haii... sihatkan makanan yang aku buat ni. kalau orang diet memang sesuai kot makan nih. ish bukan nak puji tapi sedappp la sangat. weiii puji diri sendiri k..nak sediakan pun simple ja. mission wrap beli ja kat supermarket. ada banyak jenis perasa, bawang putih, ori dan apa lagi ntah. aku tak pernah fix perisa dia..amik ja yang mana bekenan. actually, aku kenai benda ni dari sorang blogger tu. aku ubah suai sikit la bahan bahan nak boh dalam tu. ala makanan kan dia ikut kreatif gak.
bahan bahan untuk inti :
tomato dan bawang besar dipotong dadu dan digoreng sehingga layu
(banyak mana bawang dan tomato, ikut suka)
isi ayam diperap dengan bawang putih, minyak, lada hitam dan serbuk kari
(boleh juga ditambah yogurt. resepi asai guna yogurt tp aku tak boh sebab kalau tak hbs guna yogurt tak tahan lama)
mayonis dan sos
daun salad
karrot yang dipotong memanjang
timun yang dipotong memanjang
mission tu dibakar dalam 2 minit sahaja atas frying pan. 1 minit untk sebelah.
setel dibakar, sapu la mayonis dan sos, alaskan dengan salad, timun dan karot, isi ayam dan tomato + bawang
gulungkan dan potong di tengah tengah
yang aku buat, first tak bleh gulung sebab terlalu banyak bahan. so, ngap ja la tebai tebai tu pun. aku memang masak apa pun suka bahan yang banyak. baru puas makan.
confirm sekeping ja dah kenyang. aku biasa makan 2 keping. itu pun dah rasa teramat kenyang k..
selamat mencuba
No comments:
Post a Comment