Monday, 12 March 2012

Smoke Detector

pernah tengok smoke detector??haaa sebab aku nih takder kamera nak ngambik gambor, aku crita je la camne rupanyer..korang bayangkanlah yer...bendanya berbentuk bulat, kaler putih. fungsinya untuk dilekatkan di syiling atau di mana2 saja yang mudah untuk nak kesan asap jika berlaku kebakaran.. pagi tadi, ada le satu guy yang smart datang untuk bagi taklimat berkaitan pencegahan kebakaran..dia le yang perkenalkan alat nih..dibawa bersamanya ialah fire extinguisher yang kecik, sesuai untuk diletakkan di dalam kereta atau dirumah..ringan dan kecil, mudah untuk digunakan oleh sesiapa saja..wakil syarikat tu ada le tunjuk sikit presentation gambar2 yang berkaitan dengan kebakaran..crita yang kuar dalam paper suma dia tunjukkan..yang mana sempat ler..memang ngeri..betul la, aspek keselamatan dari segi kebakaran, memang selalu diabaikan..kita biasa pasang alarm takut pencuri masuk, tapi kita tak aware pun kalau berlaku kebakaran..orang tua2 selalu kata, pencuri masuk, dia tinggai jugak barang, dia amik yang berharga ja, tapi kalau terbakar, semua dia jilat, sikit pun tak tinggai..
oleh sebab itu, aku pun order la satu untuk letak kat umah aku..walaupun itu bukan rumah aku, tapi rumah mak mertua aku, mengenangkan aku dok skali dan aku bimbangkan keselamatan aku dan anak aku, aku beli je la..ala rm 129 untuk 4 tahun..bayangkan sehari kosnyer baru berapa sen sangat...jadi tuan2 dan puan2 janganlah berkira sangat bab duit ringgit nih jika ia amat penting untuk keselamatan keluarga kita.

Takziah Kepada Keluarga Nurul Nadirah

sapa ada tengok brita semalam???crita adik nurul nadirah yang hilang tu kuar..amat amat amat menyedihkan..kanak-kanak comel itu dijumpai mati dibunuh dan dibakar..dan le bunuh, bakar plak tuh..kejam betoi manusia yang buat tuh..memang hati binatang, hati setan laknat..gamak dia bunuh dan bakar budak tu..apa salah dia??? kronologi crita adik tu yang aku tau, dalam metro crita, dia bangun tidur, dia lapar, bagitau pada maknya, yang mak dia asyik dengan fb. itu yang aku geram pada maknya, apa lah yang best sangat fb tu sampai makan minum anak dia tak sediakan..bila anak kata lapar, dia bagi note kat anak dia, bagi duit rm4.oo dan suruh anak tu pergi kedai.note tu ditulis, tolong bagi megi 2 bungkus, telur 2 biji..mak dia sedar anak dia hilang, bila laki dia balik..tanya mana anak..ish ish ish..apa la ko nih, sampai tak sedar anak tu tak balik2 dari kedai..sekarang, ko nangis air mata darah pun tak guna. anak kau takkan kembali pada kau..kalaulah, masa dia ngadu lapar tu, ko yang turun pergi beli makanan, mungkin perkara ini tak akan berlaku..apa nak kata, benda dah jadi..bersabarlah banyak2..dah ditentukan olehNya penghujung hidup adik nadirah begitu.kepada IBU BAPA YANG LAIN, JANGAN DIULANGI KESILAPAN INI..
aku sebagai seorang ibu, mengucapkan takziah kepada keluarga nurul nadirah..semoga keluarganya tabah menghadapi ujian ini..semoga pembunuhnya akan dikenakan hukuman yang amat setimpal dengan apa yang dilakukan..ikutkan nafsu, sehingga nyawa orang lain menjadi korban..aku katakan, pembunuh itu tiada hati dan perasaan..janganlah kita gunakan terminologi andai adik atau anak sedara dia dilakukan sedemikian, takkan dia rasa bersalah punya..ntah2 yang buat tu psiko..orang gila yang tak nampak macam gila..

