la Putra Regency Hotel, tanya price, deluxe room rm235, extra bed rm35. cantikkkk..Masih dalam bajet. Tunggu laki aku keluaq ops ja, teruih kami pi. Aku bawa tiga anak aku pi, amik, jom dok hotel.Mandi kolam, makan kat cafe hotel. Puas rasa hati, bila anak anak aku hepi ja bila masuk dalam bilik hotel. not bad and really recommended to stay here. Price pun ok sangat. 
Lepas check in, rehat sat, semayang pastu keluaq cari baju mandi ain sebab tak bawa baju mandi dia. Setel bab tu, makan kat Subway kat dalam C mart Arau. Setel tu, balik hotel, mandi kolam puas puas. Malammmm plak, kami pi makan kat Kuala Perlis. Amboiiii mak, ramainyaaaaa orang kat kedai mona tu..Malaih plak nak menunggu kalau orang ramai camtu, kami pun makan kat kedai hujung. LizaCheMat kalau tak silap. Ok la.Sama ja rega dengan kat belah Kulim ni. Selesai makan, kami balik hotel. 
Aku nak cucuk duit kat CIMB, jenuh mencari mana CIMB kat perlis ni. Guna waze pun tak dibawanya betul betul ke lokasi. At last, dapat gak la cucuk duit. Esoknya, lepas breakfast, teruih terjun kolam..Suka betoi anak anak aku dapat mandi kolam..Amik kau, mandi puas puas. Aku tunggu sat ja depa mandi, pastu aku naik bilik. Bagi mandi yang kecik tu, tunggu depa naik, kemas beg semua, ready to go back to Kulim. 
Jadila semalam stay kat hotel, kalau ada duit dan masa, kita pi tang lain plak. OTW balik, kami makan di Kenny Rogers Sg Petani. This month, 3 times kami makan Kenny's Rogers sebab dapat redeem yang resit isi minyak caltex. Haiii syarikat minyak, rajin rajin la buat promo camni. Suka betul aku.