itik dan ayam tinggal sereban
nasi dan dedak jadi makanan
sengketa lama kita lupakan
semoga persahabatan berkekalan
indah sungguh suasana pagi
cantik dan segar rasa di hati
kawan yang baik kita hormati
barulah persahabatan akan harmoni
berakit ke hulu, berenang ke tepian
ikhtiar kita untuk berjaya
janganlah kita makan kawan
kerana itu kawan teraniaya
aku tak pandai bab pantun, tapi gagah jugak la nak taip. alhamdulillah, selesai sudah isu yang terpendam sekian lama.
sengketa yang ada telah diselesaikan. itulah kita, adat berkawan, ada yang ok, ada yang tidak. kalau tak ok, kita betulkan tapi bergantung juga pada keadaan, ada yang boleh terima, ada yang tidak.
sebenarnya, kadang kadang berpunca daripada salah faham sebab kita mendengar cakap orang. bila dengaq cakap orang ni, maka, crita yang pendek akan jadi panjang. sudahnya, kita ni akan bercakaranlah jadinya. itu yang bahaya. biasalah manusia, ada salah dan silapnya.
alhamdulillah.. semoga kejadian yang berlaku ini akan jadi iktibar dan pedoman pada kita semua.
** ini adalah masalah kemelut yang berlaku di opis aku.
No comments:
Post a Comment