Sunday, 19 March 2017

Kereta Lama Buat Hal

aku sebenarnya dah juai keta myvi aku. aku beli kancil lama, tahun 1996. keta tu kuaq masa aku tingkatan 4. lama dah kan, sekarang aku dah 37 tahun. keta tu semuanya lama stail. ye la, tengok tahun kuaq la kan. tingkap kena pusing, sensor reverse takdak, kalau tak tutup lampu pun takdak signal bunyi. semuanya la old style. mula2 aku beli, aku ingat meter minyak rosak sebab boh rm10 meter tak gerak, adoiii jem..camna nak trace minyak kurang nih. padahai aku lupa minyak seliter rm2.30. bukannya rega minyak masa aku beli kancil tahun 2006 hari tu, seliter baru singgit lebih. 

alkisah yang pertama, aku boh rm10, aku naik keta, hantaq anak pi rumah pengasuh, pi balik 16km, dari rumah pi srinpek, aku rasa dalam 15 km pi balik, pi cch, pi srinpek lagi amik anak tuisyen, pi taman tiram amik anak, lastly, keta stop depan cmart dekat mcdonald kulim.berpanas aku dalam keta tu dengan mohsin dan anak yang kecik. bikin aku panas. cut it short, sebab minyak. so, salah aku sebab dengan km yang lebih dari 50km, aku harap rm20 minyak mampu aku bawa keta untuk 2 hari,hahahaha padan muka aku.

alkisah yang kedua, aku start keta, awat keta aku gegaq teruk sangat. punya kuat gegaq, especially bila aku nak reverse. mula2 aku ingat biasa, rupanya masa otw nak ke rumah pengasuh aikkkk dah lain macam..tekan minyak macam tak masuk ja minyak tu. kebetulan, minyak dah E..eh nak habis minyak kot jadi camni. aku singgah stesen minyak. ngam ngam berenti dekat pam, enjin mati sendiri. 3 kali jadi camtu, kalau aku stop kat trafik light, gegaq lagi kuat. cut it short, tak bleh on econ, boleh bagi mati enjin..aku bawa keta tanpa econ baru tak gegaq dan tak mati enjin. bawa pi kedai yang selalau aku pi, dia tukaq cable denganmacam penapis tu.kena rm55. baru ok...

alkisah yang ketiga..aku pi pekan kulim, nak tukaq barang kemas, rantai tangan aku yang kecik dan kosong tu,aku pi kedai yang selalu aku pi, kedai emas delima. aku amik rantai tangan baru, moden sikit patennya. rm 1388.. tolak rantai tangan yang kosong tu dapat rn 1378..aku tambah rm10 ja la. berat rantai tangan ni 6.22 gm dengan harga emas rm181.campur upah dengan gst dapat la rega cam kat atas tu.
setel kat kedai, nak start enjin keta, senyap sunyi keta aku.adoiii apa hal plak nih..dah la kering. rupanya, bateri kong. tepon la kawan2 opis, mai la en mi dan ad..depa pi cr kedai bateri. nak dijadikan lebih tragis, hujan turun dengan lebat. hahahaha lawak.. depa pun tukaq bateri dalam hujan dengan aku pi pinjam payung dari kedai emas tu la. kena bayaq rm 140..harga asal rm160 tolak bateri lama rm20. alhamdulillah, kawan kawan membantu. setakat ni, apa yang terjadi memang kawan2 la yang tolong. syukur, ada kawan2 yang baik camni walaupun ada gak tak semua camtu..banyak yang elok dari tak elok, so, pejam mata terima saja.
hari ni, keta ku berbateri baru dan aku ber rantai tangan baru..

No comments: