Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Tuesday, 16 January 2018

Alhamdulillah

itik dan ayam tinggal sereban
     nasi dan dedak jadi makanan
sengketa lama kita lupakan
     semoga persahabatan berkekalan

indah sungguh suasana pagi
    cantik dan segar rasa di hati
kawan yang baik kita hormati
    barulah persahabatan akan harmoni

berakit ke hulu, berenang ke tepian
   ikhtiar kita untuk berjaya
janganlah kita makan kawan
   kerana itu kawan teraniaya

aku tak pandai bab pantun, tapi gagah jugak la nak taip. alhamdulillah, selesai sudah isu yang terpendam sekian lama.
sengketa yang ada telah diselesaikan. itulah kita, adat berkawan, ada yang ok, ada yang tidak. kalau tak ok, kita betulkan tapi bergantung juga pada keadaan, ada yang boleh terima, ada yang tidak. 
sebenarnya, kadang kadang berpunca daripada salah faham sebab kita mendengar cakap orang. bila dengaq cakap orang ni, maka, crita yang pendek akan jadi panjang. sudahnya, kita ni akan bercakaranlah jadinya. itu yang bahaya. biasalah manusia, ada salah dan silapnya.
alhamdulillah.. semoga kejadian yang berlaku ini akan jadi iktibar dan pedoman pada kita semua.


** ini adalah masalah kemelut yang berlaku di opis aku.



Sunday, 3 December 2017

Berkawanlah Dengan Orang Yang Baik Baik

Betul la kata orang dulu dulu..kalau berkawan dengan org juai minyak wangi kita akan dapat bau wanginya jugak,kalau bekawan dengan orang yang sebaliknya,dapat la yang sebaliknya tu..kawan ni penting.aku ada contoh yang aku alami sendiri.masa aku kat uitm,aku bekawan dengan budak tudung labuh.depa ni,time gap class akan pi surau.semayang dhuha.aku pun ikut sekali buat dhuha.bila lama lama jadi satu habit.free ja buat dhuha.di asrama pun sama,buat bila free.tazkirah aku selalu pi..itu masa sem tu.bila sem depannya,aku dah lain kelas dan aku dah tak join depa sangat.masa tu aku dah tak buat.sekarang pun dah jarang.baru nak start balik nak buat.kenapa ye?
Sebab masa tu sekeliling aku environmentnya bagus.bila sem lain,aku bekwan dengan group lain..bukan jahat cuma tak buat yang sunat ja.buat yg perlu ja...hmmm rasa amat rugi sebab tak buat yang sunat dan sewaktu dengannya yang mana telah dijanjikan ganjaran pahala.bila umuq dah meningkat,dengaq ceramah baru la sedaq,ooo amalan blum ada nak di bawa ke sana.
Bukan budak kecik ja kena pandai pilih kawan kita yang besaq pun sama jugak..cth,kalau kita dok bekwn dengan orang yang kuat complain sana sini,kuat mengata,ada ja idea nak mengata kat orang.itu bahaya.sebab kita ni manusia.bila ada ja point kita akan rs amat la teruja nak becakap sama.masa tu diungkitnya kisah yang dulu dulu.yg dulunya orang tak tau jd tau. Kalau kita bekwan dengan org yang sentiasa berfikiran positif,maka positif lah kita..pandai pandai la na memilih kawan untuk hidup.
Kadang kadang aku rasa mcm menyesai plak bila menyampuk bila orang lain bersembang.macam menggalakkan plak.rasa besalah plak.sempena nak habis tahun ni,aku nak ubah la sikit perangai yang buruk buruk tu..cuba la jadi lebih baik dr sebelum ni.antaranya aurat,cara becakap,solat yg penting dan sedekah jariah..bagus jugak ada whatsap whatsap ni sebabnya ada meseg bagus yang dihantar.bukan tak baca,baca,tapi tak lekat di hati.aku bg contoh bab sedekah.banyak mesej bab sedekah tapi hanya dibaca sepintas lalu..ada sekali tu aku baca,barulah masuk ke hati.allahhu  akbar..teruknya aku rasa.betulla hidayah itu milik Allah...bila kita nak sedaq belum tau...

Wednesday, 20 September 2017

Apa Aku Nak Buat

heloooo..lama tak update. niat di hati nak menaip tiap tiap hari. jadikan blog sebagai diari tapi apakan daya. malas melanda. hingga membantutkan cita cita murni ku ini. aku ada satu masalah. bukan masalah sangat tapi aku dok pikiaq apa cara aku nak bagitau hal ni pada depa. begini kisahnya, dia pejabat aku ni ada aku rasakan kemurungan. sebab ada yang bermasam muka. tak berteguq sapa. aku tau pasai pa tapi nak teguq suruh berbaik tu payah. sebab dua dua kita kawan baik. tapi, aku rasa aku bukan la baik mana dengan depa yang berkrisis tu sebab ada banyak hai yang terjadi aku tak tau. tak kisah la. tp ni dah banyak hari tak berteguq sapa. makan asing asing. dulu sebiji keta kami ja. ni pasai keja la ni. pasai sorang kata dia ja dok buat reja. yang sorang lagi kata dah dia tak boleh. ada plak kawan yang pi teguq direct. jadinya, masing masing tak beralah, tak bercakap la sampai la ni. mendung ja opis aku nih.
itu la, orang tua kata, buat baik berpada pada. kawan ni, kadang baik tera mana pun, nanti ada krisis jugak. nak plak sampai bab mengungkit. aku pernah hadiah hang ni, bagi hang tu. woiii kalau sampai camtu jem ooo.. payah sebenarnya berkawan nih. sebab sedara pun kita bleh bergaduh, apa tah lagi kawan kawan kan?

Tuesday, 3 June 2014

Kawan-Kawan

kita ni hidup mesti berkawan kan?mana ada orang yang tak dak kawan..camna nak hidup. tapi kawan ni ada banyak jenis, ada yang baik sangat ,ada yang suka amik kesempatan, ada yang suka meminjam, ada yang suka menipu, ada yang pentingkan diri sendiri.. pandai - pandai la kita mencari kawan.
ada jugak kawan yang ajak kita buat jahat.contohnya, ponteng kerja, mencuri, amik dadah. dah besaq kan, pikir la apa yang baik apa yang tidak. yang ajak amik rasuah pun ada jugakkan? dulu masa aku kat U, ada sorang kawan aku ni baaaaaik sangat.sampai cam kena buli plak. ada sorang lagi kawan aku tu prihatin betul. akukan orang susah. ada plak projek nak kena buat. kena banyak pakai duit. nasib la aku ada menabung sikit-sikit. dapat la cover nak buat projek tu. kawan aku ni nama azlin, dia selalu tanya aku, ko ada duit ke Long? aku takkan nak jawab takdak. jawab la ada. masa kami kutip duit nak buat projek tu aku bagi semua duit syiling 50 sen,duit tabung aku la.
kat tempat kerja aku ni ada gak kawan yang suka berutang. utang sana, utang sini. ntahla hidup dalam utang gamaknya. aku pun tak berapa tau sangat kisah dia. dengaq ja la kawan2 crita. ada kawan yang aku kenai, bergaya kemain, asik beli baju baru ja tapikan minjam orang sedia sedia. haihhhh tengok la sekeliling kita. yang patut kita amik teladan, amikla, yang patut jadi sempadan, jadikan sempadan.
dah beso, pandai2 la pikiaq sendiri..kan kan kan



Wednesday, 19 March 2014

Terlerai Sudah Ikatan Itu...

sad news, kawan baik, masa aku dok asrama, satu dorm,satu kelas dan kami sama-sama main sukan, pendek kata sentiasa bersama.lama dah terpisah hubungan,hanya berfb ja.tu pun kadang2 la,masing-masing dah sibuk kan, dah ada keluarga. just follow status di fb ja la.tup tup, ayat di kat fb cam ada masalah tapi tak le aku bertanya..agak2 gitu la.then, update kat fb,DIVORCE..aihhh ..sampai bercerai..biaq betul..serius ka masalah depa nih..aku macam tak berapa seronok sikit sebab ayat dia kat status seolah-olah anak dapat kat laki dia.aiseyyy...jangan la macam tu.anak - anak patut dengan mak kan?biaq bercerai talak berapa pun, anak kita amik..tapi aku tak tau la.baca kat fb je..tak bertanya pun. nak tanya, kan sedih lagi pulak dia.lagipun masih baru lagi..
satu hari tu, aku pi sekolah yang aku study dulu..jumpa dengan ustazah aku dulu.rupanya, dia tau dari mula lagi kisah rumahtangga kawan aku tu..critanya, laki kawan aku tu ada perempuan lain.ni bukan yang pertama tapi dah kali KEEMPAT.aiyooo apa pasai jadi macam nih?rupanya masalah ni dah kerap berulang.dan kawan aku tu laaaaama sangat bersabar.kalau dengan perempuan yang lain, bila kawan aku mengamuk, depa akan angkat kaki, tapi yang ni, tetap berkeras nak jugak kat laki kawan aku tuh..lastly, bercerai je la..dulu masa kawan aku graduated dari U,laki dia tak bagi kerja.suruh dok rumah ja.bila dah anak 3, baru bagi kerja.nak kerja apa?dah lama dah tinggai bidang yang dia belajaq.lagipun sekarang banyak yang baru keluaq U,takkan nak amik kawan aku yang dah lama grad ni.benda yang dia belajaq pun dia dah lupa.. sekarang dia kerja kat kedai kek ja.sambil-sambil tu buat bisnes kat fb.
sian kat dia..tapi takpa, ingat satu ja benda, Allah itu ada.hanya pada dia kita berdoa dan hanya Dia saja yang dapat membantu kita.kepada perempuan yang nak sangat laki dia tu, takpa, kawin la.mungkin sekarang ni dia seronok, laki yang dia nak dia dapat,tapi belum pasti akan bahagia sampai bila..
sebagai kawan,aku mendoakan yang terbaik untuk dia..semoga tabah, kuat semangat dan berusaha keras untuk anak-anak.itu harta yang palinggggg berharga.

Sunday, 12 May 2013

Alhamdulilah..Orang Belanja

makan tengah hari kemarin kira setel la, sebab kawan aku belanja makan..dulu memang dia pernah kata nak belanja kalau dapat duit claim insuran, so, kemarin dia telah menepati janjinya. kami berempat telah sehati sejiwa memilih untuk makan di Food Court Tesco Kulim..nak makan kat kedai sebelah, ya ampun mahai nak mampuih..cam nak boikot kedai tu pun ada.tapi apakan daya, kadang-kadang terlajak la jugak perginya walaupun harganya aduhai..redha je la..ok..ni makanan yang kami makan kat situ..harga?ok lah..tak la mahai sangat sampai kita lepas beli balik bercerita kat kawan sebab tak percaya.


ni yang aku order nasi goreng paprik daging merah..harga? rm 6.50


 
ni nasi Mira..banyak betui lauk dia amik..RM 7.90


sizzling mi RM 5.20



Wednesday, 8 May 2013

aku merepek dah...

bersyukur aku sebab dah ada fb..kalau tak mesti aku tak kan jumpa dengan kawan-kawan sekolah dulu.maklum ler, masa dulu bukan ada hset pun, lain ler budak zaman sekarang, sekolah rendah dah ada hset..kadang2 canggih dari kita yang dah kerja nih..tengok anak sedara ku tu, baru umur 10 tahun dah pakai samsung s3..aku pun pakai nokis pekak jer..bila dah contact, jumpa balik, kenai balik, aku dapat rasakan la, masing-masing dah ada feel sendiri, dah ada sikap yang dulu tak ada masa kita berkawan. mungkin disebabkan faktor usia yang meningkat, faktor persekitaran, maksudnya dia stay kat bandar, aku kat kampung, dia belajar sampai U, aku takat itm jer, dia kerja besar,aku kerja kecik,gaya cakap pun dah berubah..sebelum jumpa aku beranggapan dia sama macam dulu, tapi totally different ma..yang buat aku sentap, bila aku tanya, dah daftar ngundi ker?dia jawap tak pun..napa tak daftar, nanti tak bleh ngundi..dia jawab, kalau semua nak balik kg ngundi, sapa nak kerja?aikk..tak penting ker ngundi pada dia?undi  walaupun satu akan pastikan seseorang tu kalah atau menangkan?takperla..dia dok bandar, kerja besar..diam je laa....