Tuesday, 16 January 2018

Aku dan Sandwich

hai kawan kawan.. aku sekarang dah juai sandwich. setiap hari aku akan letak sandwich dekat kedai kak ti putih. sebab apa pangge kak ti putih, sebab dia memang putih. albino gitu. idea juai sandwich ni wujud selepas aku buat sandwich kat anak aku hari hari. jadinya, dari aku buat kat dia aja, baik aku juai sekali. bukan banyak pun. 5 pek ja sehari. tambah yang kawan kawan order se pek dua, jadila 7 pek. se pek aku juai rm2..komisen kat kak ti, 2 kupang. jadila. nak kira modai, memang aku pun tak reti sebab , ye la, beli roti, aku makan jugak, beli salad, aku pun makan salad jugak. jadinya , aku kira yang asas saja la. roti, bekas sandwich dan inti sandwich saja. sardin ka teluq. seronok tau buat sandwich ni.

 kenapa sikit sangat? sebab market ni tak besaq. orang yang mai market ni tak seramai market di Kulim. yang tu memang ramaiiiii sangat sangat. ni kami pangge market cina sebab penjual dan pembeli banyak cina, yang melayu ni sikit ja. india pun sama, sikitttt ja. nak parking keta pun kena berebut dengan orang yang mai market. tu sebab selalu kena saman parking sebab dah takdak parking, kena la buat double line. dah kena saman sebab parking luaq kotak, nak parking dalam kotak camna dah parking penuh. selesai time market, baru la ada parking. itu la rutin kami ni ha. 

ni sawan nak masak aku dah mai nih. cadang nak buat almond london juai plak. sebab anak aku suka makan biskut tu. tengok, apa anak aku suka makan ja aku buat. pastu, juai la sikit sikit. bukan nak buat untung sangat pun. eh , lupa nak maklum, aku dah stop jadi agen insuran HLA. yang ni insuran konvensional tp ada islamic fund. bila aku pi kursus takaful, baru la aku tau beza konvensional dan takaful. sebelum ni, aku cuma tau asas yang amat simple. konvensional ibarat beli kat Tesco, ada juai barangan non halal. kita pembeli kena pilih yang halal ka haram. kalau takaful, semuaaaa yang di jual adalah halal. cam kita pi halal mart la kekdahnya. hmmm ada lagi la bezanya. tengoklah, kalau rajin, mungkin buat takaful plak. 

No comments: