sempena cuti di kedah yang bersambung hari tu,aku cadang untuk bawa anak aku bercuti. bukan la bercuti sangat sebab anak aku yang kecikkan aktif sangat. jadinya rasa amatla tak sesuai nak pi melawat tengok muzium ka, bahan sejarah ka dan sebagainya. tujuan sebenar bukan nak bejalan santai santai sangat. tapi lebih ke nak menziarah abang aku yang sakit. lama dah sakit. strok. tapi dah boleh bangun duduk dah. cuma berjalan ja belum. payah sikit la nak berjalan sebab kaki dah potong satu kan? kaki palsu belummm pandai guna dah strok pulak.
hari pertama, kami stay kat Grand Blue Wave Hotel. Hari kedua baru la kat i Soho I city. Aprtment studio. baru ku paham apa maksud apartment studio. ya Allah, keciknya rumah. bilik pun takdak. semalam rm170. aku guna booking. jumpa tuan rumah pun tak. amik kunci sendiri, check in, bayar online. rasanya kalau tak bayaq pun depa tak tau rasanya.
kat dalam iklan tu memang la crita kolam, playground . rupanya kolam tu kat belah lain. kena turun, pastu naik lif pi bangunan sebelah sana, baru laaaaaaaaa nampak kolamnya. aku ingatkan depan rumah tu dah ada pool. playground plak tingkat lain. makna kata, share la antara penghuni bangunan A dan bangunan B. camtu la caranya.
first time dok tempat camni. mana nak paham. weiii kena pakai baju renang tau. bukan boleh pakai ikut suka. yang stay kat sini whether pelancong atau memang residen kena pakai camni ka? confius.
bestnya kat sini, sebelah jalan sana, i City.. yang lampu lip lap lip lap, banyak yakmat tu. bukan saja taman, bangunan pun berlampu.parking pun berlampu yang ada hiasan binatang cantik cantik tu. cantikkkk sangat. kau turun dari rumah, pi sebelah sana, haaaa main la, lawat la apa yang nak. main free ke? sori..bayaq online k. kad pun ada, tapi rasanya banyak yang pakai online ja. pas bayaq ,depa scan . aku habis rm20 kat sini. anak aku nak naik train. ni kat tempat aku duduk. bukan yang sebelah i City betui tu. kat situ, memang pokai la polet. mahai. actually mcm bayaq kat fun fair tapi sebab mainan banyak dan anak anak kalau pi semua nak main, jadinya kos. aku pernah pi sebelah tu thn lepas, so, tahn ni tak yah.
No comments:
Post a Comment