Showing posts with label bersalin. Show all posts
Showing posts with label bersalin. Show all posts

Monday, 17 June 2013

Plan Perlindungan Bersalin HLA

FYI: HLA mean Hong Leong Assurance..
 let me share you a story...bulan 8 tahun 2012, aku bersalin kat Hospital Kulim..kena dok wad 2 hari.bila anak dah berak kencing suma, depa bagi la balik rumah.aku dapat la discharge note tulis kat situ tarikh masuk 8.8.2012 keluar 9.8.2012..2 hari satu malam..aku pun bagi la discharge note dgn surat beranak anak aku yg original kat agen insuran aku..sebab? aku nak claim aku dok di wad sebab bersalin semalam 2 hari..dgn adanya 2 benda penting tu, aku pun bleh la dapat rm2000.00..sebab aku amik plan wanita atau orang pangge plan bersalin dapat duit..benefits plan nih:

  • elaun bersalin semalam rm 600.00 (dulu rm1k) dah reduce dah jadi semalam rm 600 ja.max bleh dok di wad 3 hari..lebih dari tu tak dibayar k. cover utk 3 kali bersalin ja..lebih dari tu, tak bleh claim ler..
  • komplikasi kehamilan. ada 3 kes yang HLA akan cover iaitu kehamilan luar rahim, anak mati dalam kandungan dan tumpah darah yang teruk..HLA akan bayar untuk salah satu kes dan sekali claim saja..cth..mengandung kali pertama, jadi kehamilan luar rahim..bleh claim rm30k..tup tup mengandung kali kedua, jadi plak anak mati dalam kandungan..HLA akan byr x?HLA tak akan byr dah sebab dah pernah claim dah..
  • komplikasi selepas kelahiran, juga ada 3 kes yang akan dibayar pampasan iaitu jika baby kena sindrom down, jantung berlubang dan spina bifida..coverage rm30k.
  • pampasan utk kanser wanita - rm60k..kanser wanita saja tau..cthnya kanser payudara, serviks.
  • carsinoma in situ - rm 12k..carsinoma ni maknanya, tanda awal nak jadi kanser.
  • plastik surgery melibatkan muka dan tengkuk - rm 15k
  • elaun hospital sebab kemalangan atau sakit biasa - rm 100 sehari
  • pampasan akibat kematian ketika bersalin - rm 120k
  • kematian akibat kemalangan atau sakit biasa - rm 60k.

ha itu lah yang dicover jika anda menjadi klien HLA..aku jadi klien dah lama..dari tahun 2007 lagi..sekarang aku jadi part time agen dgn HLA..kalau hampa semua minat nak join..sms aku..0124945435..nanti aku call untuk crita detail ka wat appoinment ka..plus..ada simpanan sekali tau..bukan bayar buta ja..bila dah tua, bleh amik simpanan ni utk kegunaan masa tua..

Thursday, 18 October 2012

Nur Qurratun Ain Namanya

haaaa itu le nama anak nombor dua aku..lahirnya pada 8.10.12..kalau nak tahu, aku nikah pada 12.10.2008..terbalikkan nombor tu je..cam cantik je nombor diakan?? aku tak rasa apa apa pun pagi tu, aku bangun cam biasa nak g mandi, nak pi kerja, tiba-tiba aku rasa ada cecair keluar,jernih kalernya,pastu ada sikit je darah..haa cam tanda nak bersalin jer..lagipun akukan dah lebih 2 hari dari tarikh due..aku mandi jap, ajak laki aku hantar aku g spital Kulim. sebelum p dekat bahagian kecemasan, aku sempat g sarapan kat kantin spital..ye la,koi 6 pagi kuar,mana sempat makan..dah selesai makan, aku pun pi la kat bahagian kecemasan..bagi buku, dia bawa aku g labour room..aik???terus masuk labour room, tak masuk wad ke??check bukaan dah 4,terus aku naik atas katil kat labour room..masa tu, tak sakit lagi..bila dah masukkan air, dah pasang alat untuk check nadi anak, baru le sakit sikit2..lama2 makin sakit, tanya misi bukaan baru 5cm, adoiiii lambat la lagi nak buka 10cm..tapi kejap je, aku dah rasa cam nak buang air besar, aku bagitau misi bila dia tengok dia suruh aku teran, dalam 3 kali teran, keluar la seorang bayi perempuan..namanya seperti diatas..masuk hari ni umurnya baru le 11 hari..lega rasanya dah selamat bersalin..ingatkan lama la lagi kat dalam tu,rupanya sekejap je..ada la dalam 1 jam 30 minit jer..kalau anak sulung dulu, sampai 4 jam lebih dok sakit dalam tu..lahirnya dengan berat 3.1 kg..hari ni dah jadi 3.4 kg..dah ada sepasang la anak aku..hari ni dia dah cukur rambut,,dah jadi botak..dah pun potong kuku..memang la aku buat lewat sebab tunggu pusat dia jatuh dulu..ikutkan hari ketujuh dah boleh cukur rambut tapi orang tua2 nak tunggu tali  jatuh pusat jatuh dulu baru le nak buat cukur rambut..ikut je la..korang bagi apa kat orang yang cukur rambut tu? kalau kat sini, aku bagi beras pulut sekilo, telur ayam 10 biji,rempah sepeket, nyok kukur sebiji dan pulus rm 15.25..korang? lain tempat lain plak caranyakan??mak mertua aku bagi cam tu la..sintok, limau semua tak payah..ada setengah tempat bagi benda gitu..

Saturday, 6 October 2012

Menghitung Hari

ayoyoooo..sudah cukup time ma..belum bersalin lagi..bila nak bersalin nih?? aku tengah nervous menghitung hari nih..dulu, aku beranak awai 2 minggu, ni dah cukup tempoh tak bersalin lagi..genna (camna)..mulai esok, aku kena pi check kat klinik tiap2 hari le..chek jantung anak.kedudukan anak dah ok cuma tak mau keluar je lagi..dia nak dok kat dalam perut lagi..hari ni chek hb, naik plak..lega lega tidak ka, dok kat bacaan 10 je..makan le iberet sehari 2 biji pun..tak naik, sampai aku kena bagi sample najis ler..adoiii tension tul..ni pun aku ikut cakap kawan aku makan telur burung puyuh..aku amik le sehari 3 4 biji, rebus pastu makan camtu jer..ala bukan besar mana pun telur tu, ngap ngap ngap..habis ler..kena kabor kat kawan2 yang ada masalah sama nih..barang2 nak beranak semua dah siap..kalu tak beranak gak minggu ni, kena boh ubat ler..depa kata sakit, tapi kata misi, tiap orang tak sama..ikut nasib ler..tapikan, dulu, misi yang kat Spital Kulim, baik-baik belaka..mintak2 kali ni pun sama gak ler...hmmm tunggu le Sarah oii bila nak bersalin...dah bersalin, kena pantang, cuti plak 3 bulan..apa nak buat kat rumah 3 bulan tuh???kalu rumah sendiri lain ler, ni rumah mertua..hahahhah duduk le ko..eh, aku nak buat bisnes guna fb ler..kawan2, nanti klik sini, cari le kedaimimionline..ada le barang2 yang aku jual..jangan lupa jengah yer..