Showing posts with label bos. Show all posts
Showing posts with label bos. Show all posts

Sunday, 2 June 2013

Bila Kucing Tiada, Tikus Lompat Guling-Guling

memang kena sangat la tajuk tu dengan keadaan opis aku sekarang nih. bos cuti 2 minggu periksa, opis tak tau apa crita. yang bercuti punya la ramai gila. tak pernah sepanjang aku kerja orang ramai cuti camni. program kena jalan cam biasa, tapi orang nak incasnya takdak. habih camno? yang tu pi program yang tu jaga kaunter. ish stress jugak sikit-sikit. nak stress sangat pun watpa. bukan dapat apa. yang mana ada, buat lah kerja takat yang termampu dek tenaga kita. apa yang ada kita redah je la. nak heran apa, dah nasib kita, terima lah saja. yang bos pi lulus cuti tu pasaipa, tak kan tak chek dulu berapa kerat yang ada. belum kira yang ada macam tak ada. nampak sekejap, hilangnya lama. tak tau sibuk buat apa. yang tak pi ke mana, pulun la buat kerja. gaji sama ja. nasib la yang pandai berkata-kata, ada ja alasan nak dikata. cam hebat tapi kerja ntah apa-apa. bila ditanya sibuk sesaja. adoiii nak mengeluh kat sapa, orang dah tak ada, kalau yang tahu pun dok diam saja. takut kena fire dengan depa. hmmmmm kerja oh kerja..kucing tiada, tikus lompat beria-ria. kucing ada pun tikus berani tunjuk muka, inikan tiada, lagi la mengada.hahahahah

Wednesday, 7 March 2012

Sapa Suka Bila Bos Takder???

ahakkk..aku paling suka bila bos tak datang opis..tapi itu tak bermakna aku senang2 nak ponteng, nak gi rewang, kuar opis ikut suka..bukan macam tu, yang best bile bos takdak ni kita buat kerja rasa takdak sapa dok perati..yang bestnyer bos aku ni, dia jalan stail seret kasut tau..jadi bila dengar kasut jer dah tau dia mai..hahahah pakat2 ler berlakon le wat kerja..leceh betul bila bos ada..kejap2 pangge, buat tu buat nih..macam dia ni ada teropong plak, monitor je sapa yang tak buat kerja..hahahha...
kalu bos takder, anak buah suka macam orang tua2 kata ler, kucing takder, tikus bleh la lompat tinggi...bila bos ada, semua pakat sembunyi diri..
bos ni ada macam2 peel, cam kita la jugak, tapi aku suka dengan bos baru aku, very the sempoi..kau bayangkan dia tu pengarah tapi kita boleh bersembang melawak..memang best. kalu pengarah yang dulu, jangan ko harap ler..ibarat kata, punyalah dia nak kemas, kalau boleh pergi pasar tani pun suruh pakai tie..yang baru nih, gile sempoi...ada juga bos aku yang skema cam apa ntah..repot kena hantar hari ahad, suruh anak buah mai siapkan hari jumaat..padahal repot tu hantar hari isnin pun boleh, sebab dah masa dateline tu jatuh hari cuti.. bengong betul bos camtu...
hmmm apa lagi aku nak merepek?? yang pasti, hari ni bos aku tak datang..hahhha hepi hepi hepi...

Wednesday, 5 October 2011

kalau jadi bossss.......

hari ni i nak tulis pasai "KALAU ANDA JADI BOSSS"


kalaulah anda jadi seorang bosss....
** jagalah kebajikan satff anda
** jagalah percakapan anda, jgnlah guna bahasa kesat, maki hamun, mencarut dsd..
** jagalah hati anak buah anda..
** jgn dok nasihat ank buah jaga integriti, jgn claim melampau TAPI bossss claimmmmmmmmmmm...huiyo..terkezut anak buah..
** jaga berburuk sangka pada anak buah..ikhlas dan jujur terlalu subjektif untuk nak dipertikaikan
** jgn pilih kasih..kalu nak gak, pi la masuk rancangan PILIH KASIH yang rosyam noor buat hari tu..br kena..
** jgn dok condemn anak buah jika gagal...ala hang yang jadi boss pun blm tentu bleh buatkan??
** jgn tutup periuk nasi atau rezki orang...ada bos yang jenis dengki, anak buah nak wat part time, ader je ayat dengki dia..bkn ganggu kerja asasi pun..
** bagilah markah kpi dgn jujur..kalu tak jujur, ko tanggung ler nanti..
** jgn segan /malu minta maaf..ingat ko besar sgt ke jadi boss??


kalau anda seorang bos, pencapaian anda tak akan meningkat kalu anak buah tak buat keja...jadi jgn ingat nak makan sorang k...


hehehe ku tujukan khas pada sapa2 yang jadi bosss...jgn mareeee.....