Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Monday, 28 March 2016

Petua Tak Menjadi

kalau diikutkan rekod, aku selalu hb rendah. mengandung kali ni, mula2 ok..lepas tu, rendah plak. aku cuba la petua yang kawan aku bagi. makan telur burung puyuh. tapi tak jalan la kali ni, aku makan, tapi tak naik pun. dulu2 kalau aku makan, naik sampai 11.sekarang dari 10 naik 10.2 ja. aiseyyyy..kena jumpa doktor. doktor bagi ubat baru iberex. dulu ubat ni mana ada di gomen klinik. kena beli kat luaq. ubat ni makan sebiji ja. semua ada, asic folic, vit c, b komplex, iron. kalau makan yang ni hb tak naik, kena cucuk kat punggung la..adoiiii sakit tau. aku pun kena disiplin sikit makan ni. sebelum tidoq aku makan sebab misi pesan, ada yang tak boleh makan, jadi pening. so, nak senang, makan masa nak tidoq, pastu bleh bummmm tidoq ja. kalau anak aku jenis tak jaga, mengigau ja tiap malam, lagi la aku suka..tapi, ntahlah, ain selalu ja ngigau.. tiap2 pagi mengingau.tak lama sat pun jadi..apa la tak kena. dah tanya ustaz, katanya ada benda kacau, berubat dah. tahan la sebulan, jadi balik. tapi tak teruk la..masalahnya, tetap jadi..tension aku.aku pernah nak derma darah, tapi disebabkan hb aku time normal pun 11 ja, depa tak bagi.darah tak cukup pekat. lepas tu, aku tak pi dah derma darah sebab aku rasa memang tera tu ja darah aku..hb paling tinggi 11.

Thursday, 18 October 2012

Kalau Anak Kena Jaundis/Kuning

kita ni bila melahirkan anak, yang paling dirisaukan kalau anak kena kuning atau orang kata jaundis.ada banyak petua yang orang guna untuk nak turunkan tahap kuning anak.sebab kalau tinggi sampai 4 ratus ke atas berisiko untuk dilakukan pertukaran darah.haaa itu yang orang takut sebab kita tak tahu darah sapa la masuk dalam badan anak kita.ndak plak ada yang pi cerita kalau tukaq darah nanti anak jadi lembap..lagi la takut iye dak?kalau bawah 250 tak kena masuk wad lagi, kalau atas dari tu kena la si anak tu dok bawah lampu..dibogelkan, hanya ditutup kemaluannya dan dipakaikan cermin mata kertas...nampak kesiankan, tapi itu la cara nak turunkan tahap kekuningan bayi tu..
ok...ada banyak petua untuk nak turunkan kuning.berjaya atau tidak ikut la keserasian bayi tu..antaranya:
**bagi minum air sengkuang cina
**bagi minum air kelapa muda yang kaler hijau punya kalau buah kelapa yang kaler kuning tu akan naikkan lagi kuning anak (orang kata)
**bagi minum mutiara cina (ada gak yang kata, mutiara ni untuk anak pompuan ja
**bagi mandi dengan air daun kucai
**bagi mandi dengan air daun ketum (hati2 kang kena tangkap lak dengan polis sebab bawa daun ketum)
**bagi mandi dengan air taugeh
**bagi minum air anggur hitam (ada anak orang tu bagi minum air anggur hitam terus naik kuningnyer sampai kena masuk wad la plak)
**bagi hisap susu kambing (basahkan hujung kain lampin, bagi dia hisap)
**bagi minum air halwa kundur (aku buat yang nih-menjadi)
**bagi mandi air kangkung
**bagi mandi air daun mambu (depa kata petua orang India)
**pi kedai singseh (kedai ubat cina) ada mandian untuk kuning
**bagi mandi dengan air nila
** pi beli ubat kat klinik homeopati
**ada setengah klinik ada ubat untuk kuning ni..di Kulim, boleh beli kat Klinik Dr Ismail, Klinik Kanak2 Kamachi dan Klinik Arun..

banyakla petua untuk hilangkan kuning nih tapi kalu ikutkan doktor dan orang kesihatan, kena bagi anak minum susu banyak dan bagi kerap berak. baru kuning tu akan hilang..anak bila kuning akan kerap tidur, jadi kita kena la kejutkan dan bagi minum susu..itu le aku buat kat anak aku yang baru lahir nih..alhamdulillah, kuning dah takder..lega rasa hati aku..korang pun cuba lah yer..kita tak tahu petua yang mana berkesan, cuba ja la..

Sunday, 15 April 2012

Petua Untuk Orang Nak Berbini Dua

ada dengar sinar.fm tak?? aku pun tak dengar, tapi laki aku ada dengar petua yang dato fadzilah kamsah bagi kat sorang pendengar yang tepon dia hari tu..ni laki aku yang cita, kalu ada yang tak kena sori yer...
ada satu lelaki tepon minta petua sebab dia ni berbini dua, tapi hubungan depa ni tak bagus..maka dato f kata, bagi makan itik nila..lepas bagi makan, jangan bagi itik tu makan selama 3 hari, sepanjang 3 hari tu, yang suami tu, buat le sembahyang hajat, baca yasin berdoa le pada Allah supaya bini-bini ni akan berbaik..selepas 3 hari, bagi itik tu makan beras..itik dia tak makan beras tapi bila dia lapar, dia bedal je apa yang ada..bila itik dah makan beras tu sampai habis, sembelih itik tu, masak daging dia bagi bini2 makan, amik beras yang dalam temolok itik, basuh bersih2, boh dalam bekas beras bini2, biar depa masak..jangan bagitau ler..niatkan semoga depa berdua akan berbaik-baik sesama sendiri..petua ni diamalkan oleh tok guru dato f..menjadi..jadi, bleh la cuba..
aku bagitau laki aku, kalu dia bawa balik gulai itik nila, aku tak makan ler..heheheh