hmmm sapa tak nak beli barang dengan rega murah? aku pun tak terkecuali dalam bab ni. dan aku berkali kali kena ingatkan diri aku, kualiti yang kita cari bukan harga murah yang kita cari. sebab, aku ada beberapa contoh yang terjadi pada aku sendiri. walaupun barang tu tak mahai mana tapi tetap beli dengan duit kan?
contoh pertama :
aku beli kotak pensel. nak murah punya pasai, aku pi beli di kedai barang murah. nama rahsia. kedai tagline 2rm.nak bagi anak hepi tapi duit masa tu tak jenuh sangat. padahai berapa ja pun beza harga tu. aku beli hari ni, esok dah rosak. zip dah tercabut. tengok, beli dua biji, dua biji rosak. kalau aku up sikit rm, mungkin boleh beli yang mahai sikit dan tahan lama. alah bekas pencil yang aku beli kat cmart rm5 lebih ja pun, tahan sampai sekarang.
contoh kedua :
tudung. nak beli tudung mahai sikit rasa mahainyaaa. padahai beza tak sampai rm10. aku beli la selai tudung awning lembut tu. kaler tak berapa nak in tapi nak murah punya pasai aku beli jugak. lastly, bila pakai nampak cam makcik makcik la plak. bajet muka model, pakai buruk pun cantik. haaa amik kau. beli lagi selai tudung. kali ni kaler cantik tpi kain tak kualiti. hancus..
oleh itu, sedarlah kawan kawan, kualiti tidak boleh dibuat main. alah membeli menang memakai..
pengajaran untuk diri sendiri.. cari yang berkualiti, bukannya beli barang mahai sangat pun..
No comments:
Post a Comment