tanggal 24.9.2016, aku buat akikah untuk anak bongsu aku untuk setakat ni, mukhlis husni kot kot kedepan ada lagi sorang nak mai tak tau la. aku amik sekoq kambing..sekoq ja dulu.hujung tahun nanti atau tahun depan baru la buat sekoq lagi.kambing ni aku beli dekat pakndak..dia bela kambing dan kalau nak sembelih, nak proses sampailah nak masak semua dia buat.bayaq ja kat pak ndak tu.cam aku, kira rega adik bradik dapat la rm 900..rm 700 untuk kambing, rm 200 lagi untuk upah masak kurma..perghhh sedap baq hang.ramai yang puji sedap. tak rugi la suruh pak ndak ni masak.tak mengecewakan. kalau aku nak buat akikah lagi sekoq pakndak janji nak sponsor sikit. cantikkkk. kenduri kali ni buat kat rumah Chik aku. sebab rumah Chik aku kan baru ja renovate.semua buat lain. jadinya dia nak buat kenduri kesyukuran, aku nak buat akikah + family asben aku nak buat kenduri arwah. jadi, kita gabungkan semua sekali, buat kat satu tarikh dan satu tempat. setel. jemputan ramai jugak. dalam pukul 11 lebih, orang masjid mai, lepas tu depa tahlil, baca yassin, doa akikah, depa makan dulu. bukan la nak puji, menu makanan memang banyak. memang tabiat depa ni, kalau buat kenduri, side dishes pun banyak. jadinya, lambatla depa ni balik.lepas makan nasi, makan yang sampingan plak.bayangkanlah, yang baru mai nak makan, yang mai awai makan tak habis lagi. penuh rumah dengan khemah. amik plak satu khemah dengan 10 meja ja. camno? sabo ja la. menu kenduri hari tu :
* nasi putih
*ayam goreng berempah
* kambing masak kurma
*daging masak hitam
*gulai ikan
*asam pedas keladi
*ikan pekasam
*ulam dan sambal belacan
*buah oren
sampingannya :
*tepung talam
*bubur kacang dan pulut
*kek marble
*puding oreo
*puding roti
*sumi dan london swiss rol utk kanak2
atas meja makan:
*biskut semperit
*biskut kacang
*maruku
* biskut apa ntah satu jenis lagi
air minuman :
*mineral water
*teh tarik
*oren sunquick + sirap
meriahkan? memang camtu la setiap kali kenduri. banyak makanan..biaq penuh perut orang yang mai kenduri tu.pak menakan, mak menakan belah ayah pun ramai gak mai kali ni. pakndak latif yang tak bleh berjalan pun mai gak. besanya belah ayah ni yang mai pak long Karia ja. kali ni mai dengan altis baru dia. mana pi kreta lama dia tak tau la. dia tu tak padan dengan tua, nak naik motor besaq, mana nak bleh. anak2 tak bagi la. dah tua pun..jadinya nak ganti kan motor beli la keta bagi kat dia..takpa la beb, anak2 bergaji besaq. sembang kot mana pun jadila..
kenduri kendara ni aku rilek banyak la sebab aku kan ada anak ekcik..cmana nak tolong.depa yang takdak anak kecik bleh la tolong buat tu buat ni..aku sebenaqnya suka potong potong bawang, kupas ubi kentang, cuci pinggan. suka. tapi nak buat camna, sapa nak tengok anak aku kan? best sebenaqnya gotong royong ni.
Showing posts with label kenduri. Show all posts
Showing posts with label kenduri. Show all posts
Monday, 3 October 2016
Monday, 2 June 2014
Kenduri
sapa suka pi makan kenduri? angkat tangan walaupun aku tak nampak sapa yang angkat tangan..heeee..aku suka makan kenduri.suka sangat. tapi laki aku tak suka. sabtu lepas, aku pi makan kenduri rumah mak menakan mak ain, kat Seberang Jaya. aiseyyyy..sedap gila menu makanan depa. yang pasti kambing masak kurma mesti ada..sedap oiii..mamak masak kurma kambing. acar depa pun lain dari acar yang aku selalu dok makan. acar mamak style
mak ain kata.
mak ain kata.
lepas pi Seberang Jaya, aku tala pi Alma plak. ni rumah tokey katering.depa pangge dia Gannapathy.mamak jugak. menu hampir sama. kurma kambing tetap ada. aku sapu sungguh kurma kambing. sedap betoi, aku tak main-main.actually, tokey ni buat kenduri besday cucu dia.meriah sangat. dengan makanan dengan kuih muih dengan cupcake comey-comey..semua ada.
malam tu plak, abang ipaq aku bawa balik kurma kambing lagi..aku pulun lagi..panas gak badan sebab berketoi-ketoi aku makan..puas hati makan kurma kambing.yeahhhh
Sunday, 4 December 2011
Kenduri Laaaagi...
hari sabtu hari tu, aku pergi makan kenduri rumah kawan opis aku, si fiza tu..kenduri adik ipar dia kawin, tapi buat di rumah dia..sebab rumah yang dia dok la ni, rumah mak mentua dia punya, tapi dah pas pada laki dia..ha, faham ko, sapa punya rumah sekarang nih??
tu lah satu-satunya kenduri yang aku nak sangat pergi. sebabnya, ye lah, dah kawan satu opis, tak kan kita tak pergi lak..lain ler kalu tak berapa kenal kan? aku pergi dengan laki aku and anak aku si mohsin tu..cadangnyer nak sebat 3 rumah sekaligus sebab aku dapat 3 jemputan kenduri kawin di area baling jer, tapi dah sebab bawa anak aku yang tak pasti emosinyer bila dah lama2 sangat, tambah dengan cuaca panas, aku pergi satu dah ler..lagi dua di kupang dengan pengkalan hulu, tak pergi ler..maaf ler tuan rumah, tak terjangkau kaki nak pergi..
bestnyer kenduri di baling ni, gulai daging batang pisang..alahai, ni menu wajib, jarang bebeno kenduri di baling tak der lauk ni..banyak pisang gamaknyer kat kawasan nih..
selesai kenduri, aku cepat2 cabut balik kulim, sebab, malam ni ada khatam quran kat umah mak mertuaku..adik-beradik jer, bukan orang ramai pun ada ler dalam 10 orang..nanti aku buat cover story bab ni k..
caucincau...
Sunday, 20 November 2011
Hari Untuk Makan Kenduri...kenyangggg
yuhuuu..hari ni minggu pertama cuti sekolah..and as usual mesti ler banyak jemputan kenduri..aku hari ni pergi makan kenduri 3 tempat..mula2 rumah tn hj zahari, umah dia 3 ekor lembu, jemputan 3 ribu orang..jam 12 tengah hari, time aku pergi, raaaamai sangat orang..peak hour tu..dapat le goodies..hehehe ni yang best nih...
after rumah tuan haji, kami ke kenduri kahwin anak OCPD daerah baling le plak..buatnyer kat ibu pejabat polis daerah yang baru tu.bau cat pun ada lagi uuu..raaaamai org..helo kawan, ni ketua polis daerah tau, mesti ler ramai..kira 1 malaysia, melayu, cina , india, siam suma mai makan kat kenduri nih...heheh ni godies yang kami dapat...
lastly, ke k.ketil, kenduri abang memba kawin..last kenduri hari ni, ikutkan ada 2 lagi jemputan, tapi dah tak larat nak atur dah..cukup ler.yang tak sempat pergi tu, maaf lah yer..perut dah penuh, letih bebeno...
Subscribe to:
Posts (Atom)