Wednesday, 29 May 2019

Hari Malas

hari malas? bukan hari ni sj, setiap hari rasa malas di bulan puasa ni. alahaiii selalunya keluaq pi sekolah sana sini, bila bulan posa, sekolah pun stop aktiviti, jdnya melemau la di opis. setel kan kerja sikit sikit. ada opis kan, siap boleh buat biskut raya lagi. dasat la depa ni. biasanya yang boleh buat camtu, jbtan yang tak melibatkan orang ramai. cthnya kerani sekolah ka, sebb time cuti sek sapa nak pi opis kan? kalau jabatan macam aku ni, jangan harap la. orang selalu datang membawa seribu masalah. 
nak bagi mood ada, apa nak buat? aku pun tak tau. tengok internet, baca blog, tengok resepi. haaa di bulan posa ni, nak masak apa waktu berbuka yang cabarannya. sebenarnya sama ja, tapi kita yang rasa macam nak kena masak special. padahai biasa ja. maklum la siang dah posa, time berbuka tu rasa nak makan yang hebat hebat la kan.
anyway, bazar ramadan memang banyak pilihan. tapi harga tu menakutkan. kadang tu sejemput ja dapat. rasa sangat tak berbaloi. rasa belum kira lagi tu. untung masak sendiri. banyak dan boleh makan berulang.
apa yang hampa masak bulan posa ni/ aku masak spageti dah berapa kali. sebb anak suka. petang ni cadangnya nak buat kuey teow la. dok google resepi. sama ja caranya. dah ponteng puasa? aku dah. lepas ni kena cepat cepat ganti, tak mau dah ganti last minit. kalut.
seperti tahun sebelumnya, persiapan raya memang simple. luckily anak pun sama jugak pesennya. simple. nasib la anak tak banyak songeh. kalau yang nak itu ini, haru gak. kita bukannya orang yang berduit. harap makan gaji ja ni. tu pun bukannya gaji banyak. kerja pun gomen pangkat rendah ja. alhamdulillah masih ada kerja.
duit claim ot ka tnt ka, simpanlah . jangan habiskan nak raya ni. raya 4 hari ja, hr lain nak kerja nak makan apa?nak isi minyak mcm mana. jangan jadikan berhutang sebagai habit. memang kawan kwn boleh bagi pinjam tapi kalau kerap sangat, kawan bukannya bank..ada jenis yang suka meminjam, lepas tu senyappp ja. ada yang bila pinjam, cepat ja bayaq, ada yang suka bayaq separuh atau sikit dulu. janji bayaq , itu yang penting. yang buat bodo tu la orang sakit hati. kadang2 kita jadi malu nak minta hutang. padahai tu duit kita. 
aku ada dua crita bab berhutang  ni. crita pertama, kawan seopis merangkap penyewa rumah. aku sewakan dari harga rm 330, pastu aku up rm 350. dia pindah pi johor, dia tinggai rumah camtu ja sebab kalut nak pindah sana. aku pi, rumah aku bukan la tahap teruk sangat tapi tak seronok tengok. dengan tahi cicak di tingkap yang banyak. dengan bilik air yang ada pokok menjalar, dengan pintu dapuq yang kotoq. aku heran, bila depa kemas rumah. takkan la tahi cicak tu punya banyak dalam masa dua minggu rumah tu kosong. takkanlah pokok yang menjalar tu dia tak blh tarik cabut buang. takkanlah pintu dapuq sampai berselepat kotoq dia tak basuh. pintu tu pintu besi. senang ja nak cuci. tu keadaan rumah, duit bil api , air tertunggak tak bayaq. dalam rm 600 lebih. aku mintak la sikit , dia bayaq la rm350..ada  baki lagi rm 348.50 .. bila nak bayaq ntah la.bila dia pakai, aku bayaq. apa punya kawan..
crita kedua..aku tolong bayaqkan duit insuran anak kakak ni. dari anak dia bujang, kawin , ada anak, hutang still tak bayaq. bila nak bayaq? pertengahan bulan posa. la nak habis posa dah tak mai bayaq lagi. tunggu ja la..

Sunday, 26 May 2019

Biz Biskut Raya

tahun ni kan? aku juai almond london. saja ja la nak try. dapat la order 12 balang. sambil tu aku amik order kuih kapit. sekarang kan zaman inovasi. kuih kapit perisa coklat, peanut dan ori. bukan senang oo nak buat kuih kapit ni. panas panas kena lipat, sapu perisa lagi. lambat, keras. aku dapat untung sebalang rm2. takpa, panjang umuq, tahun depan aku amik order awai. aku blh up lagi sikit rega. ni sebab kwn aku dah up dah sikit. 
suka semperit susu?aku suka. cair di mulut. nak buat pun senang. cuma guna 3 bahan. susu pekat, tepung jagung dan butter. pastu tekan. bab ni leceh sebab sakit jari jari tekan.aku order untuk diri sendiri dua balang, dah setel sebalang. kalau rajin nak buat sendiri la.pastu amik order. tau kwn aku juai berpa? rm13 ,50 biji. gila murah.aku up kan la 3 hengget. stilll murah lagi. ada yang juai rm22. perghhh untung. kena cari acuan yang bunga cantik sikit. yang bertingkat tingkat tu cantik.
anak sedara aku juai kulit popia yang boh cheese tu. aku beli la dua balang. nak support projek biz dia. amik kusus marketing, ntah apa kena buat, tu yang dia punya projek juai popia cheese @ cruncheeze. sedekah sebalang ke mak ain dia. nak order lagi, modai tu. jadinya, aku buat la sendiri. bukan susah pun. senang ja. gunting kulit popia, goreng, taburkan cheese. tu kalau malaih, kalau rajin, cheese+ serbuk cili+ gula sikit, blend, taburkan. ada rasa masin, manis dan pedassss..so sedap.
ada lagi biskut yang nak buat, tp tengoklah pada kerajinan dan keupayaan nak buat sebab kenit aku tu suka melekat kat akuuuuu ja. nak p jamban pun payah.

Raya Raya Raya

berapa hari lagi nak raya ni? aku macam tahun lepas la. biasa biasa ja. tak laaaa beria sangat beli barang nak raya. kuih raya cuma almond london yang aku buat sendiri, pastu aku juai kat kawan kawan. ada la dalam 12 balang orang order. tu punnnn kena amik cuti nak buat padahai 12 balang ja beb. aku juai pun murah ja. 50 biji rm25. ada yang juai rm30, 28, 22 pun ada. ikut rezki la. yang mahai tu mungkin dia guna butter mahai, atau paling cikai buttercup. yang tu ja la yang orang selalu guna pun. badam sama ja aku rasa. tapi tahun ni badam murah la. sekilo rm 35.90. tahun lepas rm 38.00 sekilo.
cu aku buat 4 jns biskut. yang tu memang akan ke rumah aku 4 balang. standard setiap tahun camtu. cu pun tak amik tempahan sebab kesihatan asben dia yang tak berapa nak elok. chik aku ntah la. sebab besanya dia akan buat tat nenas. opsss aku lupa, aku order tat nenas rm30, 50 biji. adik aku kata sedap sangat. nak try la. betui ka sedap.
baju raya? aku beli selai ja. anak anak ja la lebih sikit. biasa la budak budak. tu pun baju melayu anak aku, yang tahun lepas sebb dia yang nak. ikutkan nak beli baru. kena confirm lain. kadang otak seminit ni. masalah aku, baju ain tu. payah cari la. nak cari seluaq bagi dia. kena pi cari lagi gamaknya.
sahur? adoiiii malaih la pikiaq bab sahur ni sebab tak tau nak masak apa. berbuka ok sikit sebb ada bazar. sahur ni pagi pagi. adoiii malaih. anak aku ain tu bangun sahur tapi puasanya dak. 
terawih..sekali tak penah buat. aku memang nak buat, tapi apakan daya, adik tu payah nak berenggang. boleh solat 5 waktu pun cantik dah ni. koi aktif dia ni. tak reti rehat. asyik aktiffff ja. hyperaktif kan.
balik kampung? oleh sebb jarak cuma sejengkal ja, tak terasa la balik kampungnya. nasib la kan, kawin orang dekat. dekat sungguh. seperti biasa, memang raya di Taman Selasih la jawabnya. esoknya tu baru la balik kampung ku.
rumah sendiri..kalaulah penyewa aku tu dah keluaq, aku nak buat homestay. hari ada orang stay, aku tak balik situ, hari orang tak stay, aku balik. dapat stay kat rumah sendiri dua hari pun cukup lah.merasa la jugak dok rumah sendiri.haiii bila laaaa nak dok rumah sendiri ni. dah berapa tahun aku sewakan..duit sewa, habis jugak tak simpan pun..
aduhaiiii stop dulu membebel.