hari malas? bukan hari ni sj, setiap hari rasa malas di bulan puasa ni. alahaiii selalunya keluaq pi sekolah sana sini, bila bulan posa, sekolah pun stop aktiviti, jdnya melemau la di opis. setel kan kerja sikit sikit. ada opis kan, siap boleh buat biskut raya lagi. dasat la depa ni. biasanya yang boleh buat camtu, jbtan yang tak melibatkan orang ramai. cthnya kerani sekolah ka, sebb time cuti sek sapa nak pi opis kan? kalau jabatan macam aku ni, jangan harap la. orang selalu datang membawa seribu masalah.
nak bagi mood ada, apa nak buat? aku pun tak tau. tengok internet, baca blog, tengok resepi. haaa di bulan posa ni, nak masak apa waktu berbuka yang cabarannya. sebenarnya sama ja, tapi kita yang rasa macam nak kena masak special. padahai biasa ja. maklum la siang dah posa, time berbuka tu rasa nak makan yang hebat hebat la kan.
anyway, bazar ramadan memang banyak pilihan. tapi harga tu menakutkan. kadang tu sejemput ja dapat. rasa sangat tak berbaloi. rasa belum kira lagi tu. untung masak sendiri. banyak dan boleh makan berulang.
apa yang hampa masak bulan posa ni/ aku masak spageti dah berapa kali. sebb anak suka. petang ni cadangnya nak buat kuey teow la. dok google resepi. sama ja caranya. dah ponteng puasa? aku dah. lepas ni kena cepat cepat ganti, tak mau dah ganti last minit. kalut.
seperti tahun sebelumnya, persiapan raya memang simple. luckily anak pun sama jugak pesennya. simple. nasib la anak tak banyak songeh. kalau yang nak itu ini, haru gak. kita bukannya orang yang berduit. harap makan gaji ja ni. tu pun bukannya gaji banyak. kerja pun gomen pangkat rendah ja. alhamdulillah masih ada kerja.
duit claim ot ka tnt ka, simpanlah . jangan habiskan nak raya ni. raya 4 hari ja, hr lain nak kerja nak makan apa?nak isi minyak mcm mana. jangan jadikan berhutang sebagai habit. memang kawan kwn boleh bagi pinjam tapi kalau kerap sangat, kawan bukannya bank..ada jenis yang suka meminjam, lepas tu senyappp ja. ada yang bila pinjam, cepat ja bayaq, ada yang suka bayaq separuh atau sikit dulu. janji bayaq , itu yang penting. yang buat bodo tu la orang sakit hati. kadang2 kita jadi malu nak minta hutang. padahai tu duit kita.
aku ada dua crita bab berhutang ni. crita pertama, kawan seopis merangkap penyewa rumah. aku sewakan dari harga rm 330, pastu aku up rm 350. dia pindah pi johor, dia tinggai rumah camtu ja sebab kalut nak pindah sana. aku pi, rumah aku bukan la tahap teruk sangat tapi tak seronok tengok. dengan tahi cicak di tingkap yang banyak. dengan bilik air yang ada pokok menjalar, dengan pintu dapuq yang kotoq. aku heran, bila depa kemas rumah. takkan la tahi cicak tu punya banyak dalam masa dua minggu rumah tu kosong. takkanlah pokok yang menjalar tu dia tak blh tarik cabut buang. takkanlah pintu dapuq sampai berselepat kotoq dia tak basuh. pintu tu pintu besi. senang ja nak cuci. tu keadaan rumah, duit bil api , air tertunggak tak bayaq. dalam rm 600 lebih. aku mintak la sikit , dia bayaq la rm350..ada baki lagi rm 348.50 .. bila nak bayaq ntah la.bila dia pakai, aku bayaq. apa punya kawan..
crita kedua..aku tolong bayaqkan duit insuran anak kakak ni. dari anak dia bujang, kawin , ada anak, hutang still tak bayaq. bila nak bayaq? pertengahan bulan posa. la nak habis posa dah tak mai bayaq lagi. tunggu ja la..
No comments:
Post a Comment