Showing posts with label pmc. Show all posts
Showing posts with label pmc. Show all posts

Saturday, 21 November 2015

Puncak Mutiara Kristal - Aku Tak Pi Dah

hari rabu baru ni, lebih tepat lagi pada 18.11.2015, aku dengan asben, anak2 pi la nak makan kat PMC nih. lama dah asben aku kata tak makan kambing. alo lo..nak makan kambing plak..ok..jom pi..mama belanja. sian laki aku nak makan kambing. mana nak cari kat kulim nih? aku tau kat situ ja la. kami pun sampai kat PMC tengah hari..amik port no 19, hmmm lambat jugak depa nak mai tanya nak makan apa? nampak mcm kurang sikit pekerja.dulu dulu mai ramai ja.tapi orang asing la..nepal kot.. aku pun gawang la tangan, haaa nampak pun..aku rasa sebab aku masuk kot tepi, tak lalu kot depan, jadi depa tak tau kami masuk dok kat situ sebab tu depa tak mai amik order..rasanya la..bersangka baikkkkk.. aku order set, ada nasi putih, ayam goreng kampung, dalam gambar ada 2 ketul ayam, dalca kambing dengan air asam..asben aku nasi putih, paha kambaing masak briani, dalca kambing dengan air asam..anak2 aku order kid's set ja. so, tunggu la kami...mula2 hantaq air, ok la..tapi depa hantaq air dengan paha kambing..aik? nasi mana? tunggu dalam 5 minit, nasi aku sampai. nasi putih dengan ayam goreng..mana dalca dengan air asam..yang laki aku sampai nasi putih ja..sama la dengan aku..dok tertunggu2 mana dalca ni, makan nasi kering ja ka?aiseyyy potong stim nak makan..aku pun malaih tunggu, makan la nasi putih dengan ayam goreng..tunggu punya tunggu, ada la dalam 20 min, laki aku dah nak hangin, dia pi tanya..rupa2 rupanya, depa tak tulis set..depa tulis nasi putih dengan ayam goreng dan briani kambing ja.. dalca  dengan air asam tak termasuk.. adoiiiii buat kerja apa nih??hmm aku makan nasi dah nak habis pun, baru la sampai dalca dengan air asam..laki aku makan pun tak semangat..kesimpulannya: aku geram makan kat sini sebab :
1.servis lambat
2. amik order tak betoi
3.rega boleh tahan mahai tapi kualiti TAKADA..ayam yang aku makan tu, tawaq hebiaq.kecikkkkk ja ayam dia..aku tau la ayam kampung memang kecik, tapi yang ni memang kecik. gila..aku makan ayam kampung kat kedai makan tepi jalan, besaq dari yang makan kat PMC. ni yang aku hangin.serius hangin.

Sunday, 28 April 2013

Jom Makan Rumpai Laut


hampa semua pernah dengar dak rumpai laut..pure marine collagen fr Sabah..ha, ni aku nak crita..aku dok dengaq depa crita bagus makan collagen nih, aku pun try la beli satu peket..rm 10 jer..kaler ungu adalah yang terbaik katanya. dalam peket ada diberikan panduan macam mana nak masak kolagen nih..bila buka je plastik tu..hmmm baunya cukup kuat..agak susah sikit le nak sediakan benda nih..kena basuh berkali-kali untuk nak hilangkan hanyir rumpai nih..pastu kena basuh plak dengan air asam jawa 2 kali..pastu kena rendam dengan air sejuk semalaman, dalam bekas rendaman, masukkan la daun pandan..tujuannya?nak hilangkan hanyir..


dah rendam semalaman, bleh le masak, masukkan juga daun pandan yer..kasi wangi..ala masak  macam masak agar-agar..biar mendidih, bila dah tengok hancur semuanya, bleh le angkat, tapiskan, masukkan gula sikit, pewarna atau perasa apa yang anda suka..cam aku, aku masukkan sunquick..sedap ooo..sebekas yang korang nampak ni, dapat le satu tupperware yang panjang tu..setiap hari ceduk le makan secamca sehari..bagus untuk kesihatan sebab ni kolagen asli..aku ada baca dalam paper utusan, dah 2 kali kuar crita bab kolagen nih..maksud aku kolagen asli nih..makna kata betul ler berkhasiat, bukan propa..


rumpai ni ada banyak kaler, yang best kaler ni la..kalau berminat nak beli, sms ja aku..0124945435..sepeket rm 10 jer..kalau beli sekilo lagi murah..ala, beli le bagi kawan2 try..cuba google kebaikan kolagen ni, korang mesti teruja nak cuba..tapi kena tambah perasa la, kalu rasa kolagen pure tobat le tak bleh nak makan...try yer..