Showing posts with label tesco. Show all posts
Showing posts with label tesco. Show all posts

Wednesday, 23 March 2016

5 Kupang Pun Aku Tuntut

aku bukan le nak berkira sangat tapi sebagai pengguna, kita kena claim la jugak sebab hak kita kan? kemarin aku pi Tesco Kulim. aku nak beli telur burung puyuh ja pun. tapi kalau dah masuk tempat besaq macam tu, takkan lah hang masuk dalam tu, cari telur pastu teruih keluaqkan? confirm la dak. mesti rewang sana rewang sini. biasanya memang camtu la. sapa sapa pun. aku pun dah alang alang masuk ronda la kat dalam tu. pi area susu, tengok la susu dutch lady..offer sekotak 1 liter rm 4.95..tarikh tamat promosi 23.3.2016,,hari ni baru 22.3.2016..offer lagi nih. aku amik la 2 kotak..
masa nak bayaq tu, kawan aku perasan, pasaipa kat kaunter rm 5.19..sedangkan kat rak rm 4.95.. betui ka? tak perasan pun. aku chek slip..betul la. aku masuk dalam balik tengok lain kot aku silap tengok..eh eh betul la. rega kat kaunter silap. aku siap confirm dengan budak yang jaga bahagian tu lagi. 
lastly, aku pi kat customer service..sat ja pun nak setel. dapat la balik beza harga tu. 2 kotak dapat balik 50 sen. mungkin pada orang lain, 5 kupang pun nak tuntut..halal ja la. tapi aku pikiaq, kalau 1000 orang yang kena, brp banyak dah tesco dapat? memang depa tak sengaja tapi kita dah tau kena bagitau la supaya depa akan alert bab harga  ni..baru depa bleh amik action kan? so, rajin2 la tengok bil bila dah bayaq yer..

Wednesday, 16 March 2016

Membeli Belah Di Tesco

kalau sebut tesco ni, bagi aku tak setiap masa boleh beli barang kat sana. sama la macam giant atau the store. aku akan pi melawat tesco ni time ada offer. haaaa time tu kalau tak beli rugi..time lain baik pi pasaraya biasa ja. rega lagi murah dari tesco atau pasaraya besaq yang lain. aku bagi contoh..susu dutch lady yang anak aku minum tu, kat tesco rega time biasa rm 28.99.. gila nak beli kat tesco, baik aku pi beli kat pasaraya zen vista, sepeket baru rm 22. beza brp rm? dekat rm7 kot beza..ada benda lain lagi yang boleh dibeli dengan duit sebanyak tu. tu baru contoh susu, belum pampers lagi. jadi nak beli barang di tesco, pi time ada sale..masa tu memang la berbaloi baloiiiiii sangat beli.
baru ni, tesco kulim ada buat sale..memang gempaq gila sales.aku pi dengan anak aku mohsin masa hari jumaat. pukoi 8.30 aku dah ada dalam tesco. anak aku pun tak sempat mandi. bila sampai kat tesco, bayangkan baru 8.30 pagi, keta tak banyak, aku bleh parking dekattttt dengan pintu masuk. rasa hebat sangat aku rasa. sebab selalu parking jauh. set dalam fikiran nak beli susu dutch lady yang promosi sekilo rm21.99..biasa susu 900 gm ja. ni sekilo..masuklah aku dengan gembiranya. orang tak ramai..hepi hepi..dekat pintu masuk tu ada promosi susu tu la, tapi untuk umuq 2-4 tahun..anak aku guna 4-6 tahun..aiseyyyy kena tipu ka ni?aku dah rasa ralat dah..rugi mai pagi2 ni susu nak beli takdak.. aku tolak ja la troli pi bahagian lain..lalu kat bahagian susu, jumpa dengan dealaer susu.. aku saja la tnya, promosi tu untuk 2-4 ja ka dik?4-6 tahun ada dak? ada kak..satg saya amik. nasib baik la bertanya sebab aku dah pegang susu yang 900gm..ingat nak amik ja la dah yang sekilo takdak. dan nasib baik juga aku chek dengan dia yang 900 gm tu dah habis promosi..setakat 9.3.2016 ja. hari aku pi 10.3.2016..maknanay price yang kat rak tu depa tak tukaq lagi..nasib nasib tidak aku kena bayaq rega asal la..rugi oooo...yang promosi sekilo baruuuu rm21.90..aku pun heran awat depa buat camtu. maksud aku, yang 900 rm harga asal, yang sekilo harga promosi..confirm la orang amik yang promosikan? lantak la..janji aku dapat rega murah..aku amikla 7 peket buat stok untuk bulan depan..hahhaahah rasa macam aku lah orang yang berjaya save bajet..
lepas amik susu, aku pi kat bahagian kanak2..alahaiii mohsin nampak plak seluaq dalam boboiboy..aiseyyy mahainya nak..3 lai rm19.90..harga tertera di tagging tu..aku pujuk la anak aku, tak yah la amik. mahai nih..tapi mohsin nak jugak..boleh la mama, abang nak seluaq boboi boy..sian plak tapi rega tu mahai sangat..tapi, demi anak aku turutkan. walau dalam hati rasa ralat sangat dengan harga tu..takpalah, bayaq guna kupon diskaun rm5 tesco tu..save duit sikit..apa lagi aku beli? barang yang aku beli hari tu :
honey star rm 12.99
susu low fat dutch lady rm 4.99 - 2 kotak
roti gardenia rm 4.45
kordial f & n rm 6.99
drumet ayamas rm 10.99
apa lagi aku beli? dah lupa dah..tapi total aku bayaq rm 213.70..huihhh murah murah..cuba pi beli kat tesco time tak sales..mau lebih lagi aku kena bayaq..dan yang paling aku suka, seluaq dalam tu rega ja rm19.90 tapi bila scan jadi rm 5.97..ada sale rupanya..alhamdulillah..hilang rasa ralat mama..
tapi tu la, lain kali masuk tu amik pamplet yang depa letak kat depan tu sebab sales kaler pensil stabilo, 24 batang rm7.90!!!  murah tak hengat..yang tu aku tak dan nak beli. sebab aku pi 16.3.2016..kaler tu dah habis..masa pi hari tu tak ronda satu tesco..kan dah nyesal..tidak mesti anak2 aku lagi suka mewarna..hmmm takdak rezki la..(jalan sambil menunduk)..ralat lagi..
anyway, tesco memang tempat yang kita boleh soping tapi time sales..time biasa? hmmm bagi aku yang bajet sikit ni, cari la pasaraya lain..ni semua untuk jimatkan perbelanjaan..kalau yang poket tebal, mana2 tempat pun ok ja. untuk aku, kena tengok tempat dan time jugak.so, hepi soping di tesco time sales..buat la lagi sebab aku nak beli kaler pensil..hari tu tak dan..huwaaaaa nyesal..

