Monday, 17 November 2014

Zoo Taiping..Here We Are

 
hmmm hujung minggu tak tau apa nak buat. jom, aku ajak asben aku g zoo. bleh gak bawa anak2 tengok binatang hidup. selalu tengok dalam tv ja kan?tengok gambar. now, kita boleh tengok live.orait, jom pi hari Sabtu.
 
 
bersama patung - patung haiwan di luar pintu masuk. aku perasan ada ubah suai sikit sebab dulu kedai souvenier kat luar, sekarang kat dalam. lama dah tak mai zoo. mai dulu masa tu mohsin umur berapa tahun ntah. adik pun belum ada kot. tiket masuk rm16 utk dewasa, rm8 untuk kanak2, umur 3 tahun ke atas. aku kena caj rm 40. ain tak kena sebab bwh 3 tahun.

 
amik gambar dulu sebelum masuk.

 
bersama orang utan batu.chewah sengih ja mohsin nih. dulu tak pandai bergambar, sekarang dah pandai. ok lah tu kan?

 
luckily, masa bagi makan. uncle ni pangge buaya jejulung tu , rinaaa, rinaaa, mari makan. ,masa tu dia tak keluaq lagi dari sarang dia. malu kot, ramai orang tengok. dia plak tak
pakai baju.
 
 
haaaa, dah keluaq, lapaq katanya, kalau malu perut kosong, kuaq gak la dia pun. sedap katanya, 2 ekor ayam
masuk perut.

 
ni apanya, ungka putih kot. lupa dah nama. lama sangat dah pergi baru nak update


 
orang utan..senyap ja. malaih nak bergerak kot. takdak kawan. kawan dia dok kat bawah.

 
masa ni depa bagi makan landak. anak aku sedang tengok dengan khusyuknya. aku plak dah pas ke depan dah. tu yang gambar jauh tu.

 
nampak tak malayan sun bear.dia mai dekat dengan kami. actually, asben aku pernah tangkap beruang jenis ni di Sedim. ada beruang rupanya kat Sedim tu. jangan main2 kat kawasan air terjun tu. sekarang beruang tu sedang berehat di Zoo Melaka. under jabatan perhilitan punya.


 
ni bergambar di luar sebelum balik. jengoi la pala kuaq. hahaha suka bergambar dah depa ni. tapi aku ja malaih nak amik gambar. rasa malu plak sebab kamera kecik. orang lain kamera muncung ja sehasta. malu weh
 
 
mohsin muncungkan mulutnya. tamatlah lawatan kami. hari tu elok keluaq zoo ja, hujan sudah turun. apa souvenier pun tak beli. no kenangan la. kalut punya pasai. parking plak kat seberang jalan sana. kena la bayar rm3.
 
bai bai

Makanan Sihat - Roti Pita

haaaa dah lama tak update blog nih..tak sempat banyak kerja. aku memang tabik spring pada blogger yang kerja cam aku tapi blog maintain ja berupdate. tabik la.
 
ok, ni aku nak crita, aku ada baca kat blog resepi gojes pasai roti pita. aku tak ingat apa tajuk masakan tu, tapi aku copy amik tang resepi ja. aku try la buat. waduh waduh..sedap bangat. menjadi dong. nak try? meh aku bagi resepi.
 
bahan2 :
isi ayam - ikut la banyak mana suka
rempah kari
garam
lada hitam
minyak zaitun atau minyak jagung
yogurt tanpa perisa
tomato
bawang holland
timun
salad
roti pita
daun sader/daun bawang
mayonis dan sos cili
 
cara2nya :
gaulkan isi ayam + rempah kari + yogurt +lada hitam +garam + minyak  sehingga sebati. perapkan dalam 1/2 jam. lagi lama lagi cantik
 
 
gorengkan bawang holland yang dipotong dadu dengan tomato yang juga dipotong dadu bersama sedikit minyak.
 
 
 
kalau nak masukkan daun bawang/saderi, masukkanlah, kalau tak nak, ok ja. goreng sebentar saja k.
isi ayam yang diperap, boleh digoreng menggunakan
frying pan. 
roti pita tu letakkan atas frying pan sekejap. bila dah masak atau dah kekuning kuningan
 
cara hidang :
 
roti pita tu disapu dengan mayonis dan sos
letakkan ayam yang digoreng tadi di atas roti pita
letak salad, timun, bawang dan timun yang digoreng
gulung roti, ngap terus
tapi versi aku tak bleh ngap terus sebab tebal sangat dengan bahan. tak caya tengok gambar..
 

 
 
tadaaaa sudah siap.. roti pita ni seplastik ada 8 keping. memang puas makan. bagi aku la. aku sorang 2 keping la.
selamat mencuba...
 
bai bai
 
 
 
 

Monday, 3 November 2014

Mencari Kasih Yang Hilang

kawan aku, lelaki, kemarin kena mai alor setaq sebab dia bahagian teknikal utk program. sambil mai untuk tugas yang diamanahkan, dia juga datang untuk mencari ayah kandungnya yang tak pernah dia jumpa sejak mak dia mengandungkan adik dia. ayah dia menghilangkan diri tanpa sebab yang diketahui. masa tu mak dia tengah mengandung berapa bulan ntah. aku dah lupa crita tu. katanya, ayah dia berniaga di pantai johor. aku tau cita ni masa mula-mula dapat keja nih. dia crita kat aku yang dia tengah cari ayah dia. dari dia tak kawin sampai la anak dah 3, baru kemarin dia dapat pi cari. tapi tak pasti jumpa atau tak. dia tau pun dari adik dia berlainan mak yang kerja polis di Sabah. cari cari dan cari jumpa juga dengan adik beradik yang lain. dulu, dia nak bawa wife, anak -anak dia mai jumpa, tapi masalah kesihatan anak dia plak yang tak mengizinkan. semoga kali ni, dia berjaya. selamat berusaha..

