Sunday, 14 March 2021

White Challenge HADAK 2021



sebagai nak memenuhi kriteria pertandingan ja ni. aku amik sat anak anak aku dengan anak jiran depan rumah, suruh depa pakai baju putih, aku bawa mai amik gambar kat taman permainan. mai pun dah dekat tengah hari. mata pun tertutup la panaih. tapi aku hentam saja la. janji ada penyertaan. alkisahnya, jabatan aku buat White Challenge. aku ni terlepas keretapi ka apa tak tau, aku tak tau pun yang ni buat pertandingan. kalau aku tau, aku boleh set dah siap siap baru la gambaq cantik sikit. makluman yang aku dapat, jabatan aku pun last minit decide nak jadikan pertandingan. tapi, kami menang jugak, kategori komuniti. tempat ke-3.alhamdulillah. jadi la kan?menang jugak. tema sambutan tahun ni Lebih Baik Cegah. bab dadah ni, tak tau la nak buat lagu mana dah. berbuih mulut bagi ceramah, habis tenaga tangkap sana sini. tinggai anak anak nak hantaq depa masuk pusat. tapiiiii.. belum nampak kesudahannya lagi. lagi kita rancak tangkap, lagiii ramai kes baru yang terlibat dengan dadah. yang ramai, anak bangsa aku. 

 

Kita Bantu Orang, Orang Bantu Kita

alkisahnya, pada suatu hari, aku BDR (bekerja dari rumah). sebab covid covid ni, bil staf kena kurang untuk nak kurangkan risiko jangkitan. waktu aku tengah semangat mop lantai, kawan aku call. kak kat mana? kat rumah la tengah mop lantai. hari tu plak aku posa sunat Rejab. ganti dah setel, buat la sunat pulak. kawan kau cakap, kak boleh tolong dak bawa kes hari ni. sorang pegawai tu tak mau bawak sebab peminta urin tu nama dia. sebenaqnya takdak masalah pun peminta urin tu sapa. bukannya dia jadi I O. tapi takpalah, kalau kak tak bawa sapa nak bawa? hanis la kena bawa. laa I O kena bawa kes plak. sebab dia bukan I O utk kes ni tapi nanti kalau nak tuduh langgar syarat ka apa, dia tak boleh la nak handle. takkan aku? aku tak reti bab IO ni. jemmmm

hmmm takpa la, aku la bawa kes ni. masa dah pukui 8.30 pagi. nasib dah mandi. tukaq baju, pakai baju hitam dengan tudung hitam tu la, aku pi la opis amik dokumen apa yang patut, amik kot. pi mahkamah. daftar kes pun dah lambat, harusla kes aku sebut lambat. bayangkan dari pukui 9 kat sana, pukui 3,15 baru sebut kes aku. hadoiii betapa stressnya tunggu kat sana. hari tu pulak, kes penjara punya la ramai nak mampus. nasib la time aku ada kawan kat mahkamah, boleh la sembang sembang dengan dia sat sat. kalau sembang lama lama ganggu dia reja plak.

yang si hanis tu rasa besalah la sebab aku bdr, posa lagi dok tercangok di sana. sebagai balasan, dia lanje aku kek mamasab..☺☺☺i is happy. bukan nak balasan pun, dah dia nak belanja. aku trima ja. yang saja nak buat susah tu, biaq la kat dia. konon konon keja ikut sop la. bukannya aku tak tau keja dia tera mana. tapi , abaikanlah. aku tolong la setakat mn boleh tolong. kejadian berlaku 22 februari 2021. Kita Tolong Orang, Orang Tolong Kita.

Saturday, 13 March 2021

Bersawang..

 lama dah tak berblog. password pun dah lupa. reset la balik. earning yang dulu ada 2,3 rm pun dah hilang. zaman blog ni ramai dah slow. lebih kepada ig dan twitter ka dah ke tik tok agaknya. dulu , sapa sangka intenet boleh bagi pendapatan. sekarang, berebut orang nak jadi influencer sebb dari situ boleh dapat beribu beratus ribu rm. bergantung kepada usaha dan rezki masing masing. aku? fb pun jarang berupdate. whatsap status pun jarang update. tapi ada la jugak buat sales sikit sikit. kadang laku,kadang takdak langsung.

anyway, tahun ni aku da 41. tahun 2020 bagi aku tahun yang paling slow. dengan covidnya, dengan sek buka sat, tutup plak. dengan pkpb,pkpp, pkp. aku sampai confius, apa aku boleh buat dengan dak time pkp ni. ada pencapaian? ada. aku buat rumah sendiri tahun lepas. nnti aku crita pasai rumah ni. ni rasa nak menulis balik ni. harap ada la orang baca. banyak blogger yang dulu aku selalu baca dah slow. slowwww sangat. depa banyak ke ig dah. takpa la, aku tulis balik untuk catatan hidup. lebih macam diari online ja la.

Monday, 11 May 2020

Cemuih

adoi laaaa.. tak tau nak habaq la cemuihnya rasa pkp ni. lanjut plak dah sampai 9 jun. memang dok agak sambung punya sebab dok ada lagi penyakit ni. kalau takdak langsung kot buleh stop pkp. dalam dok ada ni pun, ramai dah bederu pi supemaket, bawa anak bini pa semua. aku dak lagi la. raya ka dak ka sama ja aku rasa sebab tak bleh nak pi kemana. dok dalam rumah saja. tak kalut la aku dengan baju raya kasut raya apa bagai. rasa nak kalut sikit sebab nak buat biskut raya sejenih dua ja. yang mudah mudah dah la. dok ada dalam kepala ni mazola, almond, semperit susu dengan cornflakes madu. yang dok rasa nak laku keras almond tu. tengok , dalam tak kalut nak raya pun 4 jenis nak buat. tat nenas order kat kak norma kat kg nu. dia tu pun dalam tak mau buat tak mau buat. piii..3 ribu lebih gak la order masuk. rezkiiiii..buat pi lah. dapat gak duit raya.
ketupat? rancang nak buat sendiri tahun ni. dah 40 tahun dah umuq aku belum pernah aku buat sendiri ketupat dari a sampai z. plan la nak buat. sekali laki aku kata, tak payah. order ja. ok. lagi senang crita. rendang aku pandai buat dah oiii. masa pkp ni la aku belajaq buat. tanya en google. banyak resepi, pilih la mana yang nak. serunding aku ada dah sekilo setengah. kampung laut oiii. femes tu. sekilo aku beli, setengah kilo laki aku beli. nanti kita try.reja dah kena mai hari hari. bila nak stat buat biskut raya pun tak tau la. masalah utama la ni, nak beli almond kena pi beratuq di kedai kek nu. yang ni yang lemah. malaih laaaa nak beratuq. ada la kedai kek kat sebelah opis ni tapi kaaaa rega mahai sikit. tu yang leceh tu. kalau beza sekupang dua takpa la.tapi beringgit beza..habis camno? hmmm redha ja la.

Monday, 4 May 2020

Perintah Kawalan Pergerakan ..Sejarah Dalam Hidup Aku.

hiii guysss.. lamanya aku tak menulis. bukannya aku tak teringat, tapi nak menaip tu malaih. la ni semua dalam pkp. adik sikit pada darurat. pkp ni kita boleh dok keluaq rumah lagi walaupun seorang. pkp stat 18.3 - 31.3 fasa pertama, sambung fasa kedua 1-14.4, sambung lagi 15-28.4, sambung lagi 28.4-12.5.2020. maknanya 4 fasa dah. 
fasa mula - masa tu aku rs takut jugak sebab dok pikiaq mcm mana dengan makanan. cukup ka nih? padahai yang makn 3 ja dewasa, 3 kanak kanak. masa tu, kalau guna tepung sebungkuih, gnti balik. konon buat stok. masa tu jugak time cuti sek. jadinya cuti bersambung la. seronoknyaaaa anak anak aku. keja sek pun belum ada lagi.
fasa kedua - kami giliaq reja. seminggu dua hari mai reja. minggu depan plak baru mai. giliaq giliaq. mcm tu lah. laki aku horeyyy. sebab dia tak kena pi keja langsung. macam cikgu plak gayanya tu. masa ni, cikgu dah bagi jadual belajaq. ahad sampai khamis. jadual masa tu sehari dua subjek. aku pun update la kat anak anak apa subjek apa tugasan hari hari. anak aku yang tadika pun ada tugasan. kena buat dan hantaq video. masa ni rasa ok plak sebab masa pi supermarket , orang tak ramai. macam s/market kat rmah aku, sekali masuk 20 org ja. nak beli barang pun best. tak ramai. tapi nak masuk tu kena la tembak kat dahi dengan spray sanitizer.
fasa ketiga - anak anak dengan aku pun dah start cemuih dah. anak aku suka lagi pi sekolah walaupun kena marah dengan cikgu sebab boleh jumpa kawan, boleh main sekali, lari lari kat sek. dok rumah nak buat apa? rumah plak rumah tengah. tambah depan, tambah belakang. habis. rupa tanah pun tak nampaq. simennnn ja. aku pun dah rasa macam tukang masak. sat sat masak. sat sat masak. dah masak pagi, tghr, pastu pikiaq plakkkk malam. puasa start masa ni. legaaaa. pikiaq nak sahur dengan buka ja. 
fasa keempat - cemuihhh sungguh la. opis dah arahkan 50% staf kena masuk kerja. aku heran, srh pi opis ramai ramai nak buat apa. masa ni la arahan srh buat tangkapan. kita takut ke covid, depa srh pi tangkap, nak wujud kluster baru pulak kot. setel tangkapan tak boleh, ocpd tak bagi. legaaaa. bukan tak mau buat, rs bahaya lagi virus kita tak nampak ni. ada jugak staf yang kena covid. opis tutup sepenuhnya. masa fasa ni, ramai dah nampak keluaq. tambahan plak boleh keluaq dua orang. pastu ada plak tambahan 4 orang. tapi, bagi aku keluaq yang penting sudah la. yang tak penting dok rumah. minggu sebelum tu kita boleh ja kuaq sorang, maintain ja la sampai semua setel atau dah selamat kan? benda bahaya kalau nampak senang, masalahnya tak nampak. 

setakat tu lah dulu coretan aku. nanti nanti sambung balik.

Wednesday, 8 January 2020

Sejarah Kereta Aku

teringinnya nak pakai kereta mahai. mewah la mksdnya. contohnya vios ka, honda ka. tu kira mahai dah tu bagi aku. bagi hampa aku tak tau la. sejarah kereta yang aku beli bermula dengan :
kancil gemilang blue PGM 7564. kancil ni yang meter dok di tengah senget mai ke drebar tu. kancil 850. bayaran bulanan 350. loan dengan Public Bank. aku beli tahun 2005. masa tu keja di CIMB Bank. jadi kerani. aku beli duit tu hasil dari juai saham yang CIMB bagi kat staf. aku dikira amat laaaaa beruntung sebab masuk kerja tahun 2002, dah dapat saham. sedangkan yang kerja berpuluh tahun pun dapat saham sama macam aku. jumlah unit yang sama cuma beza harga saja. aku dapat seunit rm4.15..depa dapat rm 3.30. camtu la. jadinya aku juai buat deposit beli keta. yang juai nama rudi. bini dia pun keja perodua services. until now. dia dah buat benda lain. tak juai kereta dah. masa nak buat loan tu, aku punya la takut nak call bank , jadinya aku srh kak normi yang call. bukan ada apa pun. depa srh bayaq deposit lebih. takut sampai mcm tu, adoiii.. takut la bab bab bank ni.
masa dapat keta tu, salesman tu mai parking depan bank. chewahhh seronok gila. dia boh minyak sikitttt ja. kak siti la yang tolong pi tunjuk cara nak boh minyak. dia escot aku sampai hi tech. pastu aku bawa la sendiri sorg sorg. aku ni, dapat lesen dah setahun, baru beli keta. aku belajaq manual dulu ni, beli keta pun manual. apa aku buat?aku ingat balik ja cara nak bawa keta. mula2 tekan cluth, lepas pelan pelan, masuk gear 1, jalan sikit gear 2, pastu 3,4 ikut kelajuan. 
seronoknya ada keta, bawa mak pi makan nasi ayam periuk besaq setiap minggu. masa tu depa juai, nasi rm3, ayaq apa pun  singgit ja. dua orang makan baru rm8. best sangat.. time balik lalu kot batu puteh, kena tahan dengan polis sebab tak pakai tali pinggang, kena tahan ja, saman dak. keta tu  jugak lah anak lembu melompat naik kat bahagian depan keta aku. latah plak lembu tu. senget sekejap. dengan keta tu la, aku bawa arwah makcik cah pi rumah besan dia kat bukit teh. malam. aku stop enjin tak ttp lampu. aku ingat enjin tutup, lampu pun padam. rupanya dak. lawak betui..dengan keta tu la aku drive pi lapor diri di AADK Negeri Kedah. weiii tu paling jauh aku penah bawak k. sorang sorang. nasib sampai. masa tu mana ada google maps waze bagai. harap kawan aku crita satu satu kedai sepanjang jalan tu, haa sampai jugak dengan jayanya.
pi exam jabatan di Sek Men Hutan Kampung. 110 aku bawa. laju gila. ketaq stereng stereng time tu. masalah aku, bila kat tol ja rasa takut. takut apa ntah. bila atas highway seronokkkk ja. sebab jalan ok kan? aku ni jenis gelabah sikit kalau guna jalan baru, mksd aku baru lalu. kalau jalan yang aku besa lalu, aku ok. kereta tu memang best. itu la keta impian aku masa form 3. rasa mahai sungguhla kancil tu. orang kampung yang miskin macam aku, tu dah rasa mahai ya rabbi. orang lain berangan nak pakai volvo ka merc ka, aku ? kancil. keta tu aku tolak ke orang sambung bayaq sebb aku amik myvi lepas tu. sedih sebenaqnya nak tolak ke orang, tapi tu la. aku tak berapa setuju tapi bila ada orang yang suka masuk campuq, ada plak yang suka ikut cakap orang. macam tu la jadinya. ada benda yang aku terkilan masa tolak kancil tu. nnti aku tulis, aku pakai kancil tu dalam 4 tahun ja. pas kat orang sambung bayaq pun macam harey. bank selalu call aku sebab payment lambat. kadang melarat sampai 3 bulan. sakit ja hati aku. tapi, lastly habis jugak. setel azab aku bank dok call selalu tidak ni. loan 9 tahun, nak tunggu lagi 5 tahun tu , adoiii parah.

Tuesday, 7 January 2020

Selamat Tahun Baru 2020

dah tahun 2020 dah kita. dulu rasa jauhnyaaaa nak sampai 2020. sekarang dah rasa. dulu masa dengaq wawasan 2020, ishhh umuq aku 40 tahun masa tu. alhamdulillah, panjang lagi umuq aku. semoga murah rezki aku untuk panjang umuq. dulu ditelinga ni wawasan 2020. tu la dok dengaq, lepas tu senyap sat. ni timbui balik. masa dulu rasa macam negara aku dah canggih serba serbi. tapi sama ja. perubahan banyak la tpi belum la sampai kereta terbang.
tahun ni, anak aku yang kecik dah masuk tadika. aku susah hati sebenarnya sebab masa hantaq ja teriak. kalau tak ajaq pi tadika, masa bila nak pi tadika. takkan nak dok dengan pengasuh ja. pengasuh pun nak keja lain dah. letih mengasuh katanya. aku paham, anak aku ni hyper sikit. letih nak menjaga dia. aku yang mak pun letih, tambah la pengasuh, walaupun pengasuh tu mak sedara sendiri. alhamdulillah, pengasuh baguih. tapi, anak aku dah besaq. kena juga pi sekolah.
tahun ni, aku takdak azam. apa perlunya azam? bukannya buat pun. sembang ja berazam bagai, sama gak. especially azam nak kuruih. pi jahanam la. tak kuruihnya. jangan kuruih sebab sakit sudah. nak eat clean, aisey terbabas sedia sebb kat opis ni rajin buat masak masak. takkan tengok saja. haruslah kn makan. kalau kak depa tak makan, risau depa nih. takut kak depa kuruih. biaq gemuk bersama sama. sorang dua ja yang gemuk, yang lain slim.
tahun ni, ain darjah 2, mohsin darjah 4. bagusnya, yg lelaki tu dah ada azam untuk belajaq rajin rajin. yang pompuan, senang bangun nak mandi pi sek. satu perubahan yang besaq tu. tidak ka kn high volume pagi pagi.
tahun ni azam nak masak untuk bekai anak. tpi belum kesampaian lagi sepenuhnya. yang no 2 tu rajin bawa bekai. macam banyak ja jenis makanan yang boleh buat untuk bekai tapi tu la. mcm malaih jugak. tp aku cuba lah. pagi pagi pun aku masak jugak sebb nak bawa bekai pi opis. bukan rajin sangat tapi nak elakkan pembaziran. mil aku pelupa. kalau dia masak, macam nak makan 6 orang. padahai dalam rumah tu dewasa 2 ja. jadinya baik la aku masak. kadang nasi pun aku masak siap siap. senang, dia dok saja ja. tunggu anak no 2 aku balik sekolah.
bab lain tu, mcm biasa la, duit makin kecik. nak belanja pun takut. kalau orang kaya ok la. belanja tak payah tengok harga. pakai amik ja. itu rezki depa, rezki aku belum ada. janji anak anak aku sihat, aku pun sihat, mak aku pun sihat. syukur alhamdulillah. itu pun rezki jugak.