Showing posts with label mohsin. Show all posts
Showing posts with label mohsin. Show all posts

Wednesday, 4 January 2017

Mohsin Darjah 1

tadaaaaa...dah 4 hari mohsin masuk darjah 1..soalan dia, bila mohsin nak tinggi? darjah 1 bukan bermakna orang tu kena tinggi. rendah pun darjah satu. ikut umuq bukan ikut tinggi..lepas sekolah, mohaimin pi mana? mohaimin pi tahfiz an nadhoh..transit sana. alaaaa dah banyak kali abang tanya. abang lupa nama tempat tu. maksudnya, dah banyak kali la mama jawab kan? heeeeee 
masuk hari ni, dah 3 hari aku bekalkan dengan spageti. spageti mama sedap la. abang suka. orait, mama akan buat lagi untuk mohsin bawa bekal pi sekolah. tapi takat minggu ni la. minggu depan bawa menu lain plak. takkan spageti ja memanjang kan? spageti plak partner dengan nugget atau hotdog. layankan ja. janji dia mau makan. sebenarnya penyelesaian mudah ja bab bekal ni. boleh ja beli kat kedai makcik nah hujung padang tu. bihun, mi, nasi lemak, kuih yang mohsin suka semuanya ada. tapi, aku rasa macam lebih best dan lebih bersemangat nak masak bekal anak. tu yang aku masak tu. spageti aku rebus ada la dalam 20 batang ja..kuah spageti ada la dalam 2 camca ja, hotdog potong2 ada la dalam 10 keping, isi ayam adala dalam segenggam. bukannya banyak, budak2 makan, bukan orang dewasa. setiap pagi, bangun ja tidoq, masak kuah spageti kat mohsin dengan bubur kat adik dia. bab ni nanti aku crita..mohsin mula kelas maju dah tukaq ke kelas mantap. tak tau la kelas tu kelas pertama ka berapa. malaih nak tanya cikgu. yang aku tau, kalau kelas pertama, mak pak akan dapat surat kebenaran untuk anak masuk kelas tu sebab depa akan buat DLP. kalau waris setuju on la dok dalam kelas tu, kalau tak, masuk kelas lain. so, tunggu ja la surat kalau dapat. aku dah bgtau mohsin, kelas mana mama tak kisah, janji belajaq. itu yang penting..esok hari khamis. hari last dia pi sekolah dalam minggu ni. minggu ni cikgu bagi kelonggaran untuk mak pak tunggu anak kat kantin. tapi dah bawa bekal cuma perati dia makan ja la. duit tu aku ajaq dia nyimpan. balik sekolah boh dalam tabung. hujung bulan bleh pi bank. kena la ajaq berjimat dari sekarang. jangan nak membeliiiii ja. mak ayah bukan orang senang.
actually, aku tak ajaq pun lagi anak aku duit tu. ntah dia tau ka dak ntahla..kena ajaq jugak ni. satg tak reti nak bayaq plak. kan susah. bagi duit tak amik belen. naya la. anyway, hopefully mohsin akan berjaya adapt semua ni. btw, dai satu kelas dengan mohaimin, kawan dia masa di LC dulu. sekelas, makan bersama. ok lah. ada klik dah. dengan anak wawa pun dia dah geng. tapi anak wawa lain class. balik ja bersama.

Monday, 13 October 2014

Tahniah Mohsin..

14.9.2014 (ahad) hari tu, tadika anak aku ada pertandingan nyanyian. singing competition. anak aku masuk untuk kategori 4 tahun. kiranya under nursery. dia nyanyi lagu one little two, indian boys..aku dah selalu dengaq dia nyanyi lagu nih. tadika dia rajin buat aktiviti. story telling baru ni dia dapat saguhati ja. so, yang ni pun aku tak la harap sangat. al budak-budak..masuk ja la apa yang cikgu suruh.
masa turn penyampaian hadiah tu, aku dok tunggu la, bilaaa turn mohsin, sebab yang cenderahati dah setel, aikkkk anak aku dapat top 3 ka? heeee no 3 dah pangge, no 2 dah pangge, first prize, mohd mohsin ikmal.. MC pun, sebut nama pun salah..ikmal mohsin jadi mohsin ikmal.. waaaa tahniah mohsin, dapat no 1. la ni kan, dia dah pandai bukak almari yang kami dok simpan piala abah dia dapat masa dulu-dulu, piala pak long dia dapat, dia kata, abang nak tengok piala abang. ada kat dalam nih.chewahhhh baru 2 je mohsin..bagi la dapat banyak sikit..heeee anak kecik, dapat piala dah seronok padahai yang satu tu saguhati ja pun.

Tuesday, 29 April 2014

Abang Kena Cubit

sentap aku bila anak aku bagitau cikgu cubit dia sebab tak finish homework. tak pernah pun dia bagitau camtu sebelum ni. garang cikgu dia nih. tapi takpa la, cubit ja. kalau pukul teruk2 lain la cita. tapi ada kawan dia, mak dia cita kat aku masa aku pi sport day hari tu,27.4.2014 (ahad), anak dia kena pukul kat belakang dengan cikgu yang sama. ni dah melampau.anak dia balik ngadu sakit kena pukul. mak budak tu mai sekolah. pengetua kata, cikgu tu memang garang sikit. budak 4 tahun, patut padan la nak garang pun. lambat kemas buku kena, tak siap homework kena. aku tanya anak aku, kena cubit saja ka kena pukul, dia kata cubit ja. sekarang homework memang siap, tak kena la cubit kot. mak budak tu tak letak anak dia sampai pukoi 2 cam anak aku, koi 12 dia amik dah. nak komplen sangat2 nanti orang tak layan anak dia plak. lagipun dia kata dia dok monitor gak, kalu jadi lagi, dia memang nak sound cikgu tu direct. laki aku kata, kalau dia buat kat mohsin camtu, abang g sepak dia..huiii garangnya pak mohsin..heee

Saturday, 16 November 2013

EDUWIS..MY SON ENROLLED HERE

lawak pulak aku rasa bila aku pi nak daftar anak aku, aku plak kena buat benda kreatif ni.walaupun aku memang tak kreatif..sendiri ngaku ar.tajuknya parenting skill. aku ingatkan nak crita pasai perkembangan anak-anak tapi disuruhnya kami buat benda nih..hahahah kena la kami dua orang.aku pun tengok ke tajuk ajak la mak ain depa ikut sekali.spoil gak la sikit sebab bukan talk..just aktiviti.tu pun sampai jam 6 petang..aku dgn mak ain depa tak tunggu aih sampai pukoi 6..pukoi 5 dah belah balik dah.


nampak tangan mak ain depa dok ralit gunting kertas warna. mummies yang dok nampak dalam gambar tu anak depa dah setahun kat sini.open day..semua parents akan datang.nak register, nak bagi feedback kat sekolah pasai perkembangan anak depa, ok ka tak ok..so far yang aku tanya semua kata ok..very good.ada sorang adik tu br 4 tahun, bleh main piano, nyanyi lagu mandarin, omputih lagi..hopefully, mohsin will be like that.


parents kena buat kreatif work.pakat pulun buat la..ada theme lagi bukan pakai hentam saja k.


ni aku punya artwork..theme my garden..ada bunga sekuntum, caterpillar, ladybird..korang perasan tak apa yang aku buat nih?kalau tak nampak buat2 la nampak. ala cam tak biasa..hahahaah


yang kertas kuning tu mak ain punya hasil kerja..


refreshment..karipap,kek dan ketayap..air oren dan mineral..makan la sikit dah adakan.orang dah jamu, kita makan ja la. bukan kena bayar pun..


contoh hasil kerja ibu2 dan bapak2 sempena teacher's day


 ni lagi.so kena jadi kreatif le aku lepas nih..nanti anak nak bawa pi sekolah.
nak tunjuk kat kawan2.


yang ni depa punya aktiviti.hasil kerja budak tadika


ada piano.semua budak wajib amik.ada singing competition nanti.ish mintak2 la anak aku mau main benda nih.tak sabarnya nak tengok mohsin main piano.


one of the corner..my music


puppets..depa akan ada puppet show..so, anak2 kena amik bahagian.cam best jer cam best jer..

habis buat kerja kreatif, makan sikit, amik gambar sikit, aku dengan mak ain pun pulang dengan gembira..hahaha dah bagi deposit rm500..hutang lagi rm 255. bulanan rm270 dari pukoi 8 pagi sampai le 2 petang..next month, mohsin start dah pi kelas..untuk suai kenal..tadaaaaa

Sunday, 13 October 2013

Mandi Laut Di Batu Feringgi


amik gambar dulu sebelum mandi.


mandi mandi..mohsin seronok sangat.


air dah pasang..nasib ada batu..bleh mandi tepi batu..patut kalau awai pagi air surut la..tapi kami sampai pun  dah tengah hari..jem di feri.


my hero..tak pakai baju..baru mandi first round..


dah panas, jenuh bertempik suruh main kat redup..ralit sikit depa pi ke tempat panas.


pulun ye pulun..apa depa nak buat tak tau.


main pasir dgn sepupu dia,Haikal..panas dah ni..nasib la ada pokok..bleh le berteduh. aku tak berapa setuju stop kat sini sebab aku rasa ada port lagi cantik kat depan sana.tapi laki aku stop sini.berdepan dengan Tropical Herbs Garden..mahai nak masuk sana..dewasa rm15..tak jadi masuk la..tengok je la herba kat supermarket..senang..tak pun tunggu duit banyak sikit..bleh la masuk.


telengkan kepala anda kalau nak tgk gambar ni..senyum control gitu.


ni gaya ultraman la ni..seronok betui dia main pasir.maklumla tak pernah bawa pi pantai..pi Langkawi hari tu pun tak mandi laut.pi ramai-ramai memang payah..sorng nak pi sana, sorng nak pi sinun..


sementara tunggu makanan smapai..orang tak ramai sebab Jumaat gamaknya..Penang kan kerja.Kedah ja cuti..jalan pun tak sibuk sangat.lega gitu..senang nak drive.


selesai mandi, makan dulu la kat gerai tepi pantai tu.aku makan nasi goreng sotong, Mohsin share dengan aku.haikal makan rojak buah ja.Tu pun tak habis, aku yang habiskan..membazir plak kalu buangkan...


dah penat mandi laut..tertidoq dalam keta..on the way nak balik Kulim dah..kami memang matlamat nak mandi laut ja..so, dah mandi terus balik sebab abah dia nak pi tempat lain plak..hantar keta aku buat tinted baru sebab tinted yang buat kat kedai cina tu dah terkopek..buat kerja main-main..

Wednesday, 24 April 2013

My Son

chewahhhhh cuba tengok muka abang ikmal tu..cam sedih jer kan..gambar ni, aku amik masa aku bawa mak tok dia amik ubat kat Hospital Seberang Jaya. Mak tok dia dl selalu pi amik ubat kat situ sebab menantu dia a.k.a mak ngah mohsin a.k.a biras aku kerja kat situ.dia pakar bahagian x-ray x-ray nih..sekarang dah tukar kat Hospital Sg Petani..dah jadi Jusa C.kerja sekali dgn maklong mohsin a.k.a menantu mak mertua aku gak a.k.a biras aku gak ler..heeeee  menantu dia 2 org doktor..1 pakar 1 tak pakar..muka monyok sebab tak bleh nak buat apa..dok diam jer..

 

tengok plak muka bawah ni,ceriakan?ada ler kerja yang dia nak buat tu...
lagipun masa tu, mak tok dia dah selesai amik ubat..haaa time to chow la..kita dah bleh balik, amik adik, pi makan kat mana? ala makan kat Kulim jer..kedai makan mana yang buka, kita serbu je..ala 2 dewasa 1 budak makan, apa la sangat kan...


ok..let's go home, no man left behind...