Hari Yang Memenatkan

dah 2 hari aku kena berulang dari kulim ke alor setar. sebabnya, ada program besaqqqqq sangat nak dijalankan pada 5.11.2014 nih. aku dgn 3,4 orang dari daerah aku ditugaskan untuk jadi penyambut tetamu. kategori vip, vvip la.sbb vvip adalah keturunan raja.
hari pertama, kami sampai pukoi 9.30 pagi lebih kurang berkumpul di tempat program. hmmm tak ada apa pun ank dibuat. orang yang bagi briefing pun cakap macam dalam kelambu. aku cakap dekat sorang staf tu, awat tak pakai healer ka, mike ka, dengar kuat sikit. alaa...buat tak dengaq ja. sebab yang dok bercakap tu ramai yang anti dengan dia sebab dia ni jenis belagak sikit. oraittt..buat tak dengaq ja. yang kedua, taklimat perjalanan program, haaa baru la dengaq clear..habis taklimat, dok saja lagi.nak buat rehersal sambutan macam mana kalau tempat tak siap. lastly, bos suruh pi negeri, tolong buat confirmation kehadiran jemputan..hmmm..orait, kami pi. aku amik list yang maahd tahfiz, tepon sana tepon sini, jawapan? kami tak dapat surat, bila hantar, nanti kami confirm lain sebab tak pasti dapat ka dak?heyyyy hampa buat apa nih?surat hantaq ka dak? mana nak cari audiens kalau camni?ooo orang negeri pandai buat program..lupa plak.so, hari pertama, di bawah panas mentari, berkuap , peluh meleleh, badan dah bau peluh, takdak kerja apa. mai jauh2 takat tengok tempat program ja, tolong buat call..orait..setel satu hari. pi pukoi 7.30 pagi sampai rumah pukoi 8.30 malam.
hari kedua, bertolak pukoi 8 pagi, kena smapai pukoi 9.30 pagi. kami sampai lewat sikit. still tempat tak siap. tunggu dan tengok lagi. panas dah membahang..ok. pagi tak dak rehersal walaupun asainya nak buat pagi. kita tunda ke petang.ooo pulak. org HQ mana, hmm baru bertolak pagi ni. oraittt takpa. kita tunggu petang. kasut aku dah tahap nak kena masuk dalam tong sampah dah. dari dok tunggu apa pun tak buat, jom pi city plaza, cari kasut offer. yesss dapat 2 pasang. beli satu, yang kedua dapat rega rm9.ok lah tu,cam jimat ja. selsai beli kasut bos suruh pi pejabat negeri. aku pun pi la.sambung call tapi sebab kawan aku dah ada di sana, dia dah buat. aku pi sembang ja dengan dia. kawan aku, kena call bahagian ketua jabatan, dato'2..sekali tu dia kena marah dengan sorang dato tu.masa bila hantaq surat, tak dapat pun,yang sorang lagi plak kata kat dia, ni dah 3 kali tepon. tepon pa kerap sangat?aiseyyy kawan aku baru kali tu tepon dah kena sembuq..sian dia..
petang tu ada rehersal sampai ke malam. malam, pihak protokol dari pejaabt agama mai untuk nak tengok betoi ka tak betoi cara nak sambut orang istana. setel semua pukoi 10 lebh. sampai di rumah ada la kot pukoi 1 pagi.rest satu hari, esok pi plak. ni yang betoi punya kejadian, bukan main2 dah..huihhhh penat ooo.

Nak Berbisnes Online

seriusly, ni dream aku. nak berniaga online. aku ada jumpa 2 ,3 orang yang memang berjaya dengan cara macam ni. ada petua dan tips yang aku boleh aplikasikan? tolong bantu yer..apa produk yang sesuai?marketing strategy dsb..

Makan Makan Family

 
 
acara makan-makan bersama keluarga sebelah asben sempena besday Ain.
menu makanan :
ikan siakap 3 rasa 2 ekor
siakap stim 1 ekor
sup tulang semangkuk
som tam 3 piring
telur dadar 3 biji
udang salut tepung 2 pinggan
tomyam campur 3 mangkuk
jus oren sejaug
jus tembikai sejug
barli suam 1 gelas
nescafe tarik 2 gelas kecik
 
total ?
 
"
"
"
"
"
"
"
"
 
rm 195..diskaun rm5 jadi rm 190...murah dak?


Makan , Makan dan Makan Lagiiii


 
nasi goreng apa ntah, dah lupa


 
oblong kambing special

 
mi hailam.. my feveret

 
kuey teow tomyam selalu hidang dalam mangkuk..kali ni dalam pinggan

 
muka boring tunggu hujan berenti
 
masa ni,kami ada rehersal untuk majlis tilawah al-quran peringkat kebangsan di Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah. petang tu, elok lepas makan, hujan turun dengan lebatttttttnya. terangkat khemah yang kami dah pasang. actually, bukan aku, orang lain la. aku dan kawan2 pi untuk nak belajaq sambut tetamu vip dan vvip. paling vvip dalam majlis ni ialah Tengku Temenggong Kedah. semua makanan tu dijual dalam kawasan masjid. oblong kambing tu memang best. ingat malam tu nak beli lagi untuk asben aku, dah tutup la plak..aduhaiiii kempunan..rega not bad, special oblong kambing rm6.50..arghhhh teringat oblong kambing nih..