Monday, 15 May 2017

Bertangguh Ja

patutnya, 7.5.17 hari ahad hari tu, aku kena masuk wad untuk nak buat operation batu dalam hempedu.tapi aku kansel sebab anak aku yang kecik jadi apa ntah, naik bintik bintik kecik kat badan, macam campak kecik atau orang tua pangge sekam tapi bila pi kat doktor, doktor kata bukan. jadinya aku terpaksa kensel sebab anak aku dok merengek, teriak ja. takkan nak tinggai kat laki aku camtu, dia nak jaga lagi dua orang anak kot. aku pun tak tau nak stay kat wad berapa lama, so, baik kansel ja. nak hantaq kat pengasuh pun macam tak sampai hati. macam menyusahkan depa ja walaupun pengasuh tu mak menakan dia ja. kronologi anak kes anak aku nih :
4.5.17 - khamis
mak sedara dia dah bgtau ada naik bijik bijik merah di kepala, kat muka ada sikit. aku ok ja, mungkin ruam.
6.5.17 - jumaat
aku bawa pi spital kulim. wad kecemasan, doktor kata alergi. anak aku makan apa sebab yang aku tau makanan dia sama ja. tak tukaq. kot tukaq cadar ka sabun mandi ka, sama ja.
dia bagi ubat alergi. sukatan 15 ml..aihhhh banyaknya utk budak yang umur 11 bulan. so, aku tepon tanya balik doktor. jawapannya, memang betul sebab tak pekat.
aku bagi makan malam tu ja..
7.5.2017 - ahad
aku bawa pi klinik taman selasih sebab aku tengok koi naik banyak biji sampai satu badan. kat muka jadi berkeruping. kat hidung terutamanya. macam ruping kudis. kat kepala macam kelemumur yang banyakkkk sangat. tebai.
doktor kata, jangkitan virus tapi tak tau virus apa. aku confirmkan kot kot campak, bukan doktor kata. aku mintak surat sebab aku nak kena jaga dia. lagipun boleh berjangkit dia kata benda ni. dia bagi aku mc 4 hari..best dapat mc tapi tak best anak sakit. anak aku aktif dan tak demam. alhamdulillah. kalau tak lagi kalut.
8.5.2017 - isnin
aku bawa anak pi jumpa pakar di klinik pakar kanak kanak kulim. sebab? aku macam tak confident ja dengan ubat dokotr kerajaan. phuii..eksyen. doktor tu kata, ubat yang klinik kerajaan bagi tu dah betoi dah..dia pun tak bagi ubat tambahan kecuali untuk putih putih dalam mulut ja. dia cadangkan masuk wad untuk on antibiotik, aku kata, takpa, dokotr bagi surat dulu, sy tunggu sampai hari rabu,kalau tak ok, saya akan pi sebab saya akan pastikan anak saya makan ubat dengan sukatan yang betul. so, ok, amik ja surat dulu. 

balik rumah aku bagi makan ubat cantik punya, alhamdulillah. sekarang dah ok cuma ada sikit lagi macam mengelupas di kaki. tu ja, nanti ok lah tu...

kesimpulannya..eh eh ok gak ubat kerajaan nih...
then, aku punya operation, kalau sakit baru aku pi spital..atau after raya baru pikiaq nak pi buat kat swasta.

No comments: