Monday, 15 April 2019

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang


alhamdulillah, buat kali kedua aku dapat anugerah ni. kali pertama pada tahun 2012, masa tu aku bertugas di Baling. Kali kedua, di Kulim. Sebenaqnya, ramai yang baguih reja, tp dah kena bagi sorang ja, mungkin rezeki aku la kali ni. Tahun depan giliran orang lain plak. Tahun depan giliran kawan - kawan aku yang lain plak. cuma sapa dapat, belum tau lagi.


kena bayaq duit gambaq rm20. ya la, depa dah hire camera man kan? mesti la kena bayaq. gambaq cantik la kot sebab hasilnya belum dapat lagi. tak cantik, aku sekeh pala depa yang amik gambaq nih.😁 hq aku dekat Kajang, jadinya km semua satu bas stay area situ. aku dapat Hotel Succes. sebilik dengan aku Azian dr Pendang, Cawi (siamese) dari sempadan dan Naz dari Bdr Baru. sebilik 4 orang. hotel bajet. ok lah kan? semalam ja pun. kat bawah hotel ada cafe. yesss untung sebab memang aku tengah lapaq ya amat.
kami sampai kat hq dalam pukui 3 lbh. masa tu rehearsal dah jalan. dan la tengok depa ulang buat 2,3 kali dengan Dato KP pun turun sekali tengok. datang lambat satu bas ok, tak malu sangat. lagipun perjalanan jauh, jem ja dua kali, mana nak jangka kan? sampai hq, tengok orang rehearsal, pastu hai hai kat kawan dari daerah lain dan negeri lain. yang aku sempat hai, Zi dari Sabah, Ina dari Batu Kurau dan semeja dengan aku dari Tawau, Hulu Terengganu dan Sentul. eh lupa, Tampin dan sorang lagi mana ntah. sorang absent sebab dah sarat nak bersalin. kang terbesalin masa APC plak kan? naya.
setel rehearsal, balik hotel. ooo ada yang dapat horel depan. cantik la. kami dapat hotel belakang, jenuh bejalan. masuk bilik, tingkat dua, naik tangga. lift takdak. ishhh bajet betui la. aku kalau mai dengan family, tak dok la hotel ni sebab payah dengan anak anak. nak memanjat tangga bagai. dah la tingkat dua, bayangkan, laluan tu sempit, mula sampai, nampak satu lorong, rupanya bilik aku lorong belakang. 
bilik air? ya ampun, keciknya. aku rasa saiz dia cuma meja banquet lipat tu, amik dua meja. shower, betui betui atas kepala. lantai?licinnya. memang tak sesuai untuk yang ada anak lasak macam anak aku tu. masa check in, masuk bilik, dalam tong sampah nampak lampin budak. cadar pun keremot mcm lepas guna, tuala pun macam lipat tak kemas. pi la komplen kat bawah, rupanya belum housekeeping. eeee geramnya. takpa, kami pi makan dulu. satg kami masuk bilik lain.
nasib laaaaaa cafe ni punya la cepat servis dia. km 4 orang order makan, sat jaaaa dapat. lega aih. aku makan nasi putih, kailan ikan masin, paprik daging. sedapnyaaaa. sepinggan nasi penuh tu habis. tak pelik sebenarnya sebb aku memang makan banyak pun.😄
setel makan, aku kena bayar rm13.50 jer. murah tu sekali minum, nasi memang banyak tau. bukan sikit.lebih dari semangkuk.
perut sudah kenyang, bilik belum boleh masuk lagi sebab belum clear, pi la cari kedai 24 jam. KK. beli air mineral dan roti untuk breakfast esok sebab esok no breakfast provided. makan tengahri pun tak sedia hari tu. cuma da food truck ja kat bawah tu. ingat banyak. adala 3,4 buah ja. tak singgah pun sebab nak pi hotel cepat.
dekat area aku duduk tu, mcm kawsan tak maju. ada econsave, rumah kedai pun banyak kosong. ada hotel bajet dua tiga bijik. macam sunyiiii ja. uptown jauh sikit dari situ. sebenaqnya, kawan kawan dari negeri lain pun dok area situ jugak. cuma, malaih nak keluaq jumpa ja. aku tengok kenderaan penjara pun ada. hq depa area tu jugak kot.
setel dapat anugerah, naik bas, balik. aku turun kat Masjid Seberang Jaya. asben aku kn cuti dua hari uruskan anak anak. sijil dah dapat, duit kena tunggu 45 hari sebab reward dalam bentuk ssp BSN. sabo je la. dah ada plan dah. ni nak raya ni, boleh la guna duit tu untuk beli baju raya. horeyyyy..rezekiiiii..syukur ya Allah. bagi orang lain mungkin amaun tu sikit, bagi aku banyakkk dah tu.