Sunday, 25 February 2018

Apa Nak Crita?

banyak nak crita. mula mula aku pi Karnical Sg Petani masa cuti raya cina hari tu. aku naik yang guna pelampung besaq tu. di situ ada dua slides,satu yang meniring, satu lagi yang kecik tu.pergh ..aku naik yang biru tu, masa turun menjunam tu, adoiii rasa macam nak tercabut punggung dari pelampung. takutnya, kot aku tercampak keluaq. yang kedua, aku naik yang berliku liku tu. haa yang ni macam ok, tapi yang ni lagi aku takut sebenarnya.anyway. ok la,pi mandi mandi dekat situ. aku dan asben, anak sedara 2 orang dan anak sendiri 2 orang. kos masuk semuanya rm 108. hari tu sempena raya cina depa pukui rata rm18 ja sorang. kalau tidak depa kira berbeza dewasa dan kanak kanak. setel di situ, makan kfc kat Puteri Jaya. kos dalam rm 50++ ja.cuti 3 hari dok rumah ja, mana tak pi kecuali pi situ ja.
hari Isnin, aku amik cuti, balik rumah mak sat, pastu balik rumah,ready barang nak buat sandwic, pastu masak spageti. bawa pi rumah kak ain. setel spageti di situ. alhamdulillah..kira sedekah gak tu kan?esoknya, kerja cam biasa. minggu ni dah start urin pelajar sek men dah. setakat ni 10 orang sangkut, dari 8 buah sekolah. sorang pompuan, dalam sejarah ni, ada pompuan sangkut. yang lawaknya, dia boleh seronok kawan dia sangkut. dia kata kat kawan dia, tu la hang, pandai makan tak pandai simpan. aku tak mau kantoi.piiii dia amik la tu maksudnya.kami kena pi dua kali kat sekolah tu sebab nak buat kat student sesi petang sama. luckily, sesi petang, no sangkut. semua clear.
ooo mak aku tukaq nak makan beras ecobrown plak. ok, aku belikan ja. sebab, beras perang lebih baik dari beras putih kan? so, belikan dulu sekampit.
anak aku mohsin tak pi kelas KAFA sebab dia kata, kawan dia cakaq tangan dia. berdarah. poyo betui. ingatkan teruk, calar ja. mengada ngada. malaih la tu. request plak nak pi pukui 2, kalau van hantaq confirm pukui 2 lebih baru sampai sekolah. ok, minggu depan aku hantaq dia pi sekolah. balik dengan van. bleh jimat duit kat situ dah.
hari Jumaat, aku buat mi hailam bawa balik kampung, 2 bungkus mi. setel. sedap plak kuah mi aku tu. anak anak suka, mak suka, anak sedara pun suka. macam ni masak baru best. habis semua. bawa balik bekas kosong ja.
ohh jualan sandwich aku kat Jalan Paya Besar tu tak berapa ok la. dah 3 hari tak habis. dan aku tak boleh buat sandwich teluq sebab bila dah petang tak boleh makan, kalau sardin ok lagi. yang dekat kak ti, alhamdulillah, habis 5 pek sehari. takpa la, mana ada orang meniaga laku semuakan? kedai makan pun ada lauk belen. 
hari Sabtu, aku keja kat Taman Desa Permai. jaga pameran.dapat la claim ot sikit. jadila sikit dari takdak kan? balik rumah, main dengan anak, bawa Mohsin pi klinik Sathiam sebab mata dia merah, anak aku yang kecik tu tampaq muka kena mata. merahhhh la sebelah macam sakit mata. kena la rm25. nasib baik cas klinik murah. 

No comments: