Sunday, 3 December 2017

Berkawanlah Dengan Orang Yang Baik Baik

Betul la kata orang dulu dulu..kalau berkawan dengan org juai minyak wangi kita akan dapat bau wanginya jugak,kalau bekawan dengan orang yang sebaliknya,dapat la yang sebaliknya tu..kawan ni penting.aku ada contoh yang aku alami sendiri.masa aku kat uitm,aku bekawan dengan budak tudung labuh.depa ni,time gap class akan pi surau.semayang dhuha.aku pun ikut sekali buat dhuha.bila lama lama jadi satu habit.free ja buat dhuha.di asrama pun sama,buat bila free.tazkirah aku selalu pi..itu masa sem tu.bila sem depannya,aku dah lain kelas dan aku dah tak join depa sangat.masa tu aku dah tak buat.sekarang pun dah jarang.baru nak start balik nak buat.kenapa ye?
Sebab masa tu sekeliling aku environmentnya bagus.bila sem lain,aku bekwan dengan group lain..bukan jahat cuma tak buat yang sunat ja.buat yg perlu ja...hmmm rasa amat rugi sebab tak buat yang sunat dan sewaktu dengannya yang mana telah dijanjikan ganjaran pahala.bila umuq dah meningkat,dengaq ceramah baru la sedaq,ooo amalan blum ada nak di bawa ke sana.
Bukan budak kecik ja kena pandai pilih kawan kita yang besaq pun sama jugak..cth,kalau kita dok bekwn dengan orang yang kuat complain sana sini,kuat mengata,ada ja idea nak mengata kat orang.itu bahaya.sebab kita ni manusia.bila ada ja point kita akan rs amat la teruja nak becakap sama.masa tu diungkitnya kisah yang dulu dulu.yg dulunya orang tak tau jd tau. Kalau kita bekwan dengan org yang sentiasa berfikiran positif,maka positif lah kita..pandai pandai la na memilih kawan untuk hidup.
Kadang kadang aku rasa mcm menyesai plak bila menyampuk bila orang lain bersembang.macam menggalakkan plak.rasa besalah plak.sempena nak habis tahun ni,aku nak ubah la sikit perangai yang buruk buruk tu..cuba la jadi lebih baik dr sebelum ni.antaranya aurat,cara becakap,solat yg penting dan sedekah jariah..bagus jugak ada whatsap whatsap ni sebabnya ada meseg bagus yang dihantar.bukan tak baca,baca,tapi tak lekat di hati.aku bg contoh bab sedekah.banyak mesej bab sedekah tapi hanya dibaca sepintas lalu..ada sekali tu aku baca,barulah masuk ke hati.allahhu  akbar..teruknya aku rasa.betulla hidayah itu milik Allah...bila kita nak sedaq belum tau...

No comments: