Monday, 26 June 2017

Selamat Hari Raya Semua !!!!

wauuu dah hari raya.. raya ketiga aku dah keja. apa kan daya, kedah cuti raya 2 hari, penang dapat la 3 hari sebab ahad memang dah cuit, jadinya anjak lah ke hari selasa. best ke raya? aku rasa biasa ja sebab dah tua dah kot. baju raya pun takdak. kesian kan? anak anak ada la. tapi kasut raya depa ja tak beli. aku bab ready barang nak raya ni memang fail. sebab dari kecik tak ready apa apa sngat time raya. maklumlah dulu hidup kais pagi makan pagi ja.
raya tahun ni aku balik kg mak aku awai sebab laki aku masuk hutan. jaga pos. hari jumaat aku dah cau balik kg. keta kecik, barang banyak. penuh sebijik keta dengan kuih, tepung nak buat kuih, dengan kain bajunya. haihhh jenuh sumbat aku dalam keta. nasib kg dekat. pukui 1.30 , aku dah betolak balik. syiok pun ada gak. dapat balik kg rumah mak awai. biasanya balik hri raya pertama. tapi yang lecehnya, rumah belum berkemas. adik aku tak sempat nak kemas. aku nak buat yang kecik ni tak mau kat tok dia. payah nak buat keja. leceh betul bila rumah tak kemas lagi ni. geram pun ada gak kat adik aku nih. aku memang pantang kalau lantai tak sapu sebab anak aku nanti suka mengutip. 
aku sapu mana yang dan ja, sebabnya nanti depa nak tukaq tikaq getah la plak. nak buang sofa buruk, nak ganti dengan kusyen yang adik aku baru beli.. patut la tak nak sapu, kemas rumah awai awai. kalau tak nak kemas beria pun, sapu la lantai bagi bersih. ni berjalan pun rasa berpasiaq, camna? 
takpa aku buat. nanti hampa sapu la lain. janji anak aku tak mengutip yang atas lantai tu. haihhh ni yang aku fedup..tapi nak buat cmna, aku balik sekali sekala, depa yang dok situ. kang bising, kecik hati plak..sabar ja la.

No comments: