Sunday 29 May 2016

Sushi

pernah makan sushi? aku rasa ramai yang pernah makan dari tak pernah. aku baru minggu lepas try makan sushi.exact date 19.5.2016 (khamis) tu pun 4 ketul ja. rega rm7.40. nak beli banyak takut tak habis makan. nak amik yang mana pun tak tau sebab tak pernah makan. yang aku pilih sushi dengan chicken flos 2 ketul. salmon roll 2 ketul dan pencicah sweet soyu. aku beli kat mydin bukit mertajam. outlet empire sushi. eh eh, aku boleh makan la. asben aku tak lalu. dia kata ada bau. tapi bau rumpai laut tu. sebab nasi tu dibalut dengan rumpai laut dan diletakkan chicken flos atas dia. cicah dengan sweet soyu. kalau macam ni, aku bleh la beli lagi. tapi ada satu makanan, jepun jugak rasanya yang bulat2 dan ada kepala sotong dalam dia. haaaa yang tu aku memang tak bleh makan sebab aku geli tengok kepala sotong dan tentakelnya. lagipun, kalau sotong, memang aku tak makan kepala, aku makan badan saja. aku rasa takut nak makan kepala sotong. 
kawan aku uli ada crita, anak dia dok bunyi nak makan sushi. bleh la dia try beli. mesti anak dia suka. anak aku senang ja. kfc ja yang dia tau. kfc kfc kfc..aku sampai muak nak makan. kalau aku pi kfc aku makan yang wrapped tu ja. jemu sungguh dengan ayam. kawan aku nama apit, dia pun kaki makan ayam jugak. masa kami ada program di kem plkn hari tu, ayam goreng yang depa serve tu memang nampak sedap sangat tapi tawaq hebiaq, dia boleh makan sampai 3 ketui..dasat betui dia ni makan ayam.. aku tak bleh la..muak..apa2 pun tu selera masing2..

No comments: