Showing posts with label syukur. Show all posts
Showing posts with label syukur. Show all posts

Sunday, 16 April 2017

Bersyukur

ya, aku akui, aku kurang bersyukur. bila direnung ,ditenung dan diingati balik, banyak nikmat yang Allah dah bagi pada aku tapi aku lupa untuk nak ucap alhamdulillah. dalam kehidupan atau dalam pekerjaan, banyak nikmat yang telah dibagi pada aku tapi kurang syukur yang di lafazkan..aku mula tersedar tentang syukur bila aku baca blog sorang otai ni. banyak pengisian yang bagus bagus dalam tu walaupun kadang kadang katanya agak kasar bagi aku tapi itu cara dia. dan cara dia telah sedarkan aku tentang syukur. la ni, apa aku praktikkan, tiap kali bangun tidoq aku akan ucap syukur. sebab? Allah bagi aku hidup lagi lepas tiduq. buatnya mati dalam tidoq cmna? aku diberi anak anak yang sihat. walaupun kawan kwn aku ada anak yang sakit silih berganti, walaupun hanya demam, tapi , demam pun boleh menyukarkan pergerakan  kita kan? nak pi keja tak boleh, nak lena tak boleh, anak asyik bising, teriak ja. alhamdulillah, anak aku sihat. aku ada keta nak pi keja, amik anak sekolah, walaupun sekarang aku guna kancil lama. masih boleh bergerak, ada econ. ada keta baru simpan sebab minyak mahai. ada ketika bawa keta baru. syukur aku berpeluang ada dua keta, baru dan lama , walaupun bukan keta import.. tengok poket sendiri kalau nak membeli. syukur, tengah bulan masih mampu beli kasut baru walaupun kasut murah ja. beli time sale. takpa, brand crocodile gak. mampu beli baju baru anak, walau tengah bulan, mampu sambut besday anak, beli kek, belanja adik beradik makan..menghitung hari nak gaji, aku masih lagi ada duit baki dalam dompet walaupun rm10. ada kawan aku yang terpaksa meminjam sana sini nak cover sampai hujung bulan sebab claim duit dah habis. pending, tunggu lain bulan, mcm tu lah rencah kerja kami, claim tak pernah ada on time. syukur jugak, Allah bagi aku kesihatan yang baik. kesihatan adalah nikmat Allah bagi yang paling besaq. tak guna gaji mahai, rumah besaq kalau kita sakitkan? dan aku telah mempunyai kesedaran untuk memperbaiki kekurangan aku dalam solat. dan aku berdoa, tolonglah aku ya Allah supaya aku akan kekalkan apa yang aku lalai selama ini. sesungguhnya, nikmat Allah terlalu banyak untuk dihitung. ucapkan Alhamdulillah tanda kesyukuran pada yang Maha Esa.

Monday, 6 May 2013

Kisah Benar

waktu aku jadi kerani tempat mengundi, kawan yang setugas dengan aku tu bercerita..katanya, hidup dia pada tahun lepas, amat menyedihkan, sebab kena tipu berniaga, jatuh terduduk, sampaikan baju raya anak pun masa tu tak ada duit nak beli.isteri tak bekerja.dia baru lepas xciden..4 bulan mc..memang katanya, hidup dia memang teruk..nasib le bini dan anak tak lari. tiba-tiba terpikir la dia, suruh bini dia belajar dengan makcik sebelah rumah, cara nak buat tat nenas..tapi diolah sikit untuk intinya, dia tukar inti jem nenas dengan jem lain..kaler plak biasa tat kaler kuning, dia tukar buat warna warni..alhamdulillah, dari modal rm300 dapat le dalam rm2k lebih..cukup ler untuk buat belanja raya.beli baju anak, ye la, kita kalu dah kawin, anak le yang lebih utama, yang kita punya, belakang sikit ler..itula crita dia yang aku rasa sedih sikit..ish aku rs insaf, susah susah aku..ada lagi yang susah..betul kata Dr Azizan Osman, orang yang kerap bersungut adalah orang yang kurang bersyukur...

Tuesday, 15 November 2011

aku bersyukur

alhamdulillah..aku bersyukur kepadaNya kerana rahmat dan rezki yang telah diberikan pada aku selama ini..
FYI, jumaat lepas, aku p tengok rumah yang aku beli.aku lega dan hepi sangat sebab rumah tu amat bagus bagi aku dari segi dalaman dan luarannya.tanah tepinya beeesar untuk kategori rumah teres kos sederhana,dalamannya, tuan rumah dulu dah wat bagi cantik dah, lampu downlight, siling plaster, penyedut asap kat dapur, lantai dah semua boh tiles..
lega lega syukur sangat2. kiranya semua dah cantik cuma kena masukkan perabut jer dan hias sikit..aku takkan duduk kat situ sebab mak mentua aku tinggal sorang plak nanti..kira jadi rumah persinggahan je la..
ish ish ish bila aku pikir2 balik, ada juga le reta aku nih, aku ada umah, tanah bendang, tanah tak bendang, kereta, walaupun tanah tu sekangkang semut, tapi takpe la,janji nama aku, tak kongsi dengan sapa2.
kalu ditengokkan sejarah hidup aku ni, aku meeeeemang orang susah..dulu aku pergi sekolah bawa 20 sen jer..kain sekolah aku amik kain sekolah lama, aku cantumkan bagi jadi labuh..aku tak pernah salin baju sukan depan kwn2 sebab kain aku bertampung.kasut sekolah aku,tiap2 kali hujung tahun, terkoyak macam mulut buaya..kasut tu ler aku pakai naik atas pentas amik hadiah..tiap2 tahun aku dapat hadiah..
baju raya?setahun sepasang jer..kawan2 aku semua ada 2 3 pasang, baju selalu bertukar, aku pakai baju yang sama jer..masa aku kerja kilang sebelum aku dapat masuk UiTm, baju kurung aku cuma 3 pasang!! masa kerja kilang tu ler aku beli baju baru sikit2..jeans??aku tak pernah ada,aku tak ada sandal, yang aku ada cuma selipar jepun..
kalu selipar tu putus, aku akan ambil dawai halus, letakkan dekat api, cucuk dekat tempat yang putus tu,sambung balik selipar tu..sandal ni tak merasa la nak pakai..kalu beli kasut harga rm10 keatas tu aku rasa maaaahal sangat..susahnya hidup aku time tu..korang mesti ingat cita ni tahun 60an 70an kan??ni cita tahun 80an..mak aku penoreh getah, ayah meninggal masa aku belajar merangkak..getah zaman tu bukan macam zaman sekarang mahai nak mampuih..masa tu getah sekilo baru 50sen..
ikan tamban kiat(keringa), gelama masam, ikan bilis, tu le makanan aku..ayam???payah nak merasa..itu je mak aku mampu bagi makan, tapi alhamdulillah, kami masih hidup dan bekerja..
pakaian aku, harapkan orang bagi jer..sebab tu aku tak bagi anak aku pakai baju orang sebab aku dah merasa dah masa kecik2 dulu..bila dah bekerja, ada duit skit, bagi ler anak pakai elok skit..tak mcm aku dulu2..pakai bekas orang jer..
hmmm banyak kenangan waktu aku kecik2 dulu, itu akan jadi kenangan indah dalam hidup aku..
aku bersyukur dengan apa yang aku miliki hari ini..
syukur alhamdulilah ya Allah..