Sunday, 23 September 2012

Bila Kerajinan Melanda


 bila mood rajin melanda, apa nak dikata. tambahan plak, nak menghabiskan bahan2 yang ada. kalu tak membazir je plak..kali ni aku nak buat mix muffin coklat..


bahan2nya :
minyak jagung 200 gm
telur 4 biji
air 50 gm
tepung mix muffin (aku beli kat kedai kek)



aku potong coklat bar kecik2 untuk nak dimasukkan ke dalam muffin nanti.  niat sebenar nak habiskan coklat bar yang dah lama aku beli.

Cara buat :
campur semua bahan tadi dan putar pada kelajuan 1 selama 5 minit. dah sebati elok, ceduk je boh dlaam cup..veeeery the senang nak buat.cuma yang malasnyer nak kemas balik barang yang dah guna, mixer, mangkuk tu je la. bakar pada suhu 190 darjah celcius dan masanya 20 minit.


ini le rupa muffinnyer..aku dah lama tak buat, lupa plak sukatan kena boh dalam cup tu. patutnya boh separuh jer adunan dalam cup tapi aku p boh sampai penuh, bila masak, akan naik melimpah le.sungguh tak comey muffin tuh.yang aku tunjuk nih yang agak comey..tapi, tak comey pun habis gak le sebab aku dah bagi kat mak lang mohsin.dapat pun sikit jer dalam 18 biji jer..tidak boleh dapat lebih lagi..tak pa, nanti kita buat lain..

Sekali Sekala Jer


tengahari kelmarin, aku tak tau nak makan kat na dan plak rasa cam nak perabis duit yang mana ada sebab nak gaji lagi 2 3 hari, aku dengan semangatnya plan le dengan kawan aku nak g secret recipe. Jumaat lepas aku dah pi sana , beli kek 2 potong, bukan 2 biji, kalu 2 biji, confirmn aku kena minta pinjam dengan mak mertua aku sementara nak gaji plak..so, sedar diri duit ada sikit jer, aku beli kek 2 potong, share 3 orang..laki aku dengan mak mertua aku makan sikit jer..yang banyak aku ler..anak aku tak sentuh langsung kek tu. tak pe, kecik2 tak elok makan manis..


aku pergi pun sebab tahu, depa ada lunch set.sekarang ni banyak fast food dah ada lunch set.jimat le sikit kalu nak beli satu satu rega lain tak cam ofer, mahai sikit. kat sini ada 3 je lunch set dia, mi kari, grilled chicken black pepper dan thai seafood spageti. cadang nak amik spageti, tapi cam dah biasa buat spageti, amik ayam dan nasi le, sebab grilled chicken tu skali dengan nasi. ok..bagi le 2 set ayam tu. 


satu set rega rm 16.00 + ice lemon tea..kalu p makan dengan laki aku, dia tak bleh amik air ni sebab ada lemon, diakan tak bleh makan atau minum makanan yang berlimau. orang kalu pernah kena santau itu le pantangnya. depa served air dulu..ok, taste not bad..sedap. aku tak tengok le plak rega kalu order air saja, tapi rasanya rm 5.00 ++.


aku g makan dengan minah ni le..


sebelum grilled ayam sampai, depa bagi keropok ni dulu.free. boleh le kunyah pelan2 sebelum main menu mai..tak tanya plak keropok apa.belasah jer.


yuhuuuuu ni le yang kami order.ada jagung, ayam dan nasi..seeeedap..kalu tak sedap memang aku komplain.bayar mahai, tapi makanan tak sedap.nasib nasi ko sedap secret recipe..nanti ada pitis lebih kami mai lagi..kita bleh pekena kek plak..cadangnya aku nak g petang.sepotong kek dapat secawan kopi atau teh percuma..nanti le aku pi, kalu tak bersalin lagi le, aku pun tengah menghitung hari jer nih...


saja je aku amik gambar buku menu nih. tak belek sangat pun sebab dah tau nak order apa..kalau tak amik set mahai le sikit kena bayar..biasa yang set ni dah murah dah sikit..

total kami makan kelmarin : 2 set lunch B - rm 32.00
                                                   servc charge - rm    3.20
                                                     govt tax   -rm 1.92

                                               total  : rm 37.10



Tuesday, 18 September 2012

Sedap Le Sangat


aku tak berapa suka makan kat foodcourt. sebabnya, selalu masakan tak sedap.rega mahal. tak padan dengan rega depa caj.harapkan makan tempat beraircon jer.bila kawan aku ajak makan kat foodcourt nih, aku ikut je la dah dia slalu makan kat sini dan sedap dia kata.try je la.tak sedap tak payah mai makan dah.pastu kita cakap kat kawan, masakan tak sedap.bleh buat gitu?? tak baik kan..mulut jahat..


ni bihun sup yang aku order.semangkuk rm 5.00.i admit le, sedap nih..banyak pun banyak bihunnyer.
milo dia jer manis bebenor..slalu makan bleh kena kencing manis kalu gini. kan kerajaan tengah kempen kurangkan minuman atau makanan yang manis..tak ikut le tu kedai nih..hehehhehe


ni kawan aku yang rekemenkan kedai nih..dia makan kuey teow sup..harga sama, rasa pun off course le sama.yang beza cuma bihun dengan kuey teow jer..
 overall, aku puas hati le makan kat foodcourt Tesco Kulim nih.sapa2 nak makan bihun sup, mai la sini.

Bila Dah Rajin


boring plak rasanya cuti. tak tahu nak buat apa..buka kabinet dapur nampak le biskut meri yang dah lama beli, tapi tak buat apa pun.buka peti ais, nampak le buttercup yang dah laaaaama aku beli..nasib le tak expired lagi..tunggu hujung tahun ni, pakai masuk tong sampah ler..mood pun tengah rajin, aku pun buat le Kek Batik. Kek ni aku selalu buat dulu. Cikgu aku ngajar.senang jer sebenarnya, tapi dah lama tak buat bertahun-tahun dah, lupa dah pun resepinyer. Nasib le ada teknologi canggih nih, aku pun cari le kat cik mat gebu nih. aku buat ikut resepi tu ler.




Ingredientsnya ialah :

telur 2 biji
serbuk koko dalam 2 camca
biskut meri sepeket
esen vanila
susu pekat tak penuh cawan, 3/4
air setengah cawan
butter 125 gm
milo setengah cawan

ada yang aku kurang, tambah sikit dari resepi asal, tapi basic bahan aku amik kat cik mat ler.

cara nak buat :

campur semua bahan dalam mangkuk kecuali butter dan biskut meri
kacau sikit bagi sebati
masakkan atas api kecil , sebelum tu masukkan butter
bila dah pekat sikit, boh biskut meri
kacau sampai sebati
tutup api

masukkan le dalam bekas, sebelum tu lapik le bekas dengan plastik ke, aluminium ker, kan apa, nanti senang nak keluarkan dari bekas. letak dalam peti ais.

senangkan?? gambar dah siap tak amik. gambar bahan je ado..heheheh


HAMPA BUKAN HAMPESSS

aku suka benor dengan lagu nih..mula2 dengar dulu aku ingat lagu sapa la..rupanya lagu To'Ki..apa dah jadi dengan penyanyi tu kan??apa dia buat sekarang..aku mula dengar lagu ni masa tahun 2008. ingat lagu baru masa tu, tapi lagu lama..


HAMPA

Ku ditinggal senja
Malam menghampiri
Sendiri ku dalam menanti
Segera oh angin sampaikan rinduku
Terlupakah kau pada janjimu
Ketika bersama rindu bergelora
Perpisahan menikam jiwa
Kau pandai mengusik kau pandai mengoda
Kini diriku yang kau tinggalkan begitu saja
Apakah ertinya ucapan manismu
Kau merinduiku
Mungkin hanya aku
Yang membiarkanmu menipu diriku

Korus

Biar luka menyiksa jiwa
Biar kasih tak kunjung tiba
Kerna pada hakikatnya diriku kau persenda
Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa…
Di malam yang sunyi
Sepi menyendiri
Ku hulur dan menyusun jari
Ku pohon kau ubatikanlah rinduku
Bayang kasih dalam mimpiku
Menikam kalbu…

Korus

Biar kasih menyiksa jiwa
Biar ku yang mengemis cinta
Kerna sejak dari mula
Diriku yang tergoda
Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa…
Oh… oh… oh


nak kata ada kaitan dengan aku, ada la sikit2..feeling gak lagu nih..

Why Maybank Should Give Me tickets To Legoland







ish korang pernah dengar tak Legoland?? aku secara jujurnya tak pernah dengar pun sebelum nih, masa tengah hangat nak bina Legoland di Malaysia, di Nusajaya tu je aku first time dengar..aku pun pelik, apa yang bestnya Legoland..maklum ler, aku bukannya kaki berjalan, baca paper pun bukannya aku baca sangat bab makan angin nih..daripada apa yang aku search dalam internet le (sekarangkan semuanya di hujung jari), Legoland ni ada 7 bahagian. (maaf le kalu silap) aku bukan pernah pergi pun, kalu dapat tiket free ni aku pi la.
Lluasnya 76 ekar..huihhh luasnyer...kena stamina yang kuat ni kalu nak gi makan angin kat sini. bahagian yang ada ialah : Lego Kingdom, Imagination, Land Of Adventure, Miniland, Lego @City, Lego@Technic dan lupa plak, mesti le ada permulaannya kan, The Beginning. Kat luar negara dah ada Legoland ni dan di Asia ni yang pertama dan yang keenam di dunia. Kira hebat gak la negara kita sebab ada Legoland. Taman Tema yang popular di dunia.




Berbalik kepada tajuknya, kalu Maybank bagi tiket kat aku, bleh le aku pergi sana, sebab nak membeli tiket sendiri, ish pikir banyak kali pun tak lepas tau.Dewasa, RM 140.00 aku dengan laki aku, dengan mak mertua aku lagi dah jadi kosnya RM 420.00. nasib baik le anak aku tak cukup lagi 3 tahun. Baru 2 tahun..tak kena bayar kan???cuba korang bayangkan, aku yang berpendapatan rendah ni nak masuk situ, ish tak mampu ler teman. duit tu baik teman guna untuk belanja beli barang anak.susu, lampin. tu belum kira lagi kos nak ke sana. dari Utara ke Selatan tau..aku stay kat Kulim, Kedah, nak gi sana, kos minyak, kos penginapan, makan minum.kalu tiket dah free, jimat le sikit kan?? (actually, jimat banyak sebenarnya).

tak dapat le aku bayangkan, kalu dapat gi sana, aku nak le main semua game yang ada.nak rasa seronoknya bermain di Legoland.sebabnya, bila baca kat paper atau tengok komen kat blog orang yang dah pergi..best giler katanya..contohnya komen kat kak merah nih dan kat sini jugak . baca pengalaman depa berdua membuatkan hatiku memberontak nak pergi..tu yang aku kuatkan semangat nak join contest nih..menang ke tidak, belakang kira la kan, janji kita mencuba..cam orang tua-tua kata, untung sabut timbul, untung batu tenggelam..aku nak le timbul, baru orang nampak kan kan??

Last but not least, aku akhiri dengan pantun nih,,jenuh le memikirkan nak buat pantun nih.

cantik sungguh si rama-rama,
hinggap sekejap di kelopak bunga,
pasti gembira melawat Legoland, taman tema,
yang menjadi sebutan seluruh negara.

lambang harimau, gagah perkasa,
menjadi raja di hutan rimba,
kami berasa sungguh gembira,
kalau Maybank sudi bagi tiket percuma.

caucincauuu.......

Sunday, 16 September 2012

Jamuan Raya AADK Kulim

hampir ke penghujung Syawal, baru le kami berpeluang mengadakan rumah terbuka untuk kakitangan, klien dan jabatan-jabatan kerajaan. walaupun bajet ciput, tapi dengan kerjasama, sepakat kami berjaya juga mengadakan jamuan yang boleh diadakan agak mewah dengan makanan..yang tak habis, tapau bawa balik ler..kehadiran jemputan boleh tahan ramainya..Alhamdulillah, walaupun masa yang suntuk tapi semua dapat dijemput. kita tengok gambar-gambar sepanjang majlis yer..


Banner Hari Raya



 geng pompuan kat dapur kena kerah potong buah untuk rojak


tak sempat nak bakar pasta bakar kat rumah, mai bakar kat Rumah Komuniti..sib baik ada yang bleh bawa oven mai sini.


tengah nak siapkan sound system.nanti nak pasang lagu raya,nak buat ucapan lagi.kena ada le orang yang tolong incas benda nih.


persiapan tempat sedang rancak dijalankan


 ruang dalam, tempat untuk jemputan dari jabatan2 kerajaan. kat luar untuk klien dan keluarga. nak makan kat dalam semua, tempat kecik.

ni le hasilnya, pasta bakar.seeedap..thx to Halini sebab rajin buat untuk jamuan hari tu.


sepeket kecik boleh hasilkan 3 bekas cam ni..kira banyka gak la dapatkan??


 habis potong buah, kena potong nasi himpit plak..kuah kacangnya sungggguh sedap. yang ni mak Mira (staff AADK) yang buat.Kuah rojak pun mak dia buat..marvellous..


me with Pengerusi Mawadah..kak Zi, kerja kat pejabat loyer..anything about law ke, agreement ka, can contact her.



main dishes for that day..prepared by Mawadah group..they are very marvellous, hardworking, gv full comitment and not calculative. bangga aku dengan depa nih.


man behind the program..yang baju kelabu tuh..en Roshidi. yang baju hijau tu En Din.


klien dah mula datang..ramai gak yang boleh attend majlis nih.


no speech speech..cukup time, boleh makan.ni program raya, bukan program pemulihan..jamuan ni pun untuk depa gak..makan je banyak mana boleh sumbat..janji kenyang..


staff yang incas bab makan. yang main dishes tobat le kena jaga. kang tak cukup plak.


lemang dan nasi himpit..rendang ni memang sedap..lemang dan ketupat pun sedap..ada jagung lagi dalam ketupat tu..


nasi impit, kuah kacang, dan rojak..licin oii end of the program.




yang ni makanan sampingan..suma nih, kami tak beli, dibawa oleh geng Mawadah. kami tak bayar pun.sukarela nak bawa.sorang bawa sikit, bila kumpul, jadi banyak ler..



laksa yang sedap.isi ikan memang banyak.kiranya tak kedekut la nak boh ikan banyak2.kan kekadang tu kuah cair je, ni tak pekat, sedap..pandai orang ni buat.again, FOC.