Monday, 4 May 2020

Perintah Kawalan Pergerakan ..Sejarah Dalam Hidup Aku.

hiii guysss.. lamanya aku tak menulis. bukannya aku tak teringat, tapi nak menaip tu malaih. la ni semua dalam pkp. adik sikit pada darurat. pkp ni kita boleh dok keluaq rumah lagi walaupun seorang. pkp stat 18.3 - 31.3 fasa pertama, sambung fasa kedua 1-14.4, sambung lagi 15-28.4, sambung lagi 28.4-12.5.2020. maknanya 4 fasa dah. 
fasa mula - masa tu aku rs takut jugak sebab dok pikiaq mcm mana dengan makanan. cukup ka nih? padahai yang makn 3 ja dewasa, 3 kanak kanak. masa tu, kalau guna tepung sebungkuih, gnti balik. konon buat stok. masa tu jugak time cuti sek. jadinya cuti bersambung la. seronoknyaaaa anak anak aku. keja sek pun belum ada lagi.
fasa kedua - kami giliaq reja. seminggu dua hari mai reja. minggu depan plak baru mai. giliaq giliaq. mcm tu lah. laki aku horeyyy. sebab dia tak kena pi keja langsung. macam cikgu plak gayanya tu. masa ni, cikgu dah bagi jadual belajaq. ahad sampai khamis. jadual masa tu sehari dua subjek. aku pun update la kat anak anak apa subjek apa tugasan hari hari. anak aku yang tadika pun ada tugasan. kena buat dan hantaq video. masa ni rasa ok plak sebab masa pi supermarket , orang tak ramai. macam s/market kat rmah aku, sekali masuk 20 org ja. nak beli barang pun best. tak ramai. tapi nak masuk tu kena la tembak kat dahi dengan spray sanitizer.
fasa ketiga - anak anak dengan aku pun dah start cemuih dah. anak aku suka lagi pi sekolah walaupun kena marah dengan cikgu sebab boleh jumpa kawan, boleh main sekali, lari lari kat sek. dok rumah nak buat apa? rumah plak rumah tengah. tambah depan, tambah belakang. habis. rupa tanah pun tak nampaq. simennnn ja. aku pun dah rasa macam tukang masak. sat sat masak. sat sat masak. dah masak pagi, tghr, pastu pikiaq plakkkk malam. puasa start masa ni. legaaaa. pikiaq nak sahur dengan buka ja. 
fasa keempat - cemuihhh sungguh la. opis dah arahkan 50% staf kena masuk kerja. aku heran, srh pi opis ramai ramai nak buat apa. masa ni la arahan srh buat tangkapan. kita takut ke covid, depa srh pi tangkap, nak wujud kluster baru pulak kot. setel tangkapan tak boleh, ocpd tak bagi. legaaaa. bukan tak mau buat, rs bahaya lagi virus kita tak nampak ni. ada jugak staf yang kena covid. opis tutup sepenuhnya. masa fasa ni, ramai dah nampak keluaq. tambahan plak boleh keluaq dua orang. pastu ada plak tambahan 4 orang. tapi, bagi aku keluaq yang penting sudah la. yang tak penting dok rumah. minggu sebelum tu kita boleh ja kuaq sorang, maintain ja la sampai semua setel atau dah selamat kan? benda bahaya kalau nampak senang, masalahnya tak nampak. 

setakat tu lah dulu coretan aku. nanti nanti sambung balik.

1 comment:

norhidana said...

dana dah mula kerja minggu ni kak, tapi bergilir jugak lah... datang setiap hari pun tkade kerja sangat pun