lepas punch card, aku memang rush balik rumah. petang sibuk sikit. sikit ke? banyak kot. aku sampai rumah, mandi, makan kalau nak, boh baju dalam mesin. boh ja dulu sebab tunggu semua balik baru nak basuh semua baju. aku sebenaqnya suka kumpui baju banyak banyak baru basuh. bestttt. penuh penyidai. siap nak pi amik mohsin balik KAFA. kelas habis pukui 5.45 ptg. pi awai pun dalam 10 minit ja. tu punnn line keta dah penuh. kadang2 aku geram sebab anak aku tu keluaq lambat. pukui 6 baru sampai kat keta. stress aku tunggu. besa la. panaih panaih ni kan..
kadang, aku drop mohsin kat rumah, kadang dia ikut aku amik adik dia kat Taman Lobak tu.kadang aku suka dia ikut , kadang nyampah sebab satg mesti dia gaduh dengan adik dia. jenuh aku menjerit dalam keta. s
setel amik adik, balik rumah. teman dia main ndoi orang sebelah rumah sat. haishhhh asik nak main ndoi ja. malaih nak tunggu. dekat maghrib, baru masuk rumah.semayang maghrib, hantaq ain pi qiraati. dia habis kelas pukui 9.30 malam. amik dia, setel untuk hari tu. tengok tv, tunggu depa semua tidoqqqq..kalau adik tidoq awai, lega la aku.. kalau tidoq pukui 12, hmmm sian la kat aku.aku dah la jaga awai, pukui 5 lebih sikit. siang tak tidoq. mana la tak ngantuk awai.
2 comments:
aduhai mmg penuh jadual... kita yg baca ni pun rasa penat tu huhuhu
hai sis. semoga dimudah kan urusan sis .hehehe.
Post a Comment