Saturday, 14 September 2013

Aku Dah Jumpa

ha kan aku ada wat entry pasai Tadika yang aku nak masukkan anak aku tu..last Kamis, aku terberhenti di satu tadika tu..actually, aku tak rancang pun nak pi situ..aku nak cari tadika lain..tapi dah silap jalan..tanya pi la.dah aku berenti dah depan tadika tu..mula2 aku punya impression tu macam tak berapa la sangat..sebab aku ada aim satu lagi tadika..bila aku masuk ja, aku tgk ada piano..aikkk ajaq muzik ka?sebab banyak2 tadika yang aku pi, satu pun tak dak muzik..aku pi pejabat, jumpa dengan pengetua..sorang pompuan india..sembang punya sembang..dia tunjuk kat aku silibus..ok..tadika tu main dia mandarin..yes..itu yg aku cari..yuran? dia  bagi la jadual bayaran..rm250 sebulan dari pukoi 8 pagi sampai 2.00 petang..aik?murah sebab semua yang aku pi pukoi 8 sampai 12 atau 12.30 ja..rm250..ni sampai petang..ada iqra dengan muzik lagi..cantikkk aku dah terpikat..tanya plak bab makan?ok..sini melayu yang masak..lagi la cantikkk sebab yang aku tanya sebelum ni cina masak, indon masak..tapi yg lagi lawak...kalau cikgu tadika jawab..kami tak makan pork kami makan ayam tapi beli kat cina..adoiii aku takut betul kalu jadi camtu..nampaknya depa tak berapa paham lagi halal haram kta ni..takpa,kita cari ja tadika lain..ada lagi kisah pasai tadika ni..nanti aku sambung...

Tuesday, 10 September 2013

Pening Pala

aku memang pening sikit la ni sebab dok mencari tadika mana nak hantaq anak aku..aku memang berminat nak hantaq anak aku pi tadika cina sebab nak bagi dia pandai cakap cina..aku pi cr merata kot Kulim ni..jumpa la..ada satu yg aku berkenan dan memang rasanya dah confirm nak hantar situ..masalah lain pulak ialah nak hantaq sekolah bagi dia tau agama gak .cam mengaji, solat dan sebagainya..aiseyyy payah nak jumpa..kot belah kulim ni bukan macam bandar besaq lain..kawan aku anak menakan dia ngaji sekolah cina, tapi owner melayu so lengakp lah smeuanya..bahasa cina ada, english ada,bahasa melayu ada..agama pun ada..ish best la kalau ada kat sini camtu..tapi takpa aku akan cuba cari jugak..ada rasanya, tapi tak pasti kat mana..takkan tak dak kot kat  kulim ni camtu kan?i will try..

Saturday, 24 August 2013

Jemputan Jamuan Raya

ok...hari ni aku ada 2 jemputan rumah terbuka..aik menu best plak tu..ada  my fav..mi kari..aisey tak bleh tinggai ni, kena pi jugak nih..masalahnya plak..sorang rumah kat padang serai, sorang lagi kat taman angsana..deeeekat ja dgn pejabat aku..mana nak pi dulu..aku dah dapat green light dari laki aku bagi pi dua2 ni..tapi satu pi sorang, satu lagi pi dengan dia.aku decide yang jauh pi sorang la..tapi sebelum tu amik anak yg sulung bawa pi sekali..jadikan dia peneman. kang malu lak kalu pi sorang2..kalau bleh ajak anak sedara aku sekali..lagi ramai..the more the merrier..tapi kena la tanya tuan rumah dulu kan?mana bleh pakai rembat ja..ni bab makan makan tau..nanti jadi tak halal la plak..

Awat nih???

ha bukan aku sorg ja perasan..orang lain pun kata cam tu gak..tahun ni setat dari mula posa sampai la  sambut raya, jemputan untuk berbuka puasa atau sambutan hari raya meeeeeeemang la kurang ya amat..boleh kira dgn jari ja berapa jabatan yang jemput kami pi..tak tau la sebab apa..rasanya sebab bajet kot..maklumla bajet tiap2 jabatan dah kena potong tahap gaban..mana ada duit nak buat majlis dak?tambah lak jabatan aku ni..lagi la..asyik dok perabih duit ja..tu ka, harap jabatan orang pangge makan, kami pun pi serbu..dah tahun ni memang kurang sungguh, tak de la pergi mana2..bayangkan dah nak habis bulan syawal..jamuan raya baru dapat 2 kali..imagine..huhuhu sedih oooo

Tuesday, 6 August 2013

My Wish

saya dengan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua bloggers...yang balik kampung jauh-jauh tu, sila memandu dengan selamat..yang dekat-dekat tu pun kena memandu berhati-hati jugak..maaf andai ada salah dan silap..semoga Aidilfitri ini akan lebih memberi makna kepada kita semua..bai bai..

Saturday, 20 July 2013

Masihkah Ada Cinta

Hati aku bertanya..
Masihkah ada cinta padanya
Masihkah ada harapan padanya
Masihkah kau percaya pada kata-kata dan janjinya
Setulus manakah sayang dan cintamu padanya..

Hati aku juga berkata
Tidak pasti lagi sedalam mana sayang dan cintaku padanya
Kerna bukan sekali dia membohongi mu
Bukan sekali dia menyatakan kesalnya
Bukan sekali dia mengabaikan mu

Ramai yang mengatakan aku orang yang kental
Aku orang yang kuat
Tapi,
Hakikatnya hanya aku yang ketahui
Betapa pedih, sakit hati dan sedihnya
Bila insan yang aku sayang
Mengkhianati kepercayaan dan cinta ku

Ini peluang yang aku beri
Jika berlaku lagi, engkau bukan lagi cintaku
Pada waktu ini pun, hanya separuh cinta sahaja yang tinggal
Separuh lagi hancur akibat perbuatanmu, suamiku...

Tuesday, 2 July 2013

Stress bangat

aku stress ada banyak sebab. 
pertama : aku tak tahu apa hal dengan rumah mak mertua aku nih.suka beno ada makhluk halus. dah pi berubat ada lagi.aku dah la ada nak kecik, dok teriak ja anak aku tu.aku kalau dia teriak lain macam ja aku dah syak lain dah.confirm betoi.yang aku hangin tahap gaban tuh, mak mertua aku suka sembunyi.tak crita kat aku.dok senyap ja.yang aku bleh tau pun dia crita kat abang ipar aku.hampeh. cari penyakit betoi mak mertua aku nih.dah tau badan tu lemah, yang pi kebun tepi hutan tu buat apa.aiseh..trouble betoi..

kedua: kerja yang bertimbun last minute.masuk hari ni dah 2 hari aku stay sampai malam nak key in data klien.hampeh toi..sakit hati, sakit jiwa.

ketiga : kes laki aku yang gatai merenyam tuh.dia tak balik lagi so tak bleh bincang apa pun.

ok..dah ..3 ni pun dah serabut pala..