korang ada menyimpan dengan ptptn tak? under sspn i plus. bagus gak kalau hampa menabung kat sini sebab pembayar akan dapat perlindungan insuran. not bad la coverage dia, walaupun seciput ja kita sumbangkan. aku baru bukak untuk anak sulung, yang no dua dengan tiga belum lagi. min simpanan sebulan rm30. dalam rm30 tu, rm10 adalah untuk takaful. kiranya, banyak mana kau simpan, rm10 tetap ditolak untuk takaful. apa yang dicover ialah pampasan untuk kematian, hilang upaya, sakit kritikal dan elaun spital. elaun spital ni sikit ja.rm20 semalam. macam takdak apa kan, tapi ok la sebab rm10 ja yang disumbangkan untuk takaful. kalau nak banyak dapat pampasan, sila la hubungi aku, amik insuran dengan aku. yang tu kau boleh dapat elaun spital rm 100 paling sikit. nak banyak lagi pun boleh tapi premium mau tinggi la. sebenarnya, matlamat ptptn ni nak galakkan tabungan, nanti nak belajaq tak la pening pala nak cekau duit kan?aku pun peminjam ptptn. aku bayaq bulan, potong gaji. gatai aku ni, dulu kalau aku bayaq sikit2 pun tak kena buat potongan gaji tapi dah dasar pemalas, aku sat bayaq sat dak, lepas tu hujung tahun lepas, bila ptptn nak buat potongan ikut suka baru la terhegeh hegeh isi borang. ha amik kau, baru kelam kabut. kalau tak isi borang depa akan potong ikut suka hati. kawan aku kata, kawan dia kena sampai rm400.nak makan apa kalau kena potong sebulan banyak tu. so, baik la simpan sikit sikit. campuq dengan simpanan yang berinsuran kalau sapa yang amik, boleh la cover cover sikit. ke depan kedepan ni, kos akan lagi tinggi, sekarang pun dah tinggi, apatah lagi tahun tahun akan datang. meh la nyimpan dari membazir..tapi kalau dah nak simpan pun takdak celah dah, apakan daya.. itu lain crita..
No comments:
Post a Comment