Showing posts with label cameron highland. Show all posts
Showing posts with label cameron highland. Show all posts

Wednesday, 11 October 2017

Catatan Ke Cameron Highland

untuk renungan di masa akan datang, aku catatkan serba sikit apa yang aku lalui di CH.
makanan 
rasanya biasa ja. takdak yang special. strawbery coklat tu yang femes. sebab manis coklat tu. strawbery makan di sana pun masam jugak. ada la yang manis. makanan siam mcm tomyam ada ja jual kat sana. kedai makan sebelah hotel aku dok tu, kecik ja, makanan pun tak banyak pilihan, makan ja la asal kenyang. harga? mahal.

foodcourt 
punya la kotoq foodcourt yang aku pi makan tu. adoiiii takdak ka orang sapu sampah lepas orang makan. makanan berterabur. hmmm majlis daerah tak perati ka tempat nih. tu foodcourt yang dekat dengan hotel aku, yang lain tak tau la camna rupa.

hotel 
jangan tertipu dengan gambaq dalam booking ka agoda ka. dalam tu memang cantik. realiti macam rumah hantu pun ada. nasib aku tak amik yang tu sebab aku tengok macam cantik ja. bila lalu. masya Allah. serius seram. kat brinchang tu, hotel semua dekat dekat. aku stay kat Jasmine, sebelah jasmine remix, sebelah remix, pop ash, sebelah pop ash, rainbow, sebelah dia check in, parkland sebelah kiri jasmine. depan jasmine seberang jalan hotel hongkong, ish dekat dekat je. hotel titiwangsa, jauh sikit tapi parking senang sebab bangunan dia ja kat situ. aku amik Hotel Jasmine, katil double beds, bilik kecik ja. ada tuala, sabun mandi.sejadah tarak. air mineral 4 botoi depa bagi, jug ayaq panas dengan kettle. rm 178.rasa mcam mahai pun ada. tapi, aku kena sedaq diri, aku dok hotel bajet. so, reda ja k.. nak hotel betul dok la equatorial ka copthorne . tapi untuk hotel bajet aku rs mahai. dah tempat peranginan, confirm semuanya mahai.so, diam.
tempat menarik
banyak tempat menarik tapi yang aku sempat pi cuma, kebun strawbery, ladang teh boh, mardi. tempat lain, hmmm tak sempat nak pi. kalau nak santai kena dok lama kat CH. baru feel berjalan jalan cari makan. 

beli belah
sebelum sampai kat Kea Farm ada satu lagi tempat yang orang selalu berenti untuk soping . dari Brinchang, sebelum Cactus Plant. aku singgah beli keledek kat situ sekilo rm7, 3 kilo rm20.aku baik hati terbagi lebih. aku bayaq rm30 untuk 3 kilo. cerdik betui aku matematik. starwbery , 3 peket kecik rm10. peket sederhana 3 rm25. aku rasa standard ja rega ni. jagung mutiara, 5 tongkoi rm10, aku beli kat minah indon ni, dia bagi lebih setongkoi. jadinya rm10, 6 tongkoi. bunga kubis ka carrot ka 3 barang rm10. dalam dok berhati hati tu pun aku terkena jugak. sebabnya satu kedai tu juai sekilo keledek rm6. cis aku pi beli kat tempat mahai. sayur dalam pack ada 10 pack 10rm ada 7 pack rm10. ikut nasib la kedai mana yang bagi murah. baju CH, aku beli kat anak anak ja. aku dengan asben tarak. jimat cost.

itu saja catatan yang aku ingat. aku bukan jenis orang yang travel a lot. kalau orang yang suka travel details ja data depa. aku tulis apa yang aku ingat. hajat di hati cuma nak bagi anak anak rasa sejuk CH dan petik strawbery. tu ja. alhamdulillah, tercapai.



Cameron Highland

sebetulnya, plan nak ke Cameron ni dah lama. kami ni memang kalau plan nak pi mana mana memang la amik masa. plan berbulan baru bleh pi. tu dalam Malaysia, aku rasa, kalau pi oversea mau bertahun plan.⌣😼 jadinya, kami plan punya plan, pi lah kami pada 6 October hari tu. bertolak awai pagi lepas Subuh. Mohsin dan Ain mandi siap siap, bawa bekai roti dengan air kotak. yang si kecik tu pun aku angkut masuk dalam keta ja. dia dok lena lagi, senang la sikit. sebab yg kecik tu buas ooo.. tak mau dok dalam keta. perjalanan kami berjalan lancar, singgah isi minyak di Bukit Gantang dan masa tu, Mukhlis dah jaga. tapi kami tak bagi dia mandi kat situ sebab awai lagi. hujan plak tu. sejuk gedi rasanya ayaq tu. kami berenti untuk mandikan Muklis di R&R Sg Perak. kat situ memang ada tempat mandi tapi kalau mandi guna shower, dengan aku sekali mandi. so, masuk dalam family room, bagi mandi ja dengan ayaq paip. sejuk ngat aih. bagi basah badan ja pun. setel, kami teruskan perjalanan nak pi CH. semuanya ok sehinggalah sampai ke Simpang Pulai, bergerak naik ke CH, jeng jeng jeng jeng..baru naik sikit saja, Mukhlis muntah. Ain masa tu ok lagi. naik sikit lagi, Ain muntah gak. tapi sikit ja. naik lagi ke atas, sebab dah letih muntah,Mukhlis lena. baju dengan tudung aku yang baru tu pun habis kena muntah. muntah keluaq susu, bayang tengok la bau dia. ekon tak buka, pakai angin luaq ja. sampai atas sikit dari Tringkap, Ain muntah punya lah banyak. adoiiii nasib seat belakang tu, plastik tak buang, kalau tidak, lagi la kesian kat kusyen keta tu. bertakung muntah dalam plastik tu. bertabahlah kami dengan bau muntah, dengan baju yang penuh muntah. rasanya lambatnya nak sampai CH. adoiiii napa la jalan macam ulaq kena palu nih...sampai di petronas Brinchang, terus tukaq baju Ain. awai kami sampai dalam pukui 10 lebih. check in pukui 2 ptg. mana nak pi nih? kami pun decide pi Mardi la. salah satu tempat yang ada dalam list lawatan aku. sampai kat Mardi, cuaca nampaknya gelap. hmmm nak hujan nih. harga tiket untuk dewasa rm5. kanak kanak sekolah baya anak aku rm 2.

dulu dah mai dah sini. masa tu anak belum ada.so, sekarang mai dengan anak 3. kat Mardi ni banyak la bunga bungaan yang amat besaqqq sekali. sebab tempat sejuk kan. ada kebun strawbery tapi tak bleh petik. depa petik siap siap, kita beli ja. tapi bunga bunga kat sini cantikkkk dan besaq. suka aku tengok.



bunga ros yang amat wangi. adoiiii macam nak tanam bunga ros plak kat rumah. tapi tempat nan ado. so, tengok saja k.


budak yang muntah tadi dah tukaq baju. mandi sikit ja tadi sebab sejuk sangat airnya.


aku? dengan tak pakai bedaknya sebab bedak pecah tak sempat beli masa pi CH. selekehnya aku , aku rasa.

ni gambaq Ladang Teh Boh, Sg Palas. kena masuk ke dalam tu. jauhhhh dan jalannya kecik. jenuh berenti la sebab selisih dengan keta dan bas sekolah. adoiii letih.


ni pokok menjalar yang ada kat Mardi. cantik la,bergayutan ja nampak. sangat cantik. nama pokok ni lady shoes apa ntah.lupa. tapi memang cntik.


sedang menikmati aiskrim yang dibelanja oleh sepupu asben aku yang kerja di Mardi. aku kenai sorang ja, nama abng meon, dok call dia tak dpt dapat. tidak boleh la pi rumah dia. dia kerja dengan MDCH.

masa ni hujan dah renyai renyai. cuaca memang hujan sedia di sana. sehari sebelum aku pi, hujan punya la lebat.


ni namanya African Clockwise. tak pernah jumpa ni. first time jumpa di CH. kosong ja yang hijau tu. ada duri duri halus. 


strawbery petik sendiri di EQ Strawbery Farm. 500gm rm30. cara nak petik strawbery senang ja. jangan pegang buah, pegang tangkai then gunting. mungkin sebab hari aku pi tu hari Jumaat, depa bagi masuk 4 lorong saja. punya besaq ladang tu, 4 lorong saja kami boleh masuk. nak dok lama mana pun takpa,janji kutip bagi penuh tu ja. kalau masuk satu keluarga 5 orang mcm aku, kn bayaq rm60 tapi asben dengan yang kecik tak masuk, jdnya bayaq rm30 ja.
aku rasa dapat la dalam 40 biji. kalau kutip yang besaq dapat sikit la. lebih 500 gm, bayaq la lebih. aku masuk ni sebab nak bagi experience kutip buah kat anak aku ja pun. banyak ladang strawbery kat sini. caj pun sama kot. sebelum aku pi EQ ni, aku pi Kasimanis. lagi ketat peraturan dia. boleh masuk 2 orang ja. kalau masuk ramai2 , anak anak dok diam. anak anak dok diam? tau ka budak dok diam dalam ladang tu. Kasimanis dekat dengan Smurf Inn Homestay. gila cantik homestay tu. aku tengok dari luaq ja la.


aku sorang ja makan buah ni. feeling orang kaya k.𝨿


ubi keledek madu ka nama dia. serius manis. aku beli 3 kilo. sampai ja rumah teruih rebus. pergh best. rugi tak beli banyak.
hmmm tercapai hajat nak pi CH walaupun banyak tempat aku tak pi. yang basic saja aku pi. takpa, next time tunggu anak besaq sikit pi lain.