Tuesday 12 July 2022

Tempat Baru

haiiii.. just nak bagitau..aku dah kerja kat tempat baru..jauh sikit dari rumah.. tak sikit la, banyak jugak. 

tapi..suasana kerja baru. best sangat.apa yang best ? tak kena operasi, pi mahkamah, reman, tuduh kat mahkamah, tak kena pi sekolah bagi ceramah, buat kem kat budak2..ceramah kat komuniti. aduhaiiii..seronoknyaaaaa..

hidup kat sini dengan klien aku yang bawah umuq ja.depa ni comey weii..muka budak sek men yang sedang dibersihkan jiwanya. mcm tu la nak bayangkan. ada yang besaq anak aku pun ada. depa ni ada yang amik spm dalam ni. kami ada cikgu yang memang mengajaq depa. tapi, subjek teras ja la. result spm tahun lepas, ada yang dapat sngt baik. subjek sains dapt a-, ,matematik dapat b+. pandai la kan? sebab depa dok dalam ni, ada aktiviti lain sama. bukan belajaq saja. tu belum kira kena denda dengan KGB gila lagi. ntah apa apa masalah dia ni tak tau. suka aim budak. meluat aku..ya Allah, jangan la bagi aku kena reja dengan KGB gila ni. meluat. tapi , budak aku pun jahat jugak. dalam dok jaga depa pun buat perangai jugak..aduiiii..letih ngadap budak2 ni tapi ok la. remaja. bayangkan budak2 ni peserta kem shields macam aku dok buat dulu tapi yang ni versi terkurung dan kena ngadap 14 bulan. haaaa..bayangkan..apa sesi hang nak buat dengan budak ni 14 bulan..cemuih mampuih.

ok..aku stop dulu. sukanya..aku dah bleh menulis kat blog.nanti aku sambung taip lain.

No comments: