Showing posts with label offer. Show all posts
Showing posts with label offer. Show all posts

Thursday, 24 August 2017

Sale Sale Sale...beli beli beli


ni mesti dapat setiap bulan. kalau tak dapat pun, tanya kawan kawan, sapa yang dapat, tolong share kat group. memang bermanfaat betui whatsap dalam hal ni. tak dinafikan. panduan untuk kami generasi yang ada anak anak kecik ni. maklumlah susu tepung mahai, pencuci pakaian mahai, minyak mahai. kat mana ada offer, sureeee aku akan terkam pi. 

sebagai cth, kalau susu dutch lady rega sepeket standard price rm 22.99.. offer dah jadi rm 19.99..berapa banyak dah save kan? rm3 tu. apa boleh beli dengan rm3.. ? tambah lagi singgit bleh dapat nasi ayam sepinggan. jadinya, amatlah bermaknanya offer ni. selalunya time hujung bulan nih, 2,3 supermarket akan buat offer. kalau kat Kulim ni, supermarket Minat, C Mart, Shaan, Tesco, Giant dan The Store akan buat offer. so, kerja aku, tengok ja sapa yang offer paling best. yang tu kita serbu. 

hidup di zaman yang semuanya mahai, kena a pandai memilih..kalau duit ringgit bersepah, ok lah. capai ja apa yang nak, kalau hidup cam aku nih, pandai pandai la pikiaq.

Sunday, 19 April 2015

Offerrrrrr

bercakap tentang promosi, normally confirm la rega murah kan? dan semestinya semua orang suka barang murah.aku lagiiii la suka kalau ada ofer ka promosi ka..tapi, aku dok perati tengok , tak pasti la kat tempat hampa camna atau pandangan hampa camna, tapi bagi aku, kalau yang di ofer tu air minuman fanta, yang kita tau banyak gula, kalau minum selalu bleh ada penyakit, buat apa kan? baik di ofer benda yang kalau orang beli atau guna memberikan kebaikan.contohnya, beras faiza herba ponni ka, biasa juai rm 30 ++, ofer jadi rm 25 ka, ha, yang tu memberi manfaat kepada orang ramai, ni ofer keropok yang banyak perisa dan pewarna buat apa kan? ofer barang yang keperluan murah camtu..huihhh mau terbalik pasaraya tu orang serbu kan? hmmm by the way,beras semua jenis free gst atau beras tertentu ja? sebab yang aku faham barangan asas, beras ya tapi kalau yang wangi ka herba ponni tu di kira keperluan ka? sapa tau, tolong jelaskan..

Monday, 4 August 2014

Taktik Peniaga

orang berniaga ni otak memang bergeliga. bab nak dapat untung lebih ni depa cukup cekap punya. contohnya, supermarket kat tempat aku nih. aku pi hari tu, saja jalan-jalan cuci mata, dok perati la apa yang berkenan. takat sepuluh dua tu bleh la sambaq blaus ka t shirt ka selai kan. masa aku pi kat satu section tu, aku sembang la dengan salesgirl tu, banyak offer bulan posa nih?banyak kak tapi kalau time hari cuti lagi offer banyak. yang less 50% tu depa turunkan sampai 70%.patut la aku perasan pakaian dekat rak tu, masa hari selasa hari tu less 50%, mai hari jumaat jadi 70% plak. ooo taktik depa la nih. sapa beli time hari kerja rugi la, mai time cuti untung la. nasib aku mai time cuti. kelebet pi kelebet mai, aku rembat la 3 helai blaus. gila murah. yang rega asai 79.90 jadi rm 21 rm. murah tuuuu...hahaha terasa saya seorang yang bijak berbelanja.kawan-kawan, lain kali kalu nak borong apa2 tengok sama offer yer..aku dah tau dah taktik supermarket nih, lain kali kena rajin bertanya dekat salesgirl tu..tu pun kalu depa nak bagitau kan?kalau depa pun dok senyap, nasib den la.tu belum kira lagi yang depa kata offer, padahai rega sama ja macam tak offer, atau pun kurang singgit dua dari rega asai. camna aku tau?aku pernah beli baju, pastu aku nampak depa tindih rega baru dekat rega lama. aku koyak elok2 nampak la rega yang asai. alaaaa beza 2,3 ringgit ja pun, tapi kata offer. bohong betoi la peniaga nih.akai panjang nak menipu tuh. ada juga, yang kita pi beli hari ni offer,pi esok tak offer dah. balik ke rega asai. aku dok ingat kalau yang offer tu, barang lama nak perabih stok, rupanya dak jugak. cam biras ku pi beli tuudng dekat satu kedai berjenama. hari ni pi selai jadi rm15, pi esok nak tukaq sebab saiz tak kena naik balik rega asal, rm59 kot. laaaa sehari ja dah naik. ingat nak habiskan stok ka apa. heeee nasib le.