Sunday, 12 May 2013

Alhamdulilah..Orang Belanja

makan tengah hari kemarin kira setel la, sebab kawan aku belanja makan..dulu memang dia pernah kata nak belanja kalau dapat duit claim insuran, so, kemarin dia telah menepati janjinya. kami berempat telah sehati sejiwa memilih untuk makan di Food Court Tesco Kulim..nak makan kat kedai sebelah, ya ampun mahai nak mampuih..cam nak boikot kedai tu pun ada.tapi apakan daya, kadang-kadang terlajak la jugak perginya walaupun harganya aduhai..redha je la..ok..ni makanan yang kami makan kat situ..harga?ok lah..tak la mahai sangat sampai kita lepas beli balik bercerita kat kawan sebab tak percaya.


ni yang aku order nasi goreng paprik daging merah..harga? rm 6.50


 
ni nasi Mira..banyak betui lauk dia amik..RM 7.90


sizzling mi RM 5.20



Sunday, 30 September 2012

Spending My Time

jangan main-main, boyot-boyot aku pun nak ikut lagi depa ni g beli tudung kat Giant..ada banyak kedai yang juai tudung tapi ada satu yang depa slalu pi sebab dapat tawar kaw-kaw punya..tapikan, muka salesgirl tu nampak cam tension sebab kami mintak tawar banyak kot.heeeeee nasib ler..dah ko meniagakan???kami pembeli, mesti la nak rega cantik punya.

tengah syiok pilih tudung..nak matching dengan baju lagi, nak tengok bunga kat tudung lagi

haaa yang pakai seluar tu la regular customer kedai nih..kami pilih, dia tawar.konon-konon macam dia la yang beli. padahai dia tolong kami jer.

deretan brooch kalu nak beli, senang, dah beli tudung beli brooch.siap semua skali..sonang ja kan?tapi tak banyak pilihan sangat le.skang ni orang suka yang silver kot sebab banyak yang silver..tak berkenan aku.

tak habis pilih lagi, pegang letak, pegang letak, mana nak amik..rushing nih, time rehat la kan..sejam jer ada. kena la cepat, kalu lambat, nanti bos tunggu depan pintu pejabat..naya tuh

cantik-cantik le tudung kat kedai nih. nak beli pun dok tunggu hari jer nak bersalin..sabarlah wahai hati.

ni nama butiknya..muda lagi owner dia. Butik Qaleesya..mungkin dia tengok cita Qaleesya kat Astro kot.


dah selesai beli tudung, kami dengan cepat dan pantas ke Tesco plak.aku nak makan nasi goreng pataya paprik..nak kau, gabung 2 skali, biasa orang makan nasi pataya, nasi paprik, ni depa gabung 2. aku dengaq cam best jer, nak le try.ada juai kat Tesco Kulim. ni le rupa nasinya..taste ok, tapi nasi ciput ler.kos rm 6.50 sepinggan..yang slacknya, nasi sikit jer..hmmm tak puas makan nih.


ni tomyam kueh teow Farhah. rasa ok.sepinggan rm 5.00. bukan nak puji, makanan kat food court Tesco nih sedap..rega pun ok la..mana2 foodcourt rega cam tu la.
 ni sizzling mi yang aku order.haaa aku kan kata nasi tu sikit, jadi aku order sizzling mi plak plus telur. rasa lapar betul..ish cam tak caya aku makan 2 makanan sekali gus.tingin punya pasai, bantai je la. aku yang bayar bukan orang belanja.

sandal baru beli kat Giant.. sandal pun takde aku nih.amik le satu sementara ada sale.buat pakai kat rumah.


ni sandal yang aku silap beli.perasan kaki kecik padahal kaki besar + bengkak lagi.muat memang muat tapi bila berjalan tak sedap plak..simpan je la tunggu lepas bersalin baru pakai.