SBPA BATAL...BAGUSLAH

ada baca pasal sbpa?? ala yang kecoh-kecoh masa lepas bentang belanjawan 2012 yang pm buat masa bulan 10/2011..haaa kan pm umum masa 8.3.2012 hari tu, sbpa batal..lega rasa hati..raaaaamai yang komplen mengenai sbpa nih..aku pun komplen gak, tapi kat belakang je la..sapa ler aku, nak riuh rendah satu malaysia..aku ucapkan jutaan trima kasih la pada omar osman kerana kelantangannya bercakap, sbpa pun batal...walaupun tuntutan cuepacs tak tercapai, maksud aku jumlah gaji yang diminta, tapi alhamdulillah lah jugak sebab dapat juga kenaikan 13%..berbanding dengan sbpa sebelum nih, yang gred tinggi, golongan jusa dapat kemain tinggi..sekali ganda gaji..yang kuli bawah, dapat le ciput...nampak benor ketidakadilannya..kalu markah bawah dari 75% skt, maka hai hai bai bai le ko..kena le buang kerja, bertambahlah orang yang menganggur...apa nak makan depa suma nih...mcm mana anak mereka nak makan, nak sekolah?? ada pikir ke orang yang buat cadangan tu??marah benor omar osman masa kuar tv hari tu, ada dokumen yang tidak dijelaskan kepada pekerja gomen.kami ni dipaksa sain option sbpa..kalu tak sain, siap ko..kira paksa rela la nih..ntah tak nak, sain le jugak..ditambah pulak dengan adanya penjumudan jawatan..lagi le naya kat kami yang jawatan kecik nih..sebab apa, kalu yang jawatan besar, depa nih kalu berenti, mungkin ada swasta yang akan amik depa kerja sebab depa nih belajar pandai, yang kecik2 nih, kalu kena buang kerja, nganggur je la..hmmm udah selesai bab gaji kakitangan awam, nanti dah selesai bab gaji pekerja swasta, maka, kami meramalkan, parlimen akan dibubarkan, maka kita pun akan kuar mengundi..andaian kami ler...mungkin jadi mungkin tiiiiiiiiidak.apa apa pun timakasih kepada pm kerana telah membatalkan sbpa..thank a lot PM..kami amat hargainya..

Saturday, 10 March 2012

Bila Benda Mudah Jadi Susah

ahaaaa hari ni aku nak merepek sikit pasai perangai orang atasan nih. maklum ler, tandatangan dema ni laku, banyak le plak songeh nyer kalu kita perlukan dema ni sain apa2 borang..alkisahnya begini, seperti yang korang maklum atau tidak maklum, mbsb, anak syarikat kwsp, sedang buat promosi sapa nak buat loan dengan interest serendah 3.99% flat untuk 20 tahun. maka ramai ler gomen staff yang berminat nak buat pinjaman. bila dah berminat, kena la isi borang, bila dah isi borang, kena la bagi ketua jabatan yang paling tinggi sain..kalu aku kat kedah nih, kena le hantar ke a.star..aik, bila nak suruh bos besar tu sain, dia siap nak suruh kita jawab soalan dia yang berbagai2..soalan pasai jabatan le, kan sekarang nih, kerajaan sibuk buat transformasi, siap le ko dia nak tanya bab2 nih kat kitaorang..aiseh man, kasi sain sudah la..ni yang buat anak buah susah hati nih..huhuu lambat le nak boleh buat pinjaman peribadi,biasa la bila nak kena jumpa big boss nih bukan semua orang suka...
haiiiiii...salah sorang yang nak kena jumpa aku le tu..tapi cam gini punya payah, macam malas plak nak bawa borang untuk sain..sapa ada duit berguni2??? mintak sikit nak pinjam....heheheeh

Wednesday, 7 March 2012

SAPA SUKA MEETING???

aikkk aku kalu dengar ada meeting jer memang la menyampah tahap gaban..aku cukup cukup tak suka meeting nih..duduk kat meja mesyuarat, ngadap muka bos, bos pun pot pet pot pet, pastu round the table..lagi aku tension bila round the table pastu setiap sorang kena ajukan soalan..dalam kepala dah terplir apa soalan aku nak kena tanya dah kena paksa tanya soklan..kalu tak, geleng je la..ni bab paksa nih..meeting bentang statistik, berapa ni berapa tu, apa nak kena buat..orang atas palk, pakai bagi arahan jer..kena buat home visit, kena buat outreaching, padahal benda nyer sama pak..kena keluar pi rumah klien..aku time meeting akan jadi separa kreatif ler, kat minit mesyuarat tu, akan jadi le lukisan2 yang tak cantik tapi time dah boring nih, jadi cam cantik le plak..akan ada ler nota2 keik pas kat kawan sebelah ngutuk bos ker, ngutuk arahan orang atasan ker..macam2 ler..yang lagi best bila tengok muka memba mengantuk..ha bab ni memang kelakar, bila temgok mata dah jadi kecikkkkk jer..cam sepet..ndak plak kalu kepala pun dah hampir nak kena meja sebab tersengguk..hahhahahah memang ler lawak giler...
meeting nih sama gak le macam kita tunggu imam doa waktu semayang jemaah. bila sampai certain words tu akan buat kita ceria balik. bial pengerusi kata, saya rasa setakat ni saja perjumpaan kita bla bla ..yehaaaaa meting nak habis dah ler..time tu aku dah tak sabar nak bangun dan berambus dari bilik mesyuarat...giler..lepas satu bala...the most thing i hate...tapikan, aku suka gak kadang2 bila p meeting di alor star, u know y?? makan sedap..that's all..the rest, aku tak suka..ahak ahak ahak..

HARI YANG........

ISH AKU PUN TAK TAHU NAK KATA HARI APA..KADANG2 RASA BOSAN JER DOK DI RUMAH..KADANG-KADANG RASA CAM BIASA JER..KADANG2 RASA HEPI…AKU PUN TAK TAHU NAPA LA AKU JADI MACAM NIH..AKU RASA AKU ADA MASALAH. MASALAH UTAMA :
1) AKU TAK SUKA DOK DENGAN MAK MERTUA..TAK SUKA TAK SUKA TAK SUKA…AKU NAK DOK RUMAH SENDIRI..WALAUPUN RUMAH TU KECIK, TAK ADA BANYAK KEMUDAHAN CAM KAT UMAH YANG AKU DOK SEKARANG, TAPI AKU NAK DOK UMAH SENDIRI..AKU RASA BEBAS DI RUMAH SENDIRI, NAK TIDUR KAT RUANG TAMU KE, NAK PAKAI SINGLET KE, NAK PAKAI SELUAR PENDEK KE, NAK MASAK KE, NAK MAKAN LUAR KE, AKU PUNYA SUKA…ARGHHHH TENSION TAHAP GABANNNNNN………..
2) DUIT DUIT DIMANA KAU DUIT?? NI PUN SATU MASALAH BESAQ..BAYANGKAN LE BERULANG DARI KULIM KE BALING, JARAK 134KM , KUAR DARI RUMAH PUKOI 5.30 PAGI, SAMPAI RUMAH PUKOI 6.15 PETANG..GILER OIII…AKU PENAT TAU TAK…BANGUAN AWAL, BALIK RUMAH LAMBAT, GILE PUNYA KERJA..BUKAN TAK ADA KERAJAAN BAGI KUARTERS TAPI DAH NAK TUNGGU MAK MERTUA AKU TU, KENA LE BERULANG ALIK JAUH NAK MAMPUS NIHHHHH……..
3) TAU TAK, KALU KITA DOK DENGAN MAK MERTUA ATAU DENGAN SAPA SAJE, KITA BERKONGSI RUMAH DENGAN SEMUA ANAK BERANAK DEPA, CUCU CICIT DEPA DAN SEBAGAINYA…BAYANGKAN KALU DEPA SEMUA BALIK, ADA RUANG PRIVASI KO??TAK ADE LE OIII…DENGAN BISING BUDAK2, BISING SUARA SUKU SAKAT DEPA BERCAKAP LAGI, GILE OOOO…TAMBAH PLAK KALU SORA SORANG2 MACAM GURUH..ADA KE DUDUK DEKAT2 JAUH SEDEPA SEMBANG MACAM ORANG TU DUDUK 4 BATU JAUHNYER..CUBA KO BAYANGKAN…
4) BILA DAH RAMAI2, ANAK KO PUN JADI BENGONG TAU SEBAB RAMAI SANGAT. KALU KO RASA KO TAK ADA RUANG PRIVASI, ANAK KAU PUN SAMA LER, YANG TAK RASA APA2 LAKI AKU JER SEBAB TU RUMAH MAK DIA..SAMA LE KALU DIA BALIK UMAH AKU PUN TAPI MAK AKU TAK KISAH DOK SORANG2, MAK DIA YANG TAKUT NAK DOK SORANG2…

Sapa Suka Bila Bos Takder???

ahakkk..aku paling suka bila bos tak datang opis..tapi itu tak bermakna aku senang2 nak ponteng, nak gi rewang, kuar opis ikut suka..bukan macam tu, yang best bile bos takdak ni kita buat kerja rasa takdak sapa dok perati..yang bestnyer bos aku ni, dia jalan stail seret kasut tau..jadi bila dengar kasut jer dah tau dia mai..hahahah pakat2 ler berlakon le wat kerja..leceh betul bila bos ada..kejap2 pangge, buat tu buat nih..macam dia ni ada teropong plak, monitor je sapa yang tak buat kerja..hahahha...
kalu bos takder, anak buah suka macam orang tua2 kata ler, kucing takder, tikus bleh la lompat tinggi...bila bos ada, semua pakat sembunyi diri..
bos ni ada macam2 peel, cam kita la jugak, tapi aku suka dengan bos baru aku, very the sempoi..kau bayangkan dia tu pengarah tapi kita boleh bersembang melawak..memang best. kalu pengarah yang dulu, jangan ko harap ler..ibarat kata, punyalah dia nak kemas, kalau boleh pergi pasar tani pun suruh pakai tie..yang baru nih, gile sempoi...ada juga bos aku yang skema cam apa ntah..repot kena hantar hari ahad, suruh anak buah mai siapkan hari jumaat..padahal repot tu hantar hari isnin pun boleh, sebab dah masa dateline tu jatuh hari cuti.. bengong betul bos camtu...
hmmm apa lagi aku nak merepek?? yang pasti, hari ni bos aku tak datang..hahhha hepi hepi hepi...