Tuesday, 11 June 2019

Spare Tyre

aku cakap bab tayar keta k..bukan nya lemak di badan atau kekasih gelap. sebab ada gak org bagi gelaran cmtu pada lemak yang bertampuk di badan atau pada orang yang curenggggg. penting ka tayar spare ni? penting oiii. aku kena dah sekali. tayar keta pancit pukui 5.45 pagi. waktu tepat aku tak tau la tapi aku sedaq masa tu. aku nak pi hantaq anak aku yang kecik tu pi pengasuh. baru ja gerak dua tiga kali tayar golek, awat lain macam ni, gostan balik. laa tayar pancit. mesti dari semalam ni. tercucuk apa tak tau la.
aku dengan pantasnya, teruih call syifa. jiran depan rumah, minta pinjam keta, nak pi hantaq adik. dia pun ok, bagi kunci, aku start ja, jalan. mama ain dia pun tak perasan pagi tu aku naik kelisa syifa. setel hantaq adik, aku bagi balik kunci keta. nasib la syifa tu banyak keta, kalau nak hantaq depa dua, kak amik ja keta tu. saya ada keta lagi. aduiii trima kasih laaaa.
aku pun cepat cepat srh anak anak besiap, pi hntaq naik keta syifa. setelll. yang tak setelnya tayar keta aku tak tukaq lagi. sebabnya, tayar spare takdak ma..tayar ada, tapi rosak..tayar spare tu dah pecah. aku tau lama dah tapi tak pi tukaq. haaaa amik kau. kalau tayar tu ada, laki syifa pun boleh tolong tukaq. masalahnya nan ado.
aku masuk lambat opis hari tu, call dreba jabatan, minta dia mai tolong bawa tayar pancit pi kedai. nasib laaaaa..kena tampung ja.rm5.kena skru panjang. angin kuaq sikit sikit. patut la semalam tak perasan. aku dengan kawan aku tu, bawa tayar pi tukaq, pastu dia pasang balik. setel, masuk keja.
haaaa tengok, penting dak tayar spare? kalau jd kat highway ka mana ka, mampuih laaaaaaa.. jenuh la nak tunggu orang mai tolong plak. ni nasib la dekat rumah ja. kawan-kawan sila pastikan tayar spare anda elok keadaannya. jangan jadi mcam aku. nayaaa ja. orang nak tolong ada, tapi tayarnya ngak ada. habis cmno.. so, be alert k.

No comments: