Wednesday, 20 September 2017

Bukit Bendera, Pulau Pinang

lama sangat aku tak pi sana. seingat aku, first time pi sana masa sek men dl.lepas tu ms bercinta dengan x bf.lepastu dah tak penah pi dah. apa yang aku ingat kat atas tu cuma anginnya yang amat nyamannn sekali. kali ni, aku bawa anak anak aku pi plus dengan anak sedara sorang. perubahannya ialah, train dah berekon, tempat parking dah ada bertingakt lagi uu..dulu dulu kalau nak pi jenuh la nak cari parking. rodok la rata dekat flat dekat situ. kesian kan, tempat menarik untuk orang ramai nak melawat, tapi tempat parking plak slack. sekarang dah ok, mungkin depa baru nampak kepentingan tempat parking kot. tak pun dulu depa ingat orang tak kisah parking merata rata. 
harga tiket, kalau nak murah silalah bawa ic..kalau tak memang kau kena bayaq mahai. aku bayaq rm 33. 2 dewasa, sorang budak sekolah,2 kanak kanak. ada jugak fast lane utk orang yang tak nak beratuq panjang. tapi kalau kau fast pun tapi train sama gak nak berebutnya, tak payah la. masa naik, aku tak dapat tempat duduk. kena berdiri. masa turun ok, aku dapat tempat duduk.kat depan sekali. sayangnya, video aku tak amik. lupa plus segan..
kat atas, sampai ja dah terasa sejuknya tiupan angin. sekarang dah ada tempat untuk nak view penang. depa buat deck gitu. aku tiba tiba rasa geli tapak kaki la plak. aku ni kalau naik tempat tinggi tinggi memang tapak kaki akan rasa geli. semulajadi camtu.huihhhhh bestnya kena tiup angin camtu..sejukkkkk ja. amik gambaq sekeping dua, aku pi jalan jalan dengan anak anak aku. antara yang korang bleh pi melawat kat atas tu , yang sempat aku ingat ialah :
**owl museum.. bayaran masuk rm12 utk dewasa kanak kanak ada caj jugak rsnya.
**padlock apa ntah..ala mcm kat luar negara tu, ada jambatan, kau beli padlock, tulis tulis sikit, lock la kat jambatan tu..rega aku tak tau berapa sebab aku tak naik pun. malaih aih
**simulasi ribut dan taufan..rm 36 seorang.. kat atas tu rate pelancong dan rkyt malaysia sama ja.
**buggy ride - rm30 satu buggy. pusing 2km pi dan 2 km balik. ok la sebab kalau nak jalan letihkan, lalu kot rumah orang putih yang dulu dulu yang sekarang orang malaysia yang kaya melana dah beli. yang aku tau,satu rumah sugar king, anak raja perlis, jutawan melayu, jutawan india dan rumah ketua menteri penang yang pertama ada kat atas tu. depa tak dok situ pun. aset saja, mai sekali sekala ja. 
**the habitat - rm50.ada skywalk. tapi dengaq critanya jauh nak bejalan tu. kalau rs ada kudrat masuk la, boleh tengok binatang dan alam semulajadi yang amat la cantik. save our earth.
**laluan cinta. kena bayaq berapa tak pasti tapi kalu masuk, kau boleh bergambaq kat laluan tu, siap dengan nama kau tulis kat atas tu. 
**gambaq kenang kenangan -sebelum naik train, depa akan amik gambaq, naik atas claim la gambaq kita tu.sebelum depa print, tengok la dulu, kalau ok, print bayaq, kalau tak abaikan. aku tengok pun dak.

kalau nak naik buggy tu, baik tanya dulu, ni hotel punya atau persendirian punya sebab kalau naik yang hotel punya, depa akan bawa slowww je. kalau yang persendirian, depa akan bawa laju sebab ligan trip.
makanan kat atas ni, bagi aku mahainya. nasi goreng rm8 sepinggan. perghhh mencekik betul. baik bawa bekal dari bawah. mesti hampa terpikiaq kan? camna orang kaya yang ada rumah kat atas ni naik bukit bendera. takkan depa nak berhimpit dalam train?actually, ada satu laluan lagi iaitu dari kebun bunga. boleh naik ke atas ni. guna 4x4 la.camtu la geng jutawan ni mai bukit bendera. kalau la aku boleh tengok rumah tu kat bahagian dalam, mesti best kan? tapi sapa nak bagi tengok...


1 comment:

makchaq said...

Makchaq pun lama sungguh x pi bukit bendera, lebih 20 tahun rasanya..

Tak tau pun la ni dah ada macam2 atau tu.. dulu2 tak dak apa.. melilau2 tengok pokok ja..