Wednesday, 11 October 2017

Cameron Highland

sebetulnya, plan nak ke Cameron ni dah lama. kami ni memang kalau plan nak pi mana mana memang la amik masa. plan berbulan baru bleh pi. tu dalam Malaysia, aku rasa, kalau pi oversea mau bertahun plan.⌣😼 jadinya, kami plan punya plan, pi lah kami pada 6 October hari tu. bertolak awai pagi lepas Subuh. Mohsin dan Ain mandi siap siap, bawa bekai roti dengan air kotak. yang si kecik tu pun aku angkut masuk dalam keta ja. dia dok lena lagi, senang la sikit. sebab yg kecik tu buas ooo.. tak mau dok dalam keta. perjalanan kami berjalan lancar, singgah isi minyak di Bukit Gantang dan masa tu, Mukhlis dah jaga. tapi kami tak bagi dia mandi kat situ sebab awai lagi. hujan plak tu. sejuk gedi rasanya ayaq tu. kami berenti untuk mandikan Muklis di R&R Sg Perak. kat situ memang ada tempat mandi tapi kalau mandi guna shower, dengan aku sekali mandi. so, masuk dalam family room, bagi mandi ja dengan ayaq paip. sejuk ngat aih. bagi basah badan ja pun. setel, kami teruskan perjalanan nak pi CH. semuanya ok sehinggalah sampai ke Simpang Pulai, bergerak naik ke CH, jeng jeng jeng jeng..baru naik sikit saja, Mukhlis muntah. Ain masa tu ok lagi. naik sikit lagi, Ain muntah gak. tapi sikit ja. naik lagi ke atas, sebab dah letih muntah,Mukhlis lena. baju dengan tudung aku yang baru tu pun habis kena muntah. muntah keluaq susu, bayang tengok la bau dia. ekon tak buka, pakai angin luaq ja. sampai atas sikit dari Tringkap, Ain muntah punya lah banyak. adoiiii nasib seat belakang tu, plastik tak buang, kalau tidak, lagi la kesian kat kusyen keta tu. bertakung muntah dalam plastik tu. bertabahlah kami dengan bau muntah, dengan baju yang penuh muntah. rasanya lambatnya nak sampai CH. adoiiii napa la jalan macam ulaq kena palu nih...sampai di petronas Brinchang, terus tukaq baju Ain. awai kami sampai dalam pukui 10 lebih. check in pukui 2 ptg. mana nak pi nih? kami pun decide pi Mardi la. salah satu tempat yang ada dalam list lawatan aku. sampai kat Mardi, cuaca nampaknya gelap. hmmm nak hujan nih. harga tiket untuk dewasa rm5. kanak kanak sekolah baya anak aku rm 2.

dulu dah mai dah sini. masa tu anak belum ada.so, sekarang mai dengan anak 3. kat Mardi ni banyak la bunga bungaan yang amat besaqqq sekali. sebab tempat sejuk kan. ada kebun strawbery tapi tak bleh petik. depa petik siap siap, kita beli ja. tapi bunga bunga kat sini cantikkkk dan besaq. suka aku tengok.



bunga ros yang amat wangi. adoiiii macam nak tanam bunga ros plak kat rumah. tapi tempat nan ado. so, tengok saja k.


budak yang muntah tadi dah tukaq baju. mandi sikit ja tadi sebab sejuk sangat airnya.


aku? dengan tak pakai bedaknya sebab bedak pecah tak sempat beli masa pi CH. selekehnya aku , aku rasa.

ni gambaq Ladang Teh Boh, Sg Palas. kena masuk ke dalam tu. jauhhhh dan jalannya kecik. jenuh berenti la sebab selisih dengan keta dan bas sekolah. adoiii letih.


ni pokok menjalar yang ada kat Mardi. cantik la,bergayutan ja nampak. sangat cantik. nama pokok ni lady shoes apa ntah.lupa. tapi memang cntik.


sedang menikmati aiskrim yang dibelanja oleh sepupu asben aku yang kerja di Mardi. aku kenai sorang ja, nama abng meon, dok call dia tak dpt dapat. tidak boleh la pi rumah dia. dia kerja dengan MDCH.

masa ni hujan dah renyai renyai. cuaca memang hujan sedia di sana. sehari sebelum aku pi, hujan punya la lebat.


ni namanya African Clockwise. tak pernah jumpa ni. first time jumpa di CH. kosong ja yang hijau tu. ada duri duri halus. 


strawbery petik sendiri di EQ Strawbery Farm. 500gm rm30. cara nak petik strawbery senang ja. jangan pegang buah, pegang tangkai then gunting. mungkin sebab hari aku pi tu hari Jumaat, depa bagi masuk 4 lorong saja. punya besaq ladang tu, 4 lorong saja kami boleh masuk. nak dok lama mana pun takpa,janji kutip bagi penuh tu ja. kalau masuk satu keluarga 5 orang mcm aku, kn bayaq rm60 tapi asben dengan yang kecik tak masuk, jdnya bayaq rm30 ja.
aku rasa dapat la dalam 40 biji. kalau kutip yang besaq dapat sikit la. lebih 500 gm, bayaq la lebih. aku masuk ni sebab nak bagi experience kutip buah kat anak aku ja pun. banyak ladang strawbery kat sini. caj pun sama kot. sebelum aku pi EQ ni, aku pi Kasimanis. lagi ketat peraturan dia. boleh masuk 2 orang ja. kalau masuk ramai2 , anak anak dok diam. anak anak dok diam? tau ka budak dok diam dalam ladang tu. Kasimanis dekat dengan Smurf Inn Homestay. gila cantik homestay tu. aku tengok dari luaq ja la.


aku sorang ja makan buah ni. feeling orang kaya k.𝨿


ubi keledek madu ka nama dia. serius manis. aku beli 3 kilo. sampai ja rumah teruih rebus. pergh best. rugi tak beli banyak.
hmmm tercapai hajat nak pi CH walaupun banyak tempat aku tak pi. yang basic saja aku pi. takpa, next time tunggu anak besaq sikit pi lain. 

No comments: