Showing posts with label tadika. Show all posts
Showing posts with label tadika. Show all posts

Monday, 26 June 2017

Ain Tak Sekolah


seminggu sebelum raya, aku tak hantaq ain pi tadika. sebabnya dia tak mau pi. selalunya memang awai pagi aku akan ada masalah dengan dia. dia malas bangun, selalu buat perangai. aku ingtkan sebab memang perangai dia, rupanya tadika dia memang tak best. cikgu garang. selalu cubit dia, pukul dia. mungkin sebab dia lambat baca. actually, anak kawan aku pun kena. tapi sekarang dia dah darjah satu. kawan aku pernah bgtau, anak dia nak tambah, cikgu tak bagi. anak aku pun pernah kena. anak di cikgu selalu cubit sebab lambat baca. anak aku pun kena. anak dia pernah bgtau, cikgu kata dia bodoh, haaa yang ni anak aku tak pernah kena. melampau gak cikgu nih. rasa rugi gak sebab tukaq sekolah dia dulu. tapi nak buat cmna, ingat nak bagi dia education yang islamic. jadi cmni plak. so, lastly, aku decide, bagi dia masuk tuisyen ja..dengan sekarang ni tengah dok cari kelas cepat membaca..aku dok nampak iklan tu. tp lupa dah kat mn tpt tu dengan no phone tpt tu..kena rajin tengok la nanti bila jalan jalan kat kulim ni..yang cikgu pun awat la layan budak cmtu...

Tuesday, 27 December 2016

Tadika Baru Ain

tahun ni ain akan ke tadika baru. tadika tapis bestari di taman cengal. ada 2,3 orang staf pejabat aku hantaq kat sini anak depa. jadi, aku pun ikut sekali. tadika ni dah lama dah wujud. dah establish dah. students dia pun ramai yang dapat masuk sek ren islam yang memang femes kat sini.setiap tahun dlm belasan budak la yang dapat masuk sek tu. aku dah pi bayaq duit buku, dah amik baju.cuma yuran bulanan ja aku belum bayaq sebab boleh bayaq bulan januari. setengah tadika depa amik siap siap utk bulan pertama tu. mana nak jumpa tadika (setakat yang aku tau la) yang tak kisah bayaq yuran 3 kali, tak bayaq yuran tak penah kacau, boleh tawaq menawar yuran bulanan. kat tadika ni ja la boleh dpt. aku kena bayaq yuran sebulan rm270. tapi aku mintak diskaun dapat la rm250. bayaran tu untuk setahun, bukan sepenggal. tadika yang aku pernah hantaq anak aku, bayaran setahun dua kali sebab depa kira penggal..so, memang tadika ni ok la. bukan dari segi bayaran tapi dari semua segi. budak2 dia pun pandai sebab cikgu memang tekan bab belajaq nih. total aku bayaq kemarin rm490. ain ni, akai jugak ni sebab mula2 dia kata nak ke tadika lama. tapi aku pujuk la dia sebab tadika ni ada ajaq bab agama. tadika lama tadika cina. takpala, nanti darjah 1 aku bagi dia belajaq bahasa cina sebab sek ren dekat opis aku ni ada subjek tu. semoga anak aku mudah bangun pagi sebab dia ni perangai gak kadang2 tu..abang dia lain, senang ikut, yang pompuan ni lain sikit. tapi lama2 dia ok tu. 

Tuesday, 5 January 2016

Hari Pertama

tahun ni ain dah 4 tahun..by year la, by month blum lagi.aku registerkan dia kat tadika Gemilang Ria, Taman Makmur, Lunas.dekat sikit dengan rumah mak ain dia. bab pi tadika, balik semua mak ain dia yang uruskan. pagi2 aku pi hantaq cam biasa la. pukoi 6.30 pagi dah pi hantaq.balik uruskan abang dia plak. aku pilih tadika tu sebab anak kawan aku ada pi situ. dia kata ok, jadi aku ok lah. takut jugak nak hantaq pi tadika yang kita tak tau servis dia macam mana. first day, aku pi hantaq. dok sat ja, lepas dia masuk kawasan sekolah, aku teruih balik. masa tu aku tengok dia tercangak-cangak gak cari aku. aku nyorok belakang sorang lelaki tu. dia pun tunggu anak dia jugak. lepas tu, aku pelan2 cabut. tapi takpa, abah din dia ada tunggu. hari pertama, class sampai 9.30 pagi ja. nak bagi biasa dengan tadika, bagi kenai kawan sikit2..abah din dia la tunggu sampai habis kelas.
hari kedua, ok dah. cuma masa dia naik keta cikgu yang amik dia nak pi tadika ja, dia nangis sikit. tapi cikgu tu kata, biaq ja..nanti ok. yang abah din dia risau takut dia melarat nangis, pi ikut sampai kat tadika..tengok ok ja. dok main basikal la, main kuda la dengan kawan2 dia. pandai plak tu menjawab bila abah dan tanya dia, adik ok ka?tak teriak ka?adik ok la..adik ada ramai kawan..good..
hari ni, hari ketiga..mintak2 ok la sampai seterusnya. memang mak tok dia kata, tak payah hantaq lagi tadika tapi bagi aku, 4 tahun tu dah comey dah untuk ke tadika. hantaq ja la. tu yang aku cari sampai pukoi 12 tghr ja. tahun depa kena la cari yang sampai petang..
aku memang risau ain ni sebab dia bangun tidoq lambat. pukoi 11 baru nak bangun. aku risau dia tak mau bangun tidoq ja. tapi alhamdulillah la, ok ja dia bangun nak pi tadika.lagi satu, ain ni cakap tak teruih lagi. ada certain words dia ok, certain words dia tak lepas cakap. contohnya, susu jadi uchu. dia ni kuat mebai sikit. ikut aku gamaknya. tu yang risau tu, satgi mak ain dia kejut suruh bangun dia mebai amik la masa sejam.. hahaha tapi so, far ok..lega aku.

Sunday, 15 December 2013

Mohsin Dah Ke School


ini merupakan hasil kerja tangan mohsin yang pertama.aku pun tak pasti samada dia yang gunting sendiri atau tidak sebab aku tak pernah bagi dia guna gunting pun sebelum nih.ni first day dia pergi sekolah..setengah jam jugak la nak memujuk dia.asik melekat dengan aku ja.dok pikiaq camna nak tinggai ni..last sekali dia masuk dalam kelas, aku bawak pusing kelas, bagi dia tengok mainan, pastu aku tinggai dia..lama2 ok la tu.aku pun bukan balik teruih..dok menunggu dia di rumah mak menakan dia tu ha..dari jam 8 pagi sampai la koi 12 tengah hari.hari pertama aku pi amik la.hari yang seterusnya dia pi naik keta dengan sorang auntie India.amik dan hantar. sambil tunggu dia tu, mak ain dia buat me suo palk..tulang masa korban hari tu ada lagi.tu diaaa, 4 mangkuk aku tibai..sedap betoi..pandai la mak ain dia masak..chewah, aku tak berapa pandai nak masak,dapat makan yang mak ain buat,sedap oooiiii. hepi betoi dia pi school hari tu..bulan ni cuma main main ja.tak menulis apa lagi.ajaq la  a b c 1 2 3 tapi belum ditekankan sangat sebab bulan Januari br start kelas..it is ok..bagi kenai kawan2 dulu..

Saturday, 14 September 2013

Aku Dah Jumpa

ha kan aku ada wat entry pasai Tadika yang aku nak masukkan anak aku tu..last Kamis, aku terberhenti di satu tadika tu..actually, aku tak rancang pun nak pi situ..aku nak cari tadika lain..tapi dah silap jalan..tanya pi la.dah aku berenti dah depan tadika tu..mula2 aku punya impression tu macam tak berapa la sangat..sebab aku ada aim satu lagi tadika..bila aku masuk ja, aku tgk ada piano..aikkk ajaq muzik ka?sebab banyak2 tadika yang aku pi, satu pun tak dak muzik..aku pi pejabat, jumpa dengan pengetua..sorang pompuan india..sembang punya sembang..dia tunjuk kat aku silibus..ok..tadika tu main dia mandarin..yes..itu yg aku cari..yuran? dia  bagi la jadual bayaran..rm250 sebulan dari pukoi 8 pagi sampai 2.00 petang..aik?murah sebab semua yang aku pi pukoi 8 sampai 12 atau 12.30 ja..rm250..ni sampai petang..ada iqra dengan muzik lagi..cantikkk aku dah terpikat..tanya plak bab makan?ok..sini melayu yang masak..lagi la cantikkk sebab yang aku tanya sebelum ni cina masak, indon masak..tapi yg lagi lawak...kalau cikgu tadika jawab..kami tak makan pork kami makan ayam tapi beli kat cina..adoiii aku takut betul kalu jadi camtu..nampaknya depa tak berapa paham lagi halal haram kta ni..takpa,kita cari ja tadika lain..ada lagi kisah pasai tadika ni..nanti aku sambung...

Tuesday, 10 September 2013

Pening Pala

aku memang pening sikit la ni sebab dok mencari tadika mana nak hantaq anak aku..aku memang berminat nak hantaq anak aku pi tadika cina sebab nak bagi dia pandai cakap cina..aku pi cr merata kot Kulim ni..jumpa la..ada satu yg aku berkenan dan memang rasanya dah confirm nak hantar situ..masalah lain pulak ialah nak hantaq sekolah bagi dia tau agama gak .cam mengaji, solat dan sebagainya..aiseyyy payah nak jumpa..kot belah kulim ni bukan macam bandar besaq lain..kawan aku anak menakan dia ngaji sekolah cina, tapi owner melayu so lengakp lah smeuanya..bahasa cina ada, english ada,bahasa melayu ada..agama pun ada..ish best la kalau ada kat sini camtu..tapi takpa aku akan cuba cari jugak..ada rasanya, tapi tak pasti kat mana..takkan tak dak kot kat  kulim ni camtu kan?i will try..