Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Monday, 15 April 2019

Makannnn


kedua dua gambaq di atas diambil ketika aku makan mi udang pak tam teluk bayu, penang. sebelum sampai lexis penang, ada sek men nama lupa, masuk kot jalan bertentang dengan sek men tu, teruihhhh tu, sampai jumpa kawasan ni. peniaga tak ramai tp orang ramai. pantai pun kecik ja. peniaga mi ada dua ja kot. yang lain peniaga kecil kecilan, macam asikrim, jagung bakaq dan sebagainyalah. 
mi udang, sepinggan rm 10. udang 5 ekoq. asben aku makan, mi udang campuq sotong. makan sepinggan, tak kenyang, aku order lagi bihun goreng udang. jugakkk 5 ekoq udang. alhamdulillah, kenyang sangat. keluaq dari situ, semayang di masjid yang dekat situ la, 
seronoknya masjid ni, dari tempat amik air semayang, teruih boleh naik ke ruang solat. dekat ruang solat tu plak, ada plak tempat untuk kita nak salin kain ka apa. sukaaa aku.
setel makan, semayang, baliklah ke Kulim. masa yang diambil hanyalah dua jam ja lbh kurang sebab jalan cantik. tak jem. kalau suruh bawa keta pi, insya Allah sampai sebab senang gak nak cari.

Makannnn Lagiiii

gambaq pertama , spageti carbonara. adoiiii aku memang suka spageti nih. tapi anak aku tak suka. depa suka kuah merah. aku masak ikut resepi. no cincai cincai. perghhhh memang sedap. aku bagi jiran rasa sebab nak juai sebenaqnya. tu yang bagi dia rasa tu. aku la kan? kalau ada kawan reja kilang, memang nak suruh juai ni. juai kat kilang memang laku keras. kalau kena cara la.terliuq ni. tambah plak tengah posa ganti ni.


gambar kedua : kuih cara. tapi aku boh coklat chip dalam dia. bukan gula. why coklat chip? sebab nak habiskan coklat chip tu la. lama dah beli. so, boh dalam kuih cara nih. sedap gak. lagi sedap dari boh gula.



gambaq ketiga : kuey teow kerang cinonie. memang sedap. tapi kali ni rasanya yang kurang ialah kerangnya kecik atau sikit. dulu, kerang besaq dan banyak. harga rm4. 

Monday, 3 October 2016

Diet?

aiseyyy..apa kejadahnya diet aku nih. masa dalam pantang ja turun nih. sekarang dah tak turun dah. makin naik ja. aduhhh stress..bukan nak kurus sangat tapi nak bagi ringan sikit badan nih. dulu 85kg..sekarang dah 76kg. i am very sure patut kurang sikit lagi. dapat 70 kg pun cantik dah. eh camna nak kuruih, memang nasi tak makan tapi benda lain balun sama ja.hahaha camnatu? sapa la nak tolong atuq menu diet kat chek nih? kena tanya pakcik google la. benda senang dan mudah nak buat. masalahnya godaan bila kawan2 ajak makan tu.haaaa yang tu kena kuat nak menepisnya tu.camna camna..mudah mudahan tercapaila berat badan yang diidamkan tu. bukan nak melawa, nak pakai kebaya ka apa cuma nak jaga kesihatan ja. caiyok sarah caiyok..
mesti boleh punya.

Tuesday, 14 May 2013

Makan Apa Tadi?

ni le makanan tengah hari aku..nasi goreng kampung. marah punya pasai rega kat kedai sebelah mahai ya amat, aku pun rela menapak ke kedai mamak roti canai order nasi nih. nasib le dekat jugak. lokasi pejabat aku nih memang la tak strategik, kedai makan ada satu tu jer.tak larat nak sabaq dah, tiap2 hari kena caj mahai, amik tak banyak mana pun. bukan aku sorang yang kata, suma kat opis aku kata camtu.so, jom pi makan kat kedai mamak plak..


jauh sikit pun tak pa la, kira exercise la tuh..kan kita kena berjalan 10000 langkah sehari, ni baru berapa ja kan..rilek rilek rilek..takpa kami boikot kedai dia pun, orang tetap ramai dan kami tetap jugak pi situ, lekeh-lekeh pun untuk beli air kan..

Sunday, 12 May 2013

Hari Yang Bizi

seronoknyer saya bila program raaaaamai orang datang tapi masalahnyer pulak bila tempat seeeeempit sangat. tapi takpa, program dapat dijalankan dengan jayanya. makanan plak tak cukup.untuk klien cukup ler untuk staff tengok saja la bihun goreng yang sungguh sedap itu..gulp gulp telan air liur ler.pagi tadi nasib baik sempat sarapan dengan susu + nesvita + kismis. menyorok gitu ja pagi tadi. orang tua kata sarapan tu menyorok.dah ler aku ni gastrik, nasib baik dah ok..risau aku satg kalut ker program, perut lapaq mendidih, sakit plak..huiiii laki tak dak ni jangan dok wat pasai la.jenuh nak mintak tolong orang la nanti..nak berangkut pi spital, nak tengok anak yang kecik 2 orang tu..mintak dijauhkan la sakit makit time-time camni.apa-apa pun aku hepi sebab program tadi ramai klien mai..so, next week, dijangka ramai gak.makanan kena order lebih ler..kang kebulur lagi staff.

Wednesday, 8 May 2013

Gred Gred Gred

hampa pernah amik kisah tak kedai makan atau restoran yang hampa pi makan? aku actually tak le kisah sangat sangat..setakat nampak bersih, makanan ok, ok ler...tapi setelah digredkan oleh pejabat kesihatan ni, kena amik kisah jugak lah kan..kadang-kadang aku tengok kedai makan tu punyer le ramai orang pergi tapi gred C..yang macam style sikit nampak cam mahai je tempat tu, gred A..ala cam tempat org kaya, banyak duit lepak tu..stylo  gitu..(betui ke ayat aku nih..lantak ler)..gred B biasa -biasa je la..sama cam gred C gak..baru2 nih, aku g makan kat satu tempat makan..quite femes la kat Kulim nih..tercari-cari aku gred kedai tu tak jumpa pun, mana letaknyer ntah..sebab gred tu kena pamerkan, so, customer bleh nampak dan bleh decide nak makan kat situ ke tak..yang aku rasa cam marah sikit, cam kecewa sikit, kualiti makanan dia tu, tak best langsung..kailan goreng ikan masin dia, rasa macam dia masak main-main, dengan potongnyer besar2, kering kontang sayur tu, sayur pun nampak cukupleeee tak segarnyer..ikan siakap stim? apa pun tak rasa...aku rasa la kan, kita kena ada satu lagi skuad pemantau rasa makanan plak le..kalau tak sedap, kita bagi rate kedai makan tak sedap..ni takat ada sangat bersih, bersih, sederhana dan kotor..watper...ok..ni aku bagitau markah untuk kategori kebersihanyer..nanti nak pi makan kat luar, tengok lah sama grednyer..jangan pakai makan ja, balik umah nanti sakit perut, kena masuk spital lak..tak ke haru...

Gred A   : 80-100
Gred B   : 65-79
Gred C :   50-64
Kotor dan tiada gred : 50 % ke bawah...ish gamak ka nak makan kat kedai ni